semua orang perasan yang aku dah lama updet blog. bukan setakat updet blog, on pun tidak. aku rasa, semua orang perasan yang aku macam dah malas nak tulis blog. aku admit. aku admit semua tu secara emosionalnya mainan perasaan korang. aku admit tu semua anggapan korang yang secara kasarnya telah buat korang berdosa atas sebab fikir aku malas. secara am dan mudah, semua tu adalah fitnah. anggapan salah korang yang diaplikasikan secara betulnya akan jadi fitnah. macam mana? ntah la, aku main tulis tak fikir apa pun. persetan yang dulu, pentingkan yang kini. dulu memang la internet asyik takde je. kalau ada pun cukup cukup slow. nak buka blog pun lambat. buat aku sedih . sedih sampai air liur basi meleleh keluar masa menunggu page loading. tapi kini tidak lagi, dengan streamik hidup makin mudah. murah dah laju. sedap tak terkata. oke fine rumah aku tak masuk lagi pun streamik. ada desas desus TM kata khamis ni dia nak datang pasang. gempak hati tak payah nak cakap la. basically sekarang ni aku hidup online berteras kan asas ke-FREE-an dan jasa McD Perda. free betul. share sorang 50sen dah dapat beli air berbaldi baldi. buat letih refill je. tapi bagus jugak oh, senang nanti nak buat air teh dekat rumah. McD banyak gula. ambil je. nak sepuluh ambik sepuluh, nak lapan ambik sepuluh. nak tiga ambik sepuluh. nak semua siap siap la lari,pakai kasut nike air sekali untuk lari laju sikitt dari standard speed korang.
baru nak updet blog yang lama tak updet, biasa la kan semua menda nak cakap. semua benda nak mengarut. lepas tulis, tak faham faham apa aku tulis. macam celaka pun ada juga bila baca balik. minggu ni kelas secara real nya dah start. bagi aku la. bagi orang lain minggu lepas lagi dah start. jadual lintang pukang lagi. confront En.zahir lagi kena suruh drop paper ada lah. nak buat cemana kalau dah repeater tu repeater jugak la. sangkut sana sini. haih. semalam shopping dekat Tesco untuk barang rumah. sangat puas hati setakat ni dengan perkembangan budak rumah. boleh kamcing. fikir budak rumah teringat naim. macam celaka gaya dia. memang dasar nak kena sula dengan kemuncup. tahu nak lari je, bukan nak mesej sepatah pun. kalau orang nak cerai boleh pakai sms, dia tak reti pulak nak sms sebab nak kensel rumah. ntah takut apa ntah.dasar pondan betul. luar lelaki, dalaman pondan. plastik betul.
harini, farid merangkap budak rumah baru aku beli laptop baru. gempak betul bila dah ada laptop. gaya pun dah berubah. nampak intektual betul. makin bijak gayanya. memang ada can nak dapat dekan semester ni kalau rajin sikit. aku pun rajin sem ni. rajin segala gala.cuma malas nak jaga tepi kain orang je sem ni.malas nak buat masalah. minggu ni jugak aku dah kena start lab. dengan kena fix aku punya chapter two untuk final projek writing. celaka betul bila fikir pendrive merah yang hilang tu. semua benda dah la dalam tu. dua puluh lapan mukasurat bertulis hasil karya lapan hari menaip tu. dan berpuluh jurnal hasil sebulan google. semua hilang. mana la aku letak. nak ingat tapi lupa. arghh merana hidup nak taip lagi. banyak tu. bajet nak siapkan minggu ni la konon. gaya nak bagi madam Aida impress. tapi ntah impress entah tak.time management dengan level of professional masa nak execute projek super penting untuk dia. tapi aku pegang kata Hafizah Sukamat, projek biar cincau janji jadi. semangat semangat.
aku tengah pening fikir alasan nak lari dari seminar di pangkor jumaat ni. haih, pening. pangkor macam best. tapi aku pening betul nak fikir alasan nak lari. padahal sebab aku nak lari pun aku tak fikir lagi.sebab apa ntah. just rasa tanak pergi. dasar tak sedar diri betul kan aku. mengaku rajin tapi nak ponteng seminar lagi. mak aku tahu ni sah aku kena rotan nanti. haih, dah lama tak kena rotan. ah malas la tulis. bai.
En Zahir? Pn Zal? patut la extend tak blah2 dr uitm. ilmu dh jd tak halal atau dgn bahasa kasarnya HARAM. cermin lah diri.
ReplyDelete