Tuesday, August 28, 2012

#107


Cuba hayati lirik lagu ni.




Life’s too short to even care at all oh 
I’m losing my mind losing my mind losing control
 
These fishes in the sea they’re staring at me oh oh Oh oh oh oh
 
A wet world longs for a beat of a drum
 
Oh
 
If I could find a way to see this straight I’d run away
 
To some fortune that I should have found by now
 
Uhh ch ch ch ch
 
Waiting for this cough syrup to come down 
Life’s too short to even care at all oh
 
I’m coming up now coming up now out of the blue
 
These zombies in the park they’re looking for my heart
 
Oh oh oh oh
 
A dark world aches for a splash of the sun oh oh
 
If I could find a way to see this straight I’d run away
 
To some fortune that I should have found by now
 
And so I run to the things they said could restore me
 
Restore life the way it should be
 
Waiting for this cough syrup to come down
 
Life’s too short to even care at all oh
 
I’m losing my mind losing my mind losing it all
 
If I could find a way to see this straight I’d run away
 
To some fortune that I should have found by now
 
So I run to the things they said could restore me
 
Restore life the way it should be
 
Waiting for this cough syrup to come down
 
One more spoon of cough syrup now 
One more spoon of cough syrup now 


Aku rasa ni lagu pasal inspirasi yang paling buat aku tersentuh sekarang ni. Serius tersentuh. Eh tak, maksud aku tersentap. Sebab aku selalu lari dari masalah sampai satu tahap tak boleh nak lari baru aku setel kan. Aku memang suka kurung diri dalam bubble denial aku sebenarnya, aku je tak nak mengaku. Selesa sampai kadang kadang aku pun lupa yang sebenarnya aku tengah lari. Macam sekarang. 

#106

Tolong jangan tanya, sebab aku sendiri pun tak tahu kenapa aku upload semua entri yang aku tulis masa tengah takde tenet. Serius tak tahu. Mungkin sebab aku terbuka blog tadi agaknya. Random action mungkin.

Ya, aku rasa sebab random action punya mekanism.

Apa apa lah.bai

#105


Aku jenis yang tak berapa nak fikir panjang. Dan tak berapa suka nak fikir sangat suatu benda. Entah kenapa satu malam ni aku rajin sangat berfikir. Tiba tiba sangat.

Aku fikirkan masa depan nanti. Apa akan jadi dekat aku 10 tahun lagi, 20 tahun lagi, 30 tahun lagi, 40 tahun lagi. Hidup bahagia ke, merempat ke siapa tahu kan?

Aku terfikir, sekarang ni aku tengah pursue degree. Tiga tahun. Lama tu. Sekarang umur aku 22 tahun. Tiga tahun lagi 25 tahun. So, kalau aku grad tiga tahu lagi apa pula agaknya plan aku. Kalau aku grad la, kalau terkandas tengah jalan entah apa pula jadinya nanti. Andai kata, aku belajar rajin rajin, tak tidur malam, push betul betul otak lembab ni untuk tiga tahun, dan akhirnya grad dengan let say 3.00 ke atas atau lebih baik lagi, kot nasib baik sikit mungkin 3.50 ke atas. Kalau ya, then quite impressive la sebenarnya. Lepas grad dengan degree in Chemical Engineering majoring in pure chemistry, mungkin aku pursue buat master. Buat master dua tahun. Grad umur 27 tahun. Lepas tu aku dapat kerja jadi engineering dekat Petronas contohnya. Dua tahun kerja, financial dah stabil, aku beli rumah, aku beli kereta, umor 30 tahun, mak aku cari kan bini dan aku kahwin. Okey umur 30 tahun aku kahwin. Umur normal bagi laki la tu. Since aku keturunan baka subur subur kononnya, dan lupa pakai kondom masa malam pertama, so dijadikan cerita dapat anak cepat. Dijadikan cerita, mungkin aku ada dua anak nanti, sorang laki, sorang perempuan.  Mungkin. So lepas tu apa? Kerja sampai umur aku 40 tahun? Mungkin 50 tahun? Mungkin sampai umur bersara. Atau mungkin sampai kena buang. Lepas tu apa? Duduk rumah buncitkan perut? Mati? Apa?

Secara luarannya, memang la bunyi macam dah cukup boleh puas hati dah dengan semua tu, dah boleh bahagia dah dengan semua tu. Tapi dalamannya boleh ke aku bahagia sebenarnya. Aku capai ke semua yang aku nak, semua yang aku cita citakan? Kalau ditengokkan sekarang pun aku dah tak boleh capai cita cita nak jadi interior designer sebab ya la, berapa kali apply pun lekat dengan chemical engineering jugak. Bukan tak bersyukur sebab dah mungkin takdirkan. Tapi satu cita cita tak dah tak mungkin tercapai dah dekat situ kan sebab perbezaan qualification dan sijil. Kalau kemahiran, mana mana pun boleh cari. Lepas tu kerja engineering, happy ke aku kerja nanti. Ke setakat pergi kerja, buat kerja, balik kerja lepas tu mengeluh post status kutuk kerja tak best dekat facebook. Tu pun kalau facebook urban lagi masa tu.

Kalau diikutkan secara tipikalnya, future aku boleh jadi macam tu. Kalau tak jadi macam tu, mungkin lebih teruk, mungkin lebih baik. Tapi apa pun kalau masa depan aku sekadar macam tu je, tanpa achieve semua benda yang aku nak, buat semua benda yang aku nak,  tanpa ada rasa passion tu, hidup mengeluh menyesal bagai nanti, aku rasa aku lagi rela mati dan tak ada masa depan dari hidup dengan masa depan macam tu.

Pilihan aku.

#104


Aku percaya bahawa aku, seorang manusia berakal ciptaan Allah swt hidup atas pilihan dan pendefinisian aku sendiri. Aku pegang pada kuasa akal aku dimana aku definisikan semua benda sebelum aku buat keputusan.

Dalam aspek kehidupan, aku definisikan kehidupan aku sebagai kejayaan dan kegembiraan. Simple. Mungkin simple tapi hakikatnya sampai sekarang aku tak dapat nak definisikan kejayaan dengan kegembiraan tu selaras dengan apa aku nak. Susah sebenarnya nak teka masa depan, dan susah sebenarnya nak faham apa yang diri kita sendiri nak sebenarnya. Biasalah, aku pun manusia juga. Manusia biasa biasa je pun yang mungkin lebih kacak dari sesetengah orang, dan mungkin lebih tak kacak dari sesetengah orang atau mungkin tak kacak langsung. Sama je, manusia. Sebab tu juga la aku tak faham lagi apa aku nak sebenarnya. Dulu masa darjah 3, aku nekad nak jadi Cikgu English, kononnya nak ikut jejak langkah umi aku, lepas tu masuk form 1, aku mengada pupuk cita cita nak jadi arkitek. Masa form 4 aku nak jadi lawyer. Last last, aku dapat course engineering, and stick dengan engineering. Berubah. Susah. Sebab tu sampai sekarang aku tak boleh nak definisikan kehidupan aku lagi sebab aku tak tahu apa aku paling nak sebenarnya.

Dalam aspek jiwang jiwang pula, aku definisikan cinta sebagai kawan baik. Ramai orang dia definisikan cinta secara tak langsungnya sebagai nafsu. Nafsu as in bercinta sebab nafsu. Sebab tu rupa paras, bentuk badan, saiz buah dada, harta semua were taken into consideration. Dan sebab tu jugak banyak kes kes yang tak sedap nak baca dekat newspaper, dekat TV, dekat tingkap dapur Mak Bedah semua kita boleh dengar. Tak sedap sebenarnya dengar cerita pasal bayi baru lahir kena buang atas jalan raya bagi kereta pijak sampai lenyek lepas tu anjing gonggong bagi makan dekat anak dia. Tak sedap tahu. Pendefinisian aku simple. Mungkin picky. Tapi rasanya aku nak isteri aku nanti kawan baik aku. Someone yang terima aku seadanya, yang dah tahu semua cerita aku, kisah hidup aku, dan someone yang aku rasa selesa nak mampus sampai semua benda aku rasa nak bagitahu dia. Semua benda, semua cerita sampaikan cerita aku tercirit tadi pun aku nak cerita dekat dia. Aku nak yang macam tu. Aku malas sebenarnya nak layan cinta cinta pesen fairytale semua bagai tu, pesen yang majoriti aweks aweks semua kejar bagai nak gila semua tu, sebab bukan wujud pun. Fairytale senang la cakap, kau puteri duduk serumah dengan tujuh jantan pendek pun kira kau inesen ayu ayu lagi, memang taste putera la kononnya. Jalan cerita fairytale selalunya pendek, kau kenal putera sehari, lima hari lepas tu dah kahwin dah. Real life pun ada gitu sebenarnya. Banyak. Cuma ending dia tu beza sikit. Kasanova manjakan kau bagai nak rak, kau hanyut, dua hari dating, lubang kena tebuk, poof putera kau hilang. Biasa la tu. Dan dalam pendefinisian aku, kisah cinta yang gagal gagal dulu atau erti kata lainnya ex ex aku definisikan sebagai kawan. Sebab tu aku kawan dengan semua ex ex aku lagi. Lantak la orang kata tak get over ke apa, yang penting pada aku, aku let go dengan penuh hormat. Bila gitu, baru sedap sebenarnya nanti bila aku nak start dating new girl, dia nak start dating new guy. Selesa sikit. Kalau tak karang sikit sikit awkward kalau kantoi tengah jalan. Tak pun asal terjumpa je, terus kena baling kasut. Ah kau ingat sedap ke kena baling dengan heels tiga inci. Kalau sedap try la. Buat la selalu. Tebuk tebuk lari la kalau rasa nak kena heels hari hari. Heh.

