Wednesday, August 25, 2010

kalaudahtakdir

semua orang ada cita cita. semua orang ada impian. semua orang ada harapan. semua orang termasuk aku ada semua benda tu. cita cita,impian,harapan. tiga benda, tiga perkataan yang ejaan lain, bunyi lain. tapi pada aku maksud dia sama. pada tiga belas kawan aku yang aku tak larat nak taip nama,tiga benda tu lain lain. ulasan? aku malas nak tulis lagi sekali.

masa kecik kecik dulu, aku innocent. kononya. ada exam PTS. untuk budak darjah tiga naik darjah lima. orang kata untuk budak budak pandai. aku terkejut tengok nama aku ada untuk exam tu. aku try la. main jawab je, sekali aku lulus. I am the only guy that pass this exam. THE ONLY GUY dari tiga orang yang lulus. di impit dua kawan wanita yang merupa kawan baik aku juga maskanah dengan dayah nawi,mengalahkan belasah insan terpilih. bukan nak riak. tapi takdir masa tu kata nasib aku baik. main belasah pun boleh lulus. nasib dengan takdir aku kata berkait.

naik darjah lima terus tekanan untuk aku sebab aku tak pandai. dan pemalas. darjah enam ada UPSR. trial aku tinggi. oke la cukup 5A. tapi bila UPSR, terus turun 2A. bukti aku sebenarnya tak pandai sangat. parent aku bising, terkilan. tapi aku tahu dah nasib, dah takdir.

naik sekolah menengah,masa tingkatan tiga ada exam nama PMR. aku belasah secukup mungkin. tapi tak memuaskan. oke la aku rasa. tapi parent aku rasa tak memuaskan. tapi mana boleh repeat. takdir. lepas tu masuk tingkatan empat. masa ni tempoh masa releks. aku budak sains.tapi aku minat art. ada usaha untuk mintak tukar kelas art. tapi malang ditolak oleh pengetua sekeras kerasnya. sebab? semata mata nak suruh budak kelas sains nampak ramai. aku terkilan sebab fungsi aku pada masa tu, pada mata pengetua hanya sebagai peramai. semata untuk bagi kelas nampak ramai. masa tu aku tak reti menjawab. aku jenis menurut. aku akur pada kapitalism masa tu. aku turun dengan muka sedih,masuk kelas. pasrah. tapi taku tahu semua tu takdir.

masa tingkatan lima ada exam nama SPM. ni exam untuk tentukan kelayakan kita untuk universiti. masa tingkatan empat aku ada buat hal dengan cikgu kimia. ujian ,test semua teruk sebab kelas ponteng. parent aku bising. hantar tuisen. aku ponteng. pergi jarang jarang. masa tu ketagih main Ragnarok. orang masuk kelas, aku masuk Cyber Cafe sampai habis kelas. tapi balik rumah aku study sendiri. dekat dekat SPM, test kimia semua aku perform tapi kelas ponteng. cikgu teragak agak nak kata aku tiru sebab ada sekali aku sorang lelaki yang lulus dalam kelas tu. mana mungkin aku meniru orang yang fail.tapi semua orang kata aku tiru buku. ok fine, condemn aku. aku tak ada masalah dengan apa orang kata kalau tak efek aku. SPM dah dekat, aku usaha. Trial SPM aku paling tinggi. tu pun 4A dengan fail 2,3 paper. biasa la aku sekolah kampung. nasib baik. SPM datang, aku tak perform. sangat tak perform. tapi lepas tu aku dapat tawaran masuk form six. aku teruja. dalam kepala aku nak masuk aliran sastera. sebab sastera itu seni bahasa. masa tu jugak aku dapat matrik. parent aku beria suruh masuk matrik. aku degil. aku mintak tukar aliran form six. dari sains kepada sastera. tapi jabatan pendidikan kelantan tak bagi. sebab result SPM sains aku semua kreadit. cukup cukup makan. sekali lagi aku kecewa. balik rumah, terus setuju pergi matrik. dari matrik, aku dapat uitm penang. kursus kimia. terkejut bukan main. subjek aku tak suka aku tapi aku dapat kursus tu walau dalam borang semua aku mintak sastera, hotel, seni. atas desakan, aku pergi.

kursus kejuruteraan kimia satu kursus tough. tapi fun, sangat fun. tapi dulu aku benci. makin lama makin suka. bila aku belajar fikir Kimia adalah seni, aku mula suka kimia. KIMIA memang SENI. aku nampak benda tu. baru nampak. aku suka. aku usaha. tapi walau aku tak minat dulu, aku fikir tuhan takdirkan aku dengan kimia. kadang kadang benda kita tak minat adalah takdir kita.orang kita benci ditakdirkan jadi kawan baik kita, jadi jodoh kita. semua tu takdir. tapi aku tak perform sebab kuat main. dan kini, aku masih pelajar kejuruteraan kimia. semester tujuh. bakal semester lapan tahun depan. aku dah nampak dengan jelas. dulu aku jimat satu tahun semata mata tak topup masa aku extend dekat universiti. kesimpulan, aku akan grad dengan budak budak sama umur dengan aku. normal la.jelas. tapi harini aku , semester ni aku ambil subjek final project. subjek wajib pelajar kimia option A. menyusahkan. dan harini, segala usaha aku dua hari lepas rugi. burn. tak boleh nak salah kan orang. dah takdir benda ni tak jadi. so sekarang lab aku terpaksa extend. dari siap minggu depan, nampak yang lepas raya tak siap lagi. tak berapa nak raya la tahun ni. tapi biasa la. memang aku jarang raya sangat pun sekarang ni. semua takdir.

orang kata kalau dah takdir,tak boleh buat apa. ada orang kata takdir boleh ubah. tapi kalau benda dah jadi, kena terima je la. mungkin next time ada benda lain yang lagi elok. lab menyusahkan . sangat menyusahkan. tapi fun. tu la satu satunya subjek kimia yang fun pada aku, selain organic chemistry , fluid mechanic dengan termodynamics. tapi betul la. kalau dah takdir, apa nak jadi jadi la. janji aku percaya pada TAKDIR.


notakaki : aku lost topik, aku lost motif,oke serius aku lost.

2 comments:

  1. utk pengetahuan kau..
    aku suke cara kau tulis jalan cter kau ni..
    straight to the point..hehe

    em aku pon dak lompat..
    perjalanan idop kita mmg kita x duga..
    aku pon begitu..
    macam2 dtg melanda..
    tp itu sume takdirkan...

    nice entry bro.

    1 more..
    like this...

    kadang kadang benda kita tak minat adalah takdir kita.orang kita benci ditakdirkan jadi kawan baik kita, jadi jodoh kita.

    ReplyDelete
  2. mekasih yaw. tapi line yang kau suka tu memang hakikat kan? haha

    ReplyDelete