Aku percaya bahawa aku, seorang
manusia berakal ciptaan Allah swt hidup atas pilihan dan pendefinisian aku
sendiri. Aku pegang pada kuasa akal aku dimana aku definisikan semua benda
sebelum aku buat keputusan.
Dalam aspek kehidupan, aku
definisikan kehidupan aku sebagai kejayaan dan kegembiraan. Simple. Mungkin
simple tapi hakikatnya sampai sekarang aku tak dapat nak definisikan kejayaan
dengan kegembiraan tu selaras dengan apa aku nak. Susah sebenarnya nak teka
masa depan, dan susah sebenarnya nak faham apa yang diri kita sendiri nak
sebenarnya. Biasalah, aku pun manusia juga. Manusia biasa biasa je pun yang
mungkin lebih kacak dari sesetengah orang, dan mungkin lebih tak kacak dari
sesetengah orang atau mungkin tak kacak langsung. Sama je, manusia. Sebab tu
juga la aku tak faham lagi apa aku nak sebenarnya. Dulu masa darjah 3, aku
nekad nak jadi Cikgu English, kononnya nak ikut jejak langkah umi aku, lepas tu
masuk form 1, aku mengada pupuk cita cita nak jadi arkitek. Masa form 4 aku nak
jadi lawyer. Last last, aku dapat course engineering, and stick dengan
engineering. Berubah. Susah. Sebab tu sampai sekarang aku tak boleh nak
definisikan kehidupan aku lagi sebab aku tak tahu apa aku paling nak
sebenarnya.
Dalam aspek jiwang jiwang pula, aku
definisikan cinta sebagai kawan baik. Ramai orang dia definisikan cinta secara
tak langsungnya sebagai nafsu. Nafsu as in bercinta sebab nafsu. Sebab tu rupa
paras, bentuk badan, saiz buah dada, harta semua were taken into consideration.
Dan sebab tu jugak banyak kes kes yang tak sedap nak baca dekat newspaper,
dekat TV, dekat tingkap dapur Mak Bedah semua kita boleh dengar. Tak sedap
sebenarnya dengar cerita pasal bayi baru lahir kena buang atas jalan raya bagi
kereta pijak sampai lenyek lepas tu anjing gonggong bagi makan dekat anak dia.
Tak sedap tahu. Pendefinisian aku simple. Mungkin picky. Tapi rasanya aku nak
isteri aku nanti kawan baik aku. Someone yang terima aku seadanya, yang dah
tahu semua cerita aku, kisah hidup aku, dan someone yang aku rasa selesa nak
mampus sampai semua benda aku rasa nak bagitahu dia. Semua benda, semua cerita
sampaikan cerita aku tercirit tadi pun aku nak cerita dekat dia. Aku nak yang
macam tu. Aku malas sebenarnya nak layan cinta cinta pesen fairytale semua
bagai tu, pesen yang majoriti aweks aweks semua kejar bagai nak gila semua tu,
sebab bukan wujud pun. Fairytale senang la cakap, kau puteri duduk serumah
dengan tujuh jantan pendek pun kira kau inesen ayu ayu lagi, memang taste
putera la kononnya. Jalan cerita fairytale selalunya pendek, kau kenal putera
sehari, lima hari lepas tu dah kahwin dah. Real life pun ada gitu sebenarnya.
Banyak. Cuma ending dia tu beza sikit. Kasanova manjakan kau bagai nak rak, kau
hanyut, dua hari dating, lubang kena tebuk, poof putera kau hilang. Biasa la
tu. Dan dalam pendefinisian aku, kisah cinta yang gagal gagal dulu atau erti
kata lainnya ex ex aku definisikan sebagai kawan. Sebab tu aku kawan dengan
semua ex ex aku lagi. Lantak la orang kata tak get over ke apa, yang penting
pada aku, aku let go dengan penuh hormat. Bila gitu, baru sedap sebenarnya
nanti bila aku nak start dating new girl, dia nak start dating new guy. Selesa
sikit. Kalau tak karang sikit sikit awkward kalau kantoi tengah jalan. Tak pun
asal terjumpa je, terus kena baling kasut. Ah kau ingat sedap ke kena baling
dengan heels tiga inci. Kalau sedap try la. Buat la selalu. Tebuk tebuk lari la
kalau rasa nak kena heels hari hari. Heh.
Seluruh hidup aku based on apa yang
aku definisikan sebenarnya, dan pendefinisian aku kadang kadang tak masuk akal.
Pernah banyak kali aku definisikan lecturer sebagai babi, sebab dia failkan
satu paper aku masa diploma. Kesana kemari aku junjung nama dia sebagai babi,
tapi long story short bila rasa dah matang sikit, aku rasa bodoh sangat pulak
aku masa tu. Nasib baik masa keluar result diploma cakap aku grad haritu aku
ada hantar bunga apologize dekat semua lecturer. Ya, termasuk la dekat
En.Zahir, walaupun aku masih tak suka dia. Aku pun tak tahu kenapa sebenarnya
aku anti sangat dengan dia. Mungkin sebab masa tu dia ada kuasa untuk kawal
aku, so aku rasa terkongkong secara mental sebab dalam kepala asyik takut dia
failkan aku, kick aku keluar diploma gitu la kot. Aura tu sampai sekarang
rasanya.
Aku rasa, semua pilihan kau, baik
atau buruk, kau yang kena tentukan sendiri, definisikan sendiri. Kalau kau
definisikan yang baik itu buruk then buruk la benda tu. Sama la dengan kalau
kau definisikan benda tu buruk as baik. Pilihan orang, fikiran orang semua lain
lain ye dak. Susah sebenarnya nak cerita pasal buat pilihan ni, tapi aku
ingat ada satu cerita omputih ni, tapi
aku lupa tajuk dia, aku quote “There is no bad choice”. Aku sokong statement tu
sebab hakikatnya setiap pilihan kau akan lead kepada satu pilihan yang lain,
yang bezakan pilihan kau hanyalah yang baik dengan yang terbaik je. Tu yang aku
faham dari quote tu. Inspirational betul sebenarnya quote tu pada aku. Sobs.
Aku tak tahu apa aku nak cerita
sebenarnya. Aku main tulis je. Lantak la kan, nama pun diari aku. Bai.
No comments:
Post a Comment