.
its 3.45am in the morning on monday, which i happen to be sitting for my first final paper this semester. well, for some one who`s never been in fond with numbers, such subjects like maths and statistic always have been pretty much tough on me, despite the facts that QMT 205 is actually super easy.
haa, kemain lagi aku cakap omputih haa, tunggang terbalik aku peduli apa kan. mood studi memang dah tak in la masa masa ni kan. dari pukul 2am lagi aku duduk pulun layan x0x0 gossipgirl. kemain lagi addicted dekat dekat nak final ni. hah, perkataan omputih lagi tu. saja je tu, bahana baru lepas test muet minggu lepas, tak habis lagi eksaited cakap omputih ni haa. ewah,
gerenti korang rasa macam apahal la aku celaka sangat kan tak tidur lagi masa masa ni, mementang la exam petang kan. gua bukan apa la. tapi gua agak gugup sikit, nak nak sebab paper statistik kan. lagipun gua memang tak kamcing dengan numbers pun. musuh azali la orang cakap, gua stock baca hafal, bukan stock kira, hafal rumus. tu budak budak bajet einstein punya kerja, bukan gua. sekali sekala cakap lu, gua pun rasa urban jugak kan? rasa awesome pun ada. rasa mat rempit lagi la ada. sebab tu sekarang gua rasa mat mat rempit zaman sekarang dah urban. bukan setakat urban, dorang pun dah reti catch up dengan era baru. kalau dulu, gua ingat lagi zaman zaman gua sekolah menengah, budak budak rempit ni stock awesome la, stock hot stuff pakai seluar kaki kecik. dulu la kan. sekarang budak budak rempit mana nak layan sangat trend macam tu. semua rambut nak turun depan, potong kat salun. lagi best, baju nak topman, paul smith, skinny lagi haa. gua stok budak bundel je, agak segan la disitu.
gua tak kondem budak rempit, sebab kalau dulu gua admit yang gua kondem budak rempit sebab takde wawasan tapi sekarang, pada gua, dari kajian kajian gua budak rempit agak awesome la. gua ada la dua tiga kerat dari kawan kawan gua yang merempit sebagai hobi, actually ada wawasan. belajar nak universiti awesome, dah tu nak jadi budak dekan je, gua bukan rempit ni pun, tak pernah nampak pointer 3.50 dekat slip result gua. ajak dengki la jugak kan. tapi tak elok dengki dengki. lagi best, kawan rempit gua dressing kemain lagi nak kalah model. seluar nak awesome londeh kalah kan budak hiphop je. gua agak terasa di situ, kalau boleh gua pun nak londeh lagi kan, tapi tu la,gua tak cukup hot stuff nak londeh kan seluar banyak banyak. so gua pendem je la perasan dengki gua .ewah , kemain lagi backup budak rempit. tapi ada jugak budak rempit old style la konon, nak menumpang nama budak budak rempit berwawasan ni. pada gua, tak cool langsung nak tumpang nama budak rempit berwawasan macam tu. gua rasa gua oke je kalau nak merempit, janji lu tahu apa lu nak dalam hidup dah lu tau apa lu nak achieve dalam hidup. kalau setakat sebab rasa merempit cool dan belajar tinggi tinggi demi masa depan tak cool, then lu bukan mat rempit awesome. lu loser. bukan lu je loser, semua budak yang rasa macam tu loser.
so, kalau mat rempit yang satu malaysia kecoh, hamun , benci semua tu boleh evolve jadi ada wawasan, jadi ada masa depan, gua hairan apasal ada orang yang even dah mature tapi sekarang takde effort nak improve diri sendiri. gua bukan nak cakap orang, gua pun jalan bukan lurus sangat tapi, at least gua pun dah reti nak improve, each day gua cuba improve. gua cakap pasal mat rempit dengan improve ni jangan pulak lu ingat gua mat rempit. gua skater , gua willy atas papan, gua tak kaya sangat nak beli motor ni. kesian gua.
okey dah lewat, gua pun ada paper, so love much everibodi.
notakaki : kemain lagi love much konon tiru lisa surihani punya tag line la tu.
No comments:
Post a Comment