lagi tak best kalau kawan kawan nak gaduh. malas cakap panjang pasal tu. orang kalau nak emo tak reti nak slow talk langsung. tak boleh nak cakap elok elok apa salah belah lagi satu. yang reti nak pergi bagitau orang lain pasal orang tu buat tu buat ni. tak ke celaka perangai. bila cakap sorry, mula la kononnya bangga diri rasa hebat sebab kononnya orang terkinja kinja cari dia padahal orang malas nak tanggung dosa akhirat nanti. kalau marah sekali pun, maafkan je la. nanti sakit tu lama lama hilang la tu. tak payah la nak cakap takkan terubat hati. apa kau ingat ni drama swasta ke nak buat ayat ayat celaka macam tu. semua benda boleh sembuh, luka pun boleh sembuh. kenapa hati tak boleh. semua boleh, belajar je lepas kan. kau fikir panjang pun, buat pening kepala. marah sangat sekali pun ambik la masa. belajar terima then lepaskan la. semua orang pernah geram. semua orang pernah dendam. aku pun pernah. aku pun reti oke. masa kecik dulu aku kuat dendam dengan orang bila orang tak layan aku bercakap. sebab tu aku suka sekarang bila semua orang paling tidak bila aku cakap jeling sekali dua, tu dah cukup dah tu. tapi bila dendam, simpan pun tak larat. buat penuh kotak hati je. rajin sangat la kononnya kau tu nak angkut dendam tu kehulu kehilir dari dunia sampai akhirat. tak payahhh la. tengah jalan mesti hilang punya laa. so baik lepaskan awal awal. bodoh la nak gaduh gaduh lama lama. kalau geram pun, maafkan la. then layan la ala kadar. tanak layan pun tak kisah la. janji perkataan dimaafkan tu keluar. aku tak tujukan pada sesiapa, aku saja terfikir bila terbaca satu artikel dalam HERALD pasal kes mati,tapi mati dalam dendam. masa mati sempat lagi cakap i`ll not forgive u dekat ex-wife dia pasal curang. bodoh. kalau let go kan senangg. selamber je dia boleh kahwin baru. dia cakap macam tu pun tak guna, ex wife dia dah kahwin baru siap laki muda lagi haa. tapi dia, harap je ada kerjaya hebat tapi otak tak boleh pakai. bodoh kan? satu je aku mintak, sila fikir dengan otak dan dengar apa hati kata tapi kalau hati kata tak logik fikir balik guna otak. tak payah nak hindustan sangat la semua benda fikir pakai hati je. otak ada mana nak simpan. kalau ikut drama omputih pulak, semua benda nak pakai percaya love love la konon. korang pun pandai kan,tahu kan tu drama tak payah la nak follow sangat. kalau romantik tu tak kisah la. cara masing masing. tapi tak payah la mengharap benda macam tu nak jadi sangat. sebab tu drama TV. tapi kalau jadi haa, fikir la elok elok. ada la benda tak kena tu. jantan betina semua sama haa.
lagi satu aku tak faham sebab apa nak kecoh pasal standard standard ni. menyampah pulak aku. sorang kaya sorang miskin, apasal? tak boleh kawan ke? sorang pondan, sorang jantan? apsal tak boleh kawan ke? sorang gay,lesbian , sorang straight tak boleh kawan ke? isu apa ni? aku tak faham. macam la kawan boleh berdosa. pandai pandai la jaga. nak bergedik gedik biar la, pandai la jaga. tak payah la nak pertikai sangat. bab couple pulak, apsal nak kecoh pasal pilihan orang. dah pilihan dia, pandai la dia. tak payah la nak kecoh sangat. sorang gemuk, sorang tough. apsal? tak sedap mata ke? tak payah la tengok. biar la, nak dengki apasal. macam la kalau yang tough yang macam aku ni couple dengan kau yang hot slim gila, orang tak mengumpat pulak. nak dengar cakap orang memang sampai kiamat la tak tutup. kalau orang tak suruh masuk campur tu takpyah la nak masuk campur. tak pernah dengar ke kes rumah tangga runtuh sebab orang masuk campur. konon nak tolong tak last last apa jadi. terus hancur. lagi satu apsal nak kecoh pasal aku jantan, kau betina pulak. standed la. ladies and gentlemen punya isu kan dahh lama hilang. ladies mintak nak di layan sama rata. oke fine, kami bagi dengan suka hati. nak jadi polis, oke fine. nak jadi engineer, silakan laa. gent pula ohh fine, mereka dah bagi greenlight. so buat la nak buat apa. nak jadi chef, sila kan la kalau ada bakat. nak bukak nursery, kalau dah gifted dengan green hand tu tak payah la fikir pasal apa orang fikir. tak faham. apasal nak kecoh pasal guy jadi maid. apasal nak kecoh pasal girl jadi leader. kalau dah tu pilihan mereka. and kalau that is what they are meant to be, let them be la. kalau kenal pun ala ala kadar setakat setahun dua tu tak payah la mengatal nak serabut kan kepala otak fikir pasal masa depan dia kalau tu yang dia nak. aku tak cakapp tapi orang cakap la kerja jadi cikgu gaji rendah sikit dari engineer. tapi kalau dia tu dah tak larat jadi engineer and dah memang minat nak mengajar biar la dia jadi cikgu. gaji banyak beza tapi kalau dia sendiri dah tak fikir pasal gaji,tak fikir pasal duit tapi fikir pasal minat , korang sape nak pertikai. naik, turun, kiri, kanan terpekik melolong mustahil la gaji dia masuk akaun bank korang. biar la dah minat dia.
kepada chick pulak, tak payah la nak kecoh pasal ohh im a lady, kau gent kena la bayar aku makan. oke celaka betul la tu. kalau dah benda equal right tu dah naik tak payah la perasaan nak guna kan perkataan ladies,gent tu untuk makan free. kalau dah memang niat, or nak bergurau tu biar la. tak payah la nak paksa paksa suruh a guy jadi a gent. rimas tau tak. hasil nya lelaki yang kau dapat tu just lelaki plastik yang tersorok belakang acuan yang kau tebar tu. nak? kau tak nampak pun dia siapa, yang kau nampak acuan dia tu. bila ada benda jadi baru la nak kecoh terhegeh hegeh kata kena tipu or whatever. padahal korang mintak, so face it la. accept a guy for who he is la. drama omputih nak pulak follow tapi kata kata orang putih yang macam ni haram laaa nak ikut.
oke, aku macam celaka la pulak, kecoh sana sini. saja la nak cakap. alang alang dah ternampak depan mata kan. sempena bulan bulan puasa ni, ubah ubah la perangai. aku dah nekad nak hipokrit sikit nanti. orang nak cakap aku penipu pun cakap la, dah dorang yang request untuk aku tipu kan. nasib la kan.
harini ending nak kasi nampak baik sikit, so SELAMAT BERPUASA la. aku nekad nak puasa penuh tahun ni. so korang tak payah laa nak batal batal puasa tepi peti pulak. semua trick batal puasa aku dah hafal dahhh. tak payah nak bangga la dengan aku bila korang tak puasa nanti.
No comments:
Post a Comment