Wednesday, May 4, 2011

Selamt Tinggal Mama

“Kalau Lela jadi bunga, abang jadi apa?” soal Lela pada Adi.

“Kalau Lela jadi bunga, abang jadi matahari la sebab bunga mana boleh hidup tanpa matahari kan?” balas Adi.Lela getap bibir sebab padanya jawapan adi suwit sangat.Tapi dia tak puas hati lagi.

“Kalau Lela jadi pokok?”

“Abang jadi la tanah.Mana ada pokok hidup takde tanah.”

“okey okey, kalau lela jadi kaktus?”

“Dah sah sah abang jadi duri.Kaktus takde duri takdenya nama dia kaktus”.

Tipikal punya pasangan bercinta, ayat semua nak suwit suwit je dekat mulut tapi dalam hati terbalik kaw kaw.Biasa la tu.

Lela pulang ke rumah tepat masa azan maghrib berkumandang. Kalau ikutkan gadis gadis lain yang seumur dengan nya, kalau balik masa maghrib dah sah sah kena libas dengan tali pinggang, tapi Lela chill je. Siap boleh naik tangga nyanyi lagu doraemon lagi. Gembira betul la tu. Mementang baru lepas dating.Seperti biasa, kedua ibu bapa Lela tiada dirumah.Kerjaya ayahnya sebagai seorang peguam nyata membuatnya tidak lekat dirumah.Kalau tak di ofis, mesti dia lepak di kelab malam.Lela kenal sangat ayahnya.Pernah suatu ketika dulu, Lela bertembung dengan ayahnya tengah dating dengan perempuan simpanannya di pusat membeli belah semasa dia keluar untuk menonton wayang.Tapi Lela diamkan saja.Ibu Lela seorang usahawan.Dia mempunyai sebuah spa mewah di Bandar berdekatan.Lahir dalam keluarga mewah dan selaku satu satunya anak tunggal keluarganya, dia dapat segala yang dia minta.Tapi tidak kasih sayang.Jujurnya walaupun mempunyai kawan yang ramai, jauh didalam hatinya, Lela berasa kosong.Lela kesunyian.Dan hanya kerana itu, Lela agak liar sedikit.

Disekolah Lela merupakan pelajar pintar.Tahun ini Lela dalam tingkatan empat.Keputusan PMR nya tahun lepas sangat memuaskan.Lela mendapat 8A dan ditawarkan ke sekolah berasrama penuh di luar bandar tapi tawaran itu ditolak atas dasar malas nak kemas barang.Okey sumpah alasan tak logic. Memang mintak penampar si Lela ni. Merangkap pelajar kelas sains biologi, Lela juga seorang yang aktif dalam kelab buli.Dia antara ahli berjawatan tinggi dalam kelab buli. Bukan senang nak masuk kelab tu. Syarat dia kena hot, dan ganas.Lela memang cukup semua syarat tu tapi tu la, disebabkan Lisa cantik sikit je dari Lela, Lisa ditabal jadi ketua.Lela pula penolong. Antara aktiviti aktiviti kelab buli ialah men’sound’ junior junior yang kerek dengan mereka, membelasah gadis gadis lain yang gatal bermanja dengan kekasih mereka dan sebagainya. Namun aktiviti mingguan yang wajib mereka ada ialah, acara masuk bilik kaunseling beramai ramai, kena bebel dekat pengetua beramai ramai dan acara kena rotan secara berseorangan dan berkumpulan. Sangat aktif.

Di sekolah juga, Lela berkenalan dengan Adi.Adi pelajar tingkatan 5 Sains biologi jugak.Ketua pelajar siap.Pergi sekolah baju nak biru je, siap iron harihari lagi. Hobi pulak tulis nama budak datang lambat lepas tu report dekat Cikgu Meon. Kamcing betul dia dengan Cikgu Meon tu. Asalnya Lela dengan Adi musuh ketat la jugak.Iya la, mana mungkin Ketua pelajar in love dengan penolong ketua samseng perempuan.Tapi ada suatu ketika dulu, Lela nyaris lemas. Adi yang selamatkan dia. Lagi pun Adi nama je ketua pelajar, tapi bad boy jugak. Mat rempit sejati tu. Bawak motor nak satu tayar je. Mana Lela tak terpikat. Hidup Lela.Keluarga Lela. Kawan kawan Lela.Semua buat Lela tertekan.Adi la satu satunya tempat Lela berpegang. Walaupun Adi mat rempit tapi setakat ini Adi la lelaki terbaik Lela pernah ada. Segala Lela buat, Adi sokong seratus peratus.Sakit demam Lela, Adi tolong risaukan.Makan minum Lela Adi tolong kecohkan.Lela percaya pada Adi seratus peratus.Dia sayang sangat pada Adi dan pada nya Adi juga berperasaan begitu padanya.Cinta mereka kononnya suci la. Pada Lela, Adi la segalanya.

Segala masalah Lela, dicurahkan pada Adi. Nasihat dan pendapat Adi, padanya lebih bermakna dari nasihat pakar terapi dan guru kaunselornya. Ntah apa apa punya perangai ntah Lela ni. Sia sia bayar upah pakar terapi tapi tak dengar sepatah pun. Tau la kaya sangat sangat,heh.

Suatu hari, Lela keluar ke parti speedzone dekat MOIS penang yang sederet dengan kelab kelab malam lain. Betul umur Lela tak melayakkan nya masuk ke parti tu, tapi standed la Malaysia, hulur duit , hulur number talifon, flash flash sikit, terus boleh masuk. Normal sangat semua tu. Dijadikan cerita, Lela pulang lambat.Dan sangkaan Lela yang kedua ibubapanya sudah tidur meleset.Sebaik saja Lela buka pintu, kedua ibu bapanya berdiri dengan muka lapar merenung nya.Agak bengis sedikit.Darah Lela berderau.Lela mula cuak.Tanpa sebarang mukaddimah, bapanya mula membebel. Dah nama parent, beberapa perkara yang tak sepatutnya diungkit. Lela bengang.Dia mula mempertahankan dirinya.

“Ah apa hak Papa nak cakap macam tu dekat Lela. Selama ni ada tak Papa bersama dengan Lela. Bila Lela sedih, bila Lela kesunyian, mana Papa?Mana Mama. Sekali pun Papa dengan Mama tak cuba faham Lela. Mak Limah je yang bersama Lela dari Lela kecik sampai sekarang. Lela rasa macam takde parent.but now, papa mama nak pakai kuasa mutlak papa mama kacau hidup Lela yang Lela bina sendiri selama ni. Papa rasa papa layak ke?” bentak Lela kuat.

“Lela tolong jangan kurang hajar sangat dengan papa. Apa Lela ingat Papa kehulu kehilir, fly sana, fly sini cari duit untuk sapa?untuk apa? Untuk Lela. Untuk kesenangan Lela jugak.Untuk Keluarga kita jugak.Apa Lela nak semua kami bagi.Apa lagi tak cukup Lela? Apa lagi?”

“Hahaha, Papa ingat Lela kisah sangat ke kemewahan papa bagi tu. Lela nak kasih sayang Pa, Lela perlukan kasih sayang.Betina sundal yang papa selalu angkut kesana kemari, kokek suka hati tu boleh pula papa bagi kasih sayang.Tapi Lela tak boleh pula.”

“Lela!”. Satu jeritan kuat dari papa lela berserta satu penampar laju hinggap di pipi Lela. Lela terjatuh. Mama lajumembela Lela. Jujurnya Mama tidak pernah tahu mengenai hubungan papa diluar. Mama turut terkejut. Dan selepas Lela di tampar, episode baru pertengkaran keluarga Lela bermula.Lela lari masuk bilik.Pintunya di kunci. Dari atas Lela dengar papa mama bertengkar pasal betina sundal tu. Lela bengang.Dia menyambar kunci kereta, telifon bimbit dan dompetnya dan laju keluar dari rumah. Mama cuba menahan tapi Lela degil. Lela memandu kereta laju ke bandar.Dia pusing pusing bandar.Nombor Adi didail.Tiada jawapan. Lela bengang . Dia ke kedai dua puluh empat jam 7-11 dan beberapa botol tiger dibeli. Kemudian Lela check in di satu hotel untuk bermalam. Lela menangis semalam, sendiri.Lela mula mabuk. Telifon Lela berdering, Papa.Mustahil la selepas apa yang terjadi sebentar tadi panggilan Papa atau Mama akan Lela angkat.Mustahil. Sekali lagi talifonnya berbunyi, Adi. Kali ni Lela angkat.

“Kenapa yang”

“I need you. Help me” tangis Lela.

“Eh kenapa ni. You kat mana” soal Adi.

Masih dalam tangisan, Lela menjawab “Pearl View”.

“Okey,nanti I sampai” balas Adi.

Sejam kemudian, Adi sampai. Walaupun Adi mat rempit dan perjalan dari rumahnya ke Hotel Pearl view sebenarnya bukan jauh sangat pun, namun seperti remaja lain yang masih bersekolah, standed la nak keluar tengah tengah malam kena la menyelinap. Kalau tak, tak pepasal dia pulak disebat.Bapak Adi memang panas baran orang nya.

Pintu bilik di bukak.Adi jujurnya tak pernah menjangka untuk melihat Lela mabuk begini. Lela menangis ni pangkuannya dalam keadaan mabuk. Kisah pertengkaran keluarganya di ceritakan pada Adi.Adi berpura pura mendengarnya. Tapi sebenarnya apa yang Adi kisahkan adalah keadaan Lela yang mabuk. Hukum lelaki hidung belang, kalau makanan mengoffer diri jangan ditolak.Sejurus selepas Lela tertidur di pangkuannya, Adi pantas mengambil kesempatan. Kenyang Adi malam tu. Lela tidak kisah kerana jujurnya itu bukan pertama kalinya melakukan perbuatan sebegitu , tetapi ya, ianya kali pertama dengan Adi kerana padanya Adi bukan seorang yang sebegitu. Namun, jangan disangka air yang tenang tiada buaya kata orang tua tua.

Keesokan paginya, Adi memujuk Lela pulang.Lela degil.Adi menelefon ibubapa Lela.Ibu bapa Lela datang dan memujuknya pulang. Mereka meminta maaf dan berjanji akan lebih peka dengan kehendak sebenar Lela. Kini mereka lebih banyak menghabiskan masa dengan Lela.Hidup Lela semakin bermakna kini.Namun begitu untuk Lela dan Adi, perkara sebaliknya berlaku.Selepas malam pertama kononnya, Adi ketagih dambakan Lela.Atas dasar sayang dan cinta, Lela relakan saja.Pada Lela, perkara begini bukannya perkara besar.Padanya ianya perkara biasa biasa saja.Lebih lebih lagi bila ianya bersama insan tersayang.

Beberapa bulan kemudian, haid Lela datang lambat dan Lela kerap mual serta muntah muntah.Selaku pelajar kelas sains major biologi, semestinya Lela belajar mengenai pembiakan. Simptom simptom menandakan seseorang itu mengandung susah lekat di kepala Lela. Lela cuak. Selepas kelas, Lela ke 7-11 dan satu set ‘pregnency Test kit’ dibeli. Dan ya, Lela mengandung.Lela semakin cuak, tetapi jujurnya dalam cuak Lela, ada sinar kegembiraan.Kerana padanya, ini bermakna dia dan Adi dapat disatukan lebih awal.Segala yang dia impi impikan.Dengan penuh gembira, dia menelefon Adi dan ajak berjumpa di tempat biasa.Dengan senyuman, dia memberitahu satu persatu berita gembiranya pada Adi. Padanya Adi pasti sama gembira sepertinya. Tapi langit tidak selalu cerah, lain yang diharap, lain yang jadi. Adi terkejut.

“Ah kau, pandai pandai nak kata anak aku.Ntah jantan mana ntah kau tunggang.Lepas tu nak cakap aku” bentak Adi.

“Sumpah sayang. Anak kita yang.I mana ada curang dengan u. Tolong sayang tolong jangan macam ni.” Rayu Lela.

“Ah diam la betina garik.Kau jangan pandai pandai nak kata anak aku. Aku bunuh kau nanti.” Marah Adi. Sejujurnya Adi tahu itu anaknya tapi mustahil dia akan mengaku. Dia ketua pelajar.Dia pelajar pintar, pelajar harapan sekolah.Menjadi impiannya untuk menyambung pelajaran di institusi pengajian tinggi. Mustahil dia akan musnahkan citacitanya, demi seorang perempuan yang padanya sekadar teman untuk menghabiskan masa. Padanya hubungannya dengan Lela hanyalah sekadar suatu fasa.

Dia merenung Lela dan berkata “Mulai sekarang kita putus. Aku tak nak ada apa apa hubungan lagi dengan betina macam kau dan even if that baby really is mine sekali pun, aku tak nak. Baik kau gugurkan saja budak tu”.Lela meraung kuat.Adi menghidupkan motornya dan berlalu pergi.

Mulai haritu Lela menjadi pemuram.Aktiviti kelab bulinya langsung diabaikan.Sekolah pun jarang sekali pergi.Ibu bapanya bertanya tapi sepatah pun tidak dijawab.Lela buntu.Kandungan nya kini sudah tujuh bulan.Selama tujuh bulan itu juga dia berusaha menyorok saiz perutnya itu. Disekolah dia makan dengan banyak dengan alasan bila dia tiba tiba besar orang akan berkata dia semakin gemuk kerana kecewa selepas berpisah dengan Adi. Selama tujuh bulan itu juga dia cuba untuk menggugurkan kandungan nya tapi dia tidak berani ke klinik kerana yang pasti satu kawasan kenal orang tuanya dan jikalau dengan tiba tiba dia ke klinik untuk mengugurkan kandungan, dia pasti akan ada orang yang sangat suka hati untuk memberitahu ibubapanya. Cubaan memakan nenas juga tidak Berjaya.Entah kenapa pun dia tidak pasti.

Sembilan bulan, hari yang ditunggu telah sampai.Berdekatan rumah Lela ada satu bangsal lama yang tidak diduduki orang.Lela pergi dan melahirkan bayinya disitu.bersendirian.keperitan dan kepedihan di tanggung seorang diri. Selepas sejam lebih berhempas pulas dengan maut, Lela selamat melahirkan bayinya.Lela menatap bayinya dan menangis.

“Maafkan Mama sayang. Mama terpaksa. Mama tak nak kehilangan kasih sayang yang Mama baru peroleh dari datuk, dari nenek.Walau sikit, tapi mama tak rela kehilangannya. Papa jahat.Papa paksa Mama.Maafkan Mama sayang. Maafkan mama” bisik Lela ditelinga bayinya.Bayinya dibalut di dalam kain dan di letakkan di dalam plastic hitam.Perlahan lahan Lela bergerak ke sungai di belakang bangsal tersebut dan dengan mata tertutup, dengan tangisan dia matanya, dia membuang bayi pertamanya.Ya, dia nekad membunuh darah dagingnya sendiri.Darah dagingnya yang pertama.

Lela terduduk dan menangis.Dengan keperitan yang ditangggung, Lela menguatkan diri dan beransur pulang.Lela nekad untuk berubah.Lela nekad.Demi roh bayinya yang pertama.Yang baru dibunuhnya tadi.

Baru saja dilahirkan, belum sempat mata dibuka luas, belum sempat bermanja dengan ibunya, belum sempat berkenalan dengan datuk neneknya, belum sempat merasa kasih sayang, belum sempat berjalan, belum sempat berkatakata, segalanya ditamatkan begitu saja. Hidupku sebagai anak pertama Shafiqah Roslaila binti Mohd Dahlan berlangsung selama hanya dua puluh minit.Tapi aku akur.Aku sedar kelahiranku sebagai anak luar nikahnya adalah hina, tapi aku bersyukur kerana akhirnya ibuku terbuka hatinya, nekad untuk berubah. Jikalau kematian ku membawa sinar keinsafan di dalam kehidupan penuh dosa seorang insan yang aku cintai,aku rela. Semoga tuhan memberkatinya, semoga tuhan berikannya kekuatan untuk hidup, semoga dia berubah kejalan yang lurus, dan semoga roh ku dicucuri rahmat.Selamat tinggal dunia, selamat tingga mama.

1 comment:

  1. ha. kenapa ta tinggal kan aja anak dia di depan rumah. pastu nanti orang fikiir anak di buang orang. haha. ccerita melayu belum ada yang macam aku kata. haha

    ReplyDelete