It is funny how life can be so cheap these days, and I
wonder how it can be so. Sana sini, dalam berita, surat khabar, radio, semua
media massa kecoh bercerita pasal kes kes pembunuhan, peperangan, bunuh diri
semua and I was like, wow murahnya nyawa. Aku tak faham apa murderers tu semua
fikir masa ambil nyawa orang. Apa agaknya yang dia fikir, dia rasa masa pisau
belati tajam dekat tangan dia tu kemain laju tusuk jantung mangsa. Apa perasan
dia bila tengok mangsa jatuh tersungkur mengelempar dengan darah semua memancut
keluar laju, muka pucat, tak cukup nafas, tak cukup darah. Bayangkan situasi
macam tu pun dah boleh buat aku sendiri tak cukup nafas tapi agaknya macamana
si pelaku boleh tergamak nak ambil nyawa macam tu je. Sadis. Ya mungkin ada
sebab munasabah tapi tetap tak melayakkan dia nak tarik nyawa orang macam tu je
kan? Jahat macam mana pun seseorang tu masih ada ruang untuk berubah. Aku
percaya pada “Second Chance”. Aku rasa semua orang patut, dan layak untuk
diberi peluang kedua untuk setiap kesalahan. Nama pun manusia, tak ada yang
kita tak buat salah kan. Peperangan lagi satu, mungkin aku pacifist. Atau
mungkin aku perasan aku pacifist tapi apa pun aku percaya yang peperangan
brings more harms than good. Aku percaya bahawa pemimpin yang taksub dengan
kuasa pemusnah yang dia ada tak akan pernah puas dengan apa yang dia ada. Contohnya
Russia, tak pernah gagal dalam usaha men-variety-kan dan mencipta senjata baru
untuk dunia. Amerika, german, China dan Malaysia sendiri semua tak nak kalah,
sokong usaha beli senjata baru semua macam tu. Kadang kadang aku tak faham apa
bestnya jajah negara orang ni. Imagine la, contohnya kau Negara A, Negara
kemain maju semua, orang pun maju maju, tanpa sebab saja rasa nak jajah Negara
B yang tak berapa nak maju sangat ni. Kenapa? Rasa bosan mungkin. Padahal kalau
diikutkan nak jaga Negara A pun separuh mati kau nak jaga, ni kau nak libatkan
diri nak jaga Negara B pula. Dua Negara besar, bukan senang nak jaga. Lain la
kalau dua Negara tu sekadar besar Singapore dengan Brunei je pun. Boleh tahan
lagi nak jaga. Lepas tu lepas kau berperang rosakkan Negara B yang dah separuh
hancur tu, kau nak buat apa? Biarkan je ke? Macam bodoh pulak gitu kan. So, kau
bangun kan. Nak bangunkan mestilah kena repair semua kerosakan dulu, burn duit
Negara A nak repair Negara B. Lepas tu nak bina macam macam semata nak selaraskan
pembangunan antara dua Negara. Komplikated nak mampus kalau tanya aku. Cara aku
cakap, cara aku imagine mungkin simple sangat tapi secara ringkasnya memang tu
benda paling bodoh yang aku nampak as effect of war. Malas nak bercerita pasal
nyawa yang terbang, takut karang aku yang menangis kejap lagi karang.
Tapi apa pun benda paling bodoh ialah bunuh diri. Aku faham
setiap orang ada masalah. Dan aku faham tahap masalah setiap orang lain lain
sebab keadaan kita, situasi kita lain lain. Mungkin fail dua paper masa final
dekat UiTM tu benda biasa untuk aku, tapi untuk kau mungkin benda tu macam
serius sangat. Semua bergantung pada diri sendiri. Aku taknak pegang watak
tipikal yang kutuk orang bunuh diri, atau pun support orang bunuh diri. Tapi
apa aku nak buat is just to say that whatever happen there is always a
solution. Aku percaya yang setiap orang ada satu point atau tahap yang boleh
buat dia hilang tahap kewarasan berfikir yang pada masa tu kau punya fikiran
just focus pada satu benda saja, iaitu kematian. Itu sebenarnya turning point
hidup kau. Aku percaya kalau kau boleh atasi benda tu, kalau aku boleh atasi
benda tu memang tak ada apa yang boleh overcome kita punya desire untuk hidup.
Lagipun bunuh diri tak pernah solvekan masalah pun, lagi tambah ada la
sebenarnya.
Kita bukannya kucing, ada sembilan nyawa boleh suka suka
lepak tepi jalan sebab nak rasa feeling kena langgar tu macam mana. Kita
manusia, kita pakai prinsip YOLO. So lets us make good use of this life that we
have. Bai : )
No comments:
Post a Comment