aku nak tulis macam macam. nak stori macam macam. kotak idea, kotak aktiviti penuh melimpah ruah. yang tahun lepas pun tak basi basi lagi. tapi bab pening nya, bila nak tulis entri nak kena fikir tajuk. haa, tu yang buat aku malas tu.baru nak insaf jadi rajin sikit tapi hasutan malas tu tak hairbis habis kena inject masuk dalam darah holy aku ni. dasar setan berbulu, tak reti reti nak insaf. aku rasa kalau setan reti insaf, dunia sah sah makin aman. so berdoa la untuk keinsafan setan. kalau doa untuk kawan kawan insaf pun oke jugak tapi berisiko tinggi la dia nak sesat balik. nak buat macam mana, asal insaf je setan kacau. asal insaf je setan kacau. sampai bila nak setel. ulang alik benda sama jugak. naik menyirap jugak darah aku ingatkan setan yang tak reti reti nak berkompromi ni. kalau setan level rendah kacau tak pe jugak. takde la kuat sangat power dia. paling tidak pun setan la seminit dua. tapi yang malas nya general, kapten setan level tinggi yang rajin nak turun. bajet nak tunjuk semangat dekat anak buah la tu kan. setan level tinggi ni kalau kacau boleh bikin celaru otak. dah la power hasut dia tu level tinggi. memang sesat tahap sesat dalam maze macam cerita harry potter la. gelap, sejuk,penuh dengan reksasa. sekali bila mati terus jumpa lord voldamort. alah voldamort tu ala ala bos setan la tu. cuma lagak je lebih sikit.
mengarut kan main lagi aku. bukan apa, saja nak test stremik baru pasang. wah, kencang betul la bila aku rasmi first stremik kat rumah ni. laju melampau lampau. kalau setakat nak tengok video ariel peterpan dengan luna maya dekat youtube tu, peh selamber je dia buffer. 10 saat dah siap buffer dah. kencang betul. sayang betul aku dekat stremik harini. wah. tapi sayang betul laah. aku tinggal leptop dekat rumah. jauh betul la nak balik ambik. nak online pun pakai turn. pinjam pinjam. dah la harini baru pasang stremik, esok dah nak pergi pangkor. tak sempat nak merasa lama lama. alahai pangkor. yang gerenti, weekend ni memang budak rumah aku tak keluar rumah la. gerenti la aku cakap. tak tipu, tak kelentong. aku yakin semua mesti duduk terperap baring atas lantai mozek yang aku mop minggu lepas.bersih betul. bersinar sinar. memang naik kan semangat nak online lah.
dah ada tenet ni.memang tak boleh malas malas updet blog dah. oke bai. aku nak pergi kelas
No comments:
Post a Comment