Tolong jangan tanya, sebab aku sendiri pun tak tahu kenapa aku upload semua entri yang aku tulis masa tengah takde tenet. Serius tak tahu. Mungkin sebab aku terbuka blog tadi agaknya. Random action mungkin.
Ya, aku rasa sebab random action punya mekanism.
Apa apa lah.bai
Tuesday, August 28, 2012
#105
Aku jenis yang tak berapa nak fikir panjang. Dan tak berapa
suka nak fikir sangat suatu benda. Entah kenapa satu malam ni aku rajin sangat
berfikir. Tiba tiba sangat.
Aku fikirkan masa depan nanti. Apa akan jadi dekat aku 10
tahun lagi, 20 tahun lagi, 30 tahun lagi, 40 tahun lagi. Hidup bahagia ke,
merempat ke siapa tahu kan?
Aku terfikir, sekarang ni aku tengah pursue degree. Tiga
tahun. Lama tu. Sekarang umur aku 22 tahun. Tiga tahun lagi 25 tahun. So, kalau
aku grad tiga tahu lagi apa pula agaknya plan aku. Kalau aku grad la, kalau
terkandas tengah jalan entah apa pula jadinya nanti. Andai kata, aku belajar
rajin rajin, tak tidur malam, push betul betul otak lembab ni untuk tiga tahun,
dan akhirnya grad dengan let say 3.00 ke atas atau lebih baik lagi, kot nasib
baik sikit mungkin 3.50 ke atas. Kalau ya, then quite impressive la sebenarnya.
Lepas grad dengan degree in Chemical Engineering majoring in pure chemistry,
mungkin aku pursue buat master. Buat master dua tahun. Grad umur 27 tahun.
Lepas tu aku dapat kerja jadi engineering dekat Petronas contohnya. Dua tahun
kerja, financial dah stabil, aku beli rumah, aku beli kereta, umor 30 tahun,
mak aku cari kan bini dan aku kahwin. Okey umur 30 tahun aku kahwin. Umur
normal bagi laki la tu. Since aku keturunan baka subur subur kononnya, dan lupa
pakai kondom masa malam pertama, so dijadikan cerita dapat anak cepat.
Dijadikan cerita, mungkin aku ada dua anak nanti, sorang laki, sorang
perempuan. Mungkin. So lepas tu apa?
Kerja sampai umur aku 40 tahun? Mungkin 50 tahun? Mungkin sampai umur bersara.
Atau mungkin sampai kena buang. Lepas tu apa? Duduk rumah buncitkan perut?
Mati? Apa?
Secara luarannya, memang la bunyi macam dah cukup boleh puas
hati dah dengan semua tu, dah boleh bahagia dah dengan semua tu. Tapi
dalamannya boleh ke aku bahagia sebenarnya. Aku capai ke semua yang aku nak,
semua yang aku cita citakan? Kalau ditengokkan sekarang pun aku dah tak boleh
capai cita cita nak jadi interior designer sebab ya la, berapa kali apply pun
lekat dengan chemical engineering jugak. Bukan tak bersyukur sebab dah mungkin
takdirkan. Tapi satu cita cita tak dah tak mungkin tercapai dah dekat situ kan
sebab perbezaan qualification dan sijil. Kalau kemahiran, mana mana pun boleh
cari. Lepas tu kerja engineering, happy ke aku kerja nanti. Ke setakat pergi
kerja, buat kerja, balik kerja lepas tu mengeluh post status kutuk kerja tak
best dekat facebook. Tu pun kalau facebook urban lagi masa tu.
Kalau diikutkan secara tipikalnya, future aku boleh jadi
macam tu. Kalau tak jadi macam tu, mungkin lebih teruk, mungkin lebih baik.
