Saturday, August 21, 2010

bila nak raya.

masuk tahun ni,dah tahun ke empat aku sambut ramadhan dekat penang. banyak gila kenangan. aku ingat lagi. semua aku ingat, lupa pun sikit sikit.

first year aku puasa dekat penang masa sem satu. masa tu masuk intake julai. so standed la kan. aku ingat lagi masa tu harihari pergi bazar dengan budak bilik. kalau banyak duit sikit, pergi buka dekat pizza hut dengan fatah, dengan atoi. selalu la jugak. sampai muak. niat asal pergi pizza hut pun sebab nak download cerita je. dah wireless sana laju sangat. kan main la atoi. aku pergi duduk makan je. kadang kadang share duit dengan iqbal, dengan israr beli dominos. wan tak join, dia anti sikit makan western western ni. tapi kenang kan satu bilik, kami share jugak. hati kami mulia. aku ingat lagi masa israr dengan iqbal balik kampung masa puasa tinggal aku sorang sorang. wan ada, tapi dia kecoh nak lepak bilik izat,biasa la otai boling. mana nak kawan dengan budak budak. masa ni aku belasah buka dekat bilik poji. kadang kadang dekat bilik cace. dulu aide dengan cace satu bilik. azim pulak bilik jauh dengan lan. fatah selalu lepak bilik atoi main game. dulu masa sem satu, BFF aku emi la. dia budak suksis. jenis kuat ponteng suksis.masa sem satu nak beli baju raya pun pergi pulau naik bas. tapi tak pergi jauh la. pergi komtar je.sebab tak tahu jalan nak pergi gurney.

second year masa sem tiga. masa tu aku satu rumah dengan budak farmasi. dengan fayad dengan aizad. masa tu azwad paling garang. tapi bila masuk bulan puasa, arif naik jawatan jadi abang paling garang. paling pantang tengok aku bukak peti. aku kena mark sebab ada ponteng puasa, so terus kena mark. dia kalau time garang tak boleh buat main, si zul pun dia pukul hidung sampai patah. yang tak mancung terus jadi mancung. jimat duit, tak payah buat plastik surgeri. masa tu bazar dekat je. jalan kaki dari rumah sewa pergi bazar. harihari jalan dengan fayad, dengan arif, dengan aizat. kadang kadang naik motor dengan aizat. dia bawak motor boleh tahan laju. tapi tak selaju azwad. aku sampai sekarang ngeri nak naik motor dengan azwad. seram. masa tu beli baju raya dekat megamall je. kadang kadang pergi gurney. tapi jarang la. sebab tak tahu nak buat apa pergi gurney.

third year masa sem lima.ni puasa paling terbaik. masa ni dah pindah masuk rumah aide. masa ni kadang kadang beli bazar. bila rasa sengkek, beli beras masak nasik. lepas tu lauk beli sendiri. share beli lauk. nak sahur pun sama. bab sahur tugas fatah. dia paling cepat bangun. so dia bangun masa nasik. kejut orang lain, lepas tu sama sama masak. time tu fatah dah macam mak kami. tukang kejut bangun sahur. masa ni ada farid, orang paling liat nak bangun sahur.kalau dulu ada arif. masa ni arif prektikal. so, cace naik pangkat jadi supervisor aku. puasa tak puasa dia tengok. kalau bunyi orang bukak peti tengah tengah hari semua terus intai takut aku bukak peti. sedih betul bila orang tak percaya kreadibiliti aku untuk puasa penuh. cace paling pantang orang tak puasa. depan rumah aku ada budak poli, kawan kamceng jugak la dengan aku. dorang kuat tak puasa. goreng telur tengah hari. bau macam goreng ikan. nak lagi hebat, bukak pintu rumah hisap rokok depan pintu lagi. bangga betul. budak rumah sebelah pun sama. jenis tak rajin sangat nak puasa. ada sekali tu, aku terpengaruh tak puasa sekali. nak buat macam mana, orang ajak elok elok. tak sampai hati la pulak nak tolak kan. so makan la. tapi sorok sorok dulu. tak bagitau cace. tapi cace bau ikan, dia buat ayat saiko terpaksa mengaku jugak. dia bising satu rumah,pergh. bila cace bising, semua orang tak berani nak menyampuk. masa ni, time pergi bazar aku selalu dengan aide. tak pun dengan fatah. tapi selalu dengan aide la. sebab fatah selalu dengan aina. cace pulak selalu pergi bazar dengan anis. ajim pulak dengan farid. bial pergi bazar beli benda sedap, balik semua pakat makan. pakat kecoh, terpekik melolong. dah tak rasa ketenangan puasa dah. tapi fun, puas hati. nak lagi best, ada sekali kami buat bukak puasa ramai ramai dengan miss linda. campur laki, perempuan. konon nak tontong. awal awal semua berkira, lepas pujuk semua setuju. makan sedap la. orait. miss linda pun lawa haritu. memang borak habis. sekali masa bayar semua mula komplen. dalam hati semua ingat nak belanja miss linda tapi ending dia miss pulak yang belanja sebab rimas tengok kami kecoh pasal nak bayar makan. segan betul la. nasib baik miss cool. tahun ketiga ni, masa nak beli baju raya paling best. macam biasa fatah beli dengan aina. cace pulak dengan anis. farid, tak tahu. semua tanak ajak. so aku dengan aide, naza dengan ajim. pergi la bergedik dekat pulau usha baju. first day aku tak beli apa. kami pergi tiga hari berturut turut. second day, aku dengan aide je. masa tu cari barang aide je. third day baru cari barang aku. masa cari barang aku terjumpa hasreen dengan dd. soo buka sama la. aide malu malu,mentang mentang la hasreen hot chick. masa buka tu aku dengan hasreen selamba je buat muka tak malu, semua benda nak share.kelakar gila. standed la kawan, nak malu apa. tapi kalau aku tak start makan memang aide tak sentuh nasi tu.segan makan dengan chicks. lepas makan duduk atas kerusi urut. free pulak tu. rasa nak terlena. siap semua berat punggung malas bangun. puasa yang sangat pun.

tahun ni tahun last puasa dekat penang. tahun depan mungkin dekat shah alam pulak. tahun ni oke la. tapi tak rasa meriah sangat. semua berpecah. naza dah masuk degree. azim, aide , fatah semua duduk rumah lain. fatah pulak busy praktikal. cace pun dah takde. tunggu balik kelantan baru boleh lepak dengan cace. ada kawan kawan baru tapi rasa puasa tahun ni macam biasa je. mungkin sebab awal awal lagi , mungkin sebab ramai dah takde. makcik dah takde, tikut takde, hasreen, dd, poji, sibol, anis semua dah takde. so tak boleh nak buka puasa kecoh kecoh macam biasa la. haih, tahun ni biar dulu. harini kita layan kenangan dulu. entri puasa tahun ni kita buat edisi lain. tapi one thing aku sedar bila masuk bulan puasa is,

PONTENG PUASA is Sooo Not Cool..



i rest my case.

No comments:

Post a Comment