Seluruh hidup aku based on apa yang aku definisikan sebenarnya, dan pendefinisian aku kadang kadang tak masuk akal. Pernah banyak kali aku definisikan lecturer sebagai babi, sebab dia failkan satu paper aku masa diploma. Kesana kemari aku junjung nama dia sebagai babi, tapi long story short bila rasa dah matang sikit, aku rasa bodoh sangat pulak aku masa tu. Nasib baik masa keluar result diploma cakap aku grad haritu aku ada hantar bunga apologize dekat semua lecturer. Ya, termasuk la dekat En.Zahir, walaupun aku masih tak suka dia. Aku pun tak tahu kenapa sebenarnya aku anti sangat dengan dia. Mungkin sebab masa tu dia ada kuasa untuk kawal aku, so aku rasa terkongkong secara mental sebab dalam kepala asyik takut dia failkan aku, kick aku keluar diploma gitu la kot. Aura tu sampai sekarang rasanya.

Aku rasa, semua pilihan kau, baik atau buruk, kau yang kena tentukan sendiri, definisikan sendiri. Kalau kau definisikan yang baik itu buruk then buruk la benda tu. Sama la dengan kalau kau definisikan benda tu buruk as baik. Pilihan orang, fikiran orang semua lain lain ye dak. Susah sebenarnya nak cerita pasal buat pilihan ni, tapi aku ingat  ada satu cerita omputih ni, tapi aku lupa tajuk dia, aku quote “There is no bad choice”. Aku sokong statement tu sebab hakikatnya setiap pilihan kau akan lead kepada satu pilihan yang lain, yang bezakan pilihan kau hanyalah yang baik dengan yang terbaik je. Tu yang aku faham dari quote tu. Inspirational betul sebenarnya quote tu pada aku. Sobs.

Aku tak tahu apa aku nak cerita sebenarnya. Aku main tulis je. Lantak la kan, nama pun diari aku. Bai.

#103


It is funny how life can be so cheap these days, and I wonder how it can be so. Sana sini, dalam berita, surat khabar, radio, semua media massa kecoh bercerita pasal kes kes pembunuhan, peperangan, bunuh diri semua and I was like, wow murahnya nyawa. Aku tak faham apa murderers tu semua fikir masa ambil nyawa orang. Apa agaknya yang dia fikir, dia rasa masa pisau belati tajam dekat tangan dia tu kemain laju tusuk jantung mangsa. Apa perasan dia bila tengok mangsa jatuh tersungkur mengelempar dengan darah semua memancut keluar laju, muka pucat, tak cukup nafas, tak cukup darah. Bayangkan situasi macam tu pun dah boleh buat aku sendiri tak cukup nafas tapi agaknya macamana si pelaku boleh tergamak nak ambil nyawa macam tu je. Sadis. Ya mungkin ada sebab munasabah tapi tetap tak melayakkan dia nak tarik nyawa orang macam tu je kan? Jahat macam mana pun seseorang tu masih ada ruang untuk berubah. Aku percaya pada “Second Chance”. Aku rasa semua orang patut, dan layak untuk diberi peluang kedua untuk setiap kesalahan. Nama pun manusia, tak ada yang kita tak buat salah kan. Peperangan lagi satu, mungkin aku pacifist. Atau mungkin aku perasan aku pacifist tapi apa pun aku percaya yang peperangan brings more harms than good. Aku percaya bahawa pemimpin yang taksub dengan kuasa pemusnah yang dia ada tak akan pernah puas dengan apa yang dia ada. Contohnya Russia, tak pernah gagal dalam usaha men-variety-kan dan mencipta senjata baru untuk dunia. Amerika, german, China dan Malaysia sendiri semua tak nak kalah, sokong usaha beli senjata baru semua macam tu. Kadang kadang aku tak faham apa bestnya jajah negara orang ni. Imagine la, contohnya kau Negara A, Negara kemain maju semua, orang pun maju maju, tanpa sebab saja rasa nak jajah Negara B yang tak berapa nak maju sangat ni. Kenapa? Rasa bosan mungkin. Padahal kalau diikutkan nak jaga Negara A pun separuh mati kau nak jaga, ni kau nak libatkan diri nak jaga Negara B pula. Dua Negara besar, bukan senang nak jaga. Lain la kalau dua Negara tu sekadar besar Singapore dengan Brunei je pun. Boleh tahan lagi nak jaga. Lepas tu lepas kau berperang rosakkan Negara B yang dah separuh hancur tu, kau nak buat apa? Biarkan je ke? Macam bodoh pulak gitu kan. So, kau bangun kan. Nak bangunkan mestilah kena repair semua kerosakan dulu, burn duit Negara A nak repair Negara B. Lepas tu nak bina macam macam semata nak selaraskan pembangunan antara dua Negara. Komplikated nak mampus kalau tanya aku. Cara aku cakap, cara aku imagine mungkin simple sangat tapi secara ringkasnya memang tu benda paling bodoh yang aku nampak as effect of war. Malas nak bercerita pasal nyawa yang terbang, takut karang aku yang menangis kejap lagi karang.

Tapi apa pun benda paling bodoh ialah bunuh diri. Aku faham setiap orang ada masalah. Dan aku faham tahap masalah setiap orang lain lain sebab keadaan kita, situasi kita lain lain. Mungkin fail dua paper masa final dekat UiTM tu benda biasa untuk aku, tapi untuk kau mungkin benda tu macam serius sangat. Semua bergantung pada diri sendiri. Aku taknak pegang watak tipikal yang kutuk orang bunuh diri, atau pun support orang bunuh diri. Tapi apa aku nak buat is just to say that whatever happen there is always a solution. Aku percaya yang setiap orang ada satu point atau tahap yang boleh buat dia hilang tahap kewarasan berfikir yang pada masa tu kau punya fikiran just focus pada satu benda saja, iaitu kematian. Itu sebenarnya turning point hidup kau. Aku percaya kalau kau boleh atasi benda tu, kalau aku boleh atasi benda tu memang tak ada apa yang boleh overcome kita punya desire untuk hidup. Lagipun bunuh diri tak pernah solvekan masalah pun, lagi tambah ada la sebenarnya.

Kita bukannya kucing, ada sembilan nyawa boleh suka suka lepak tepi jalan sebab nak rasa feeling kena langgar tu macam mana. Kita manusia, kita pakai prinsip YOLO. So lets us make good use of this life that we have. Bai : )

#102.


Aku antara manusia paling ego atas muka bumi ni. Aku all ears dengar masalah orang, tapi aku tak pernah rasa nak share masalah aku dengan orang lain. Aku pesen simpan semua masalah besar, masalah berat to myself. Bukan sebab tak percaya atau apa, tapi sebab aku rasa aku malas nak melibatkan orang lain. Well orang lain pun ada masalah sendiri kan. Aku share masalah dengan orang pun kalau masalah tu sekadar masalah bodoh pada aku je. Masalah bodoh, masalah remeh macam masalah relationship, masalah study, masalah tak tahu nak pakai baju apa. Semua masalah bodoh yang aku assume boleh jadi conversation starter. Aku ada tendency untuk pendam semua masalah berat sorang sorang, setelkan sorang sorang. Ya kadang kadang aku lari, tapi masalah mana pernah tak kejar kan? Ceruk mana sekali pun, mustahil la boleh lari. Satu satunya cara aku keluarkan segala bebanan fikiran masalah aku is through blogging. Well bukan blog sangat sebenarnya tapi aku akan buka word on laptop and taip segala masalah dekat situ. Pada saat aku kena let out semua beban masalah, instead of share masalah dengan orang, aku pilih untuk taip. Entah kenapa. Aku rasa selesa. Mungkin sebab aku malas nak layan orang punya judgement. Well face it, dunia sekarang ramai sangat orang nak jadi tuhan. Kesana kesini, tuduh orang, hukum orang, judge orang suka hati je. Aku tak rasa yang rajin judge judge tu ada qualification untuk judge orang. Kau bukan Tuhan samdol oi, Nabi pun tak boleh judge, hukum umat, so let’s stop playing god okey guys. The world doesn’t need it. 

Saturday, July 7, 2012

#101

Kalau nak cerita pasal kisah hidup baru sebagai pelajar di shah alam rasanya macam cliche sangat. Iyalah, aku bukan satu satunya rakyat malaysia yang dapat masuk UiTM Shah Alam dan pastinya juga bukan satu satunya blogger yang belajar di UiTM Shah Alam. So stop disitu, dan sila biarkan imaginasi kau melakar sendiri cerita pasal shah alam.

Cerita aku dengan shah alam mudah saja. Tiga bulan belajar, kepala aku masih kosong. Musim final, tiga hari belajar, kepala aku penuh satu per empat. Risau tak risau, semoga aku sukses final exam ijazah aku yang pertama kalinya ni. Amin.