Tuesday, February 15, 2011

Mentaliti

Harini dah 16hb, semalam 15hb. Semalam maulidur rasul tapi macam biasa la time maulidur rasul mesti cuti punya kan. Aku nak cakap pasal Maulidur rasul pun rasa macam takpe la terima kasih je la. Bukan apa, aku takut tersesat je. Aku ni kalau bab agama kureng sikit. So kalau dengar aku cakap pasal agama, tolong la jangan gatal nak percaya bulat bulat macam najis arnab karang tak pepasal dengan aku sekali kena tarik masuk neraka. Tolong jangan. Apa apa pun selamat hari Maulidur rasul.

Okey, apajadah formal kemain malam ni? mengada betul kan. Rasa rasa dan dekat seminggu telifon tangan aku rosak. So agak susah sikit nak kontek oke. Eh okey correction, tak agak , tapi memang susah gila nak kontek aku. Fesbuk tak online selamat. Yahoo mesengger pun haram nak online. Skype apatah lagi. bak kata jaher tak berapa nak urban sangat. Okey tips, kalau nak contact aku sila call je. Aku pantang orang call sekarang ni, laju je angkat.

Zaman zaman hp rosak ni, rasa macam save kemain kredit gua. iye la, nak mesej orang tak boleh, nak call lagi la haram. bila masuk mesej pun tak boleh check. rasa sunyi je. konon tenang la. tapi takdenye tenang kalau tidur pun nak bangun pukul tengah hari. habis rezeki aku. Kadang kadang bosan gila babi bila tak bermesej ni tapi nasib la kan. nak buat cemano. Awek pun dah lari dah sebab seminggu tak tanya khabar. haih apa punya mentaliti la perempuan ni, tak kontek sehari dua pun dah kecoooh. penampow sedas dua jugak karang. tapi betul aku cakap bila hp rosak ni rasa macam releks sikit sebab takde nak terkejar terkejar reply mesej gadis gadis. Okey ayat macam femes tapi releks ahh, gua saja bikin gempak. sekali sekali nak jugak rasa femes macam Justin Bieber tu. Cakap pasal budak kecik tu, ramai perempuan cakap tak minat tak minat tapi aku rasa kalau aku bagi number hp budak tu, berebut pulak nak mesej dia kan. okey serius aku ada number henpon budak kecik tu, kalau nak belanja aku makan dulu.pehh.

Okey,gua nak study.Bai.

No comments:

Post a Comment