Tapi apa pun kalau masa depan aku sekadar macam tu je, tanpa achieve semua
benda yang aku nak, buat semua benda yang aku nak, tanpa ada rasa passion tu, hidup mengeluh menyesal
bagai nanti, aku rasa aku lagi rela mati dan tak ada masa depan dari hidup
dengan masa depan macam tu.
Pilihan aku.
#104
Aku percaya bahawa aku, seorang
manusia berakal ciptaan Allah swt hidup atas pilihan dan pendefinisian aku
sendiri. Aku pegang pada kuasa akal aku dimana aku definisikan semua benda
sebelum aku buat keputusan.
Dalam aspek kehidupan, aku
definisikan kehidupan aku sebagai kejayaan dan kegembiraan. Simple. Mungkin
simple tapi hakikatnya sampai sekarang aku tak dapat nak definisikan kejayaan
dengan kegembiraan tu selaras dengan apa aku nak. Susah sebenarnya nak teka
masa depan, dan susah sebenarnya nak faham apa yang diri kita sendiri nak
sebenarnya. Biasalah, aku pun manusia juga. Manusia biasa biasa je pun yang
mungkin lebih kacak dari sesetengah orang, dan mungkin lebih tak kacak dari
sesetengah orang atau mungkin tak kacak langsung. Sama je, manusia. Sebab tu
juga la aku tak faham lagi apa aku nak sebenarnya. Dulu masa darjah 3, aku
nekad nak jadi Cikgu English, kononnya nak ikut jejak langkah umi aku, lepas tu
masuk form 1, aku mengada pupuk cita cita nak jadi arkitek. Masa form 4 aku nak
jadi lawyer. Last last, aku dapat course engineering, and stick dengan
engineering. Berubah. Susah. Sebab tu sampai sekarang aku tak boleh nak
definisikan kehidupan aku lagi sebab aku tak tahu apa aku paling nak
sebenarnya.
Dalam aspek jiwang jiwang pula, aku
definisikan cinta sebagai kawan baik. Ramai orang dia definisikan cinta secara
tak langsungnya sebagai nafsu. Nafsu as in bercinta sebab nafsu. Sebab tu rupa
paras, bentuk badan, saiz buah dada, harta semua were taken into consideration.
Dan sebab tu jugak banyak kes kes yang tak sedap nak baca dekat newspaper,
dekat TV, dekat tingkap dapur Mak Bedah semua kita boleh dengar. Tak sedap
sebenarnya dengar cerita pasal bayi baru lahir kena buang atas jalan raya bagi
kereta pijak sampai lenyek lepas tu anjing gonggong bagi makan dekat anak dia.
Tak sedap tahu. Pendefinisian aku simple. Mungkin picky. Tapi rasanya aku nak
isteri aku nanti kawan baik aku. Someone yang terima aku seadanya, yang dah
tahu semua cerita aku, kisah hidup aku, dan someone yang aku rasa selesa nak
mampus sampai semua benda aku rasa nak bagitahu dia. Semua benda, semua cerita
sampaikan cerita aku tercirit tadi pun aku nak cerita dekat dia. Aku nak yang
macam tu. Aku malas sebenarnya nak layan cinta cinta pesen fairytale semua
bagai tu, pesen yang majoriti aweks aweks semua kejar bagai nak gila semua tu,
sebab bukan wujud pun. Fairytale senang la cakap, kau puteri duduk serumah
dengan tujuh jantan pendek pun kira kau inesen ayu ayu lagi, memang taste
putera la kononnya. Jalan cerita fairytale selalunya pendek, kau kenal putera
sehari, lima hari lepas tu dah kahwin dah. Real life pun ada gitu sebenarnya.
Banyak. Cuma ending dia tu beza sikit. Kasanova manjakan kau bagai nak rak, kau
hanyut, dua hari dating, lubang kena tebuk, poof putera kau hilang. Biasa la
tu. Dan dalam pendefinisian aku, kisah cinta yang gagal gagal dulu atau erti
kata lainnya ex ex aku definisikan sebagai kawan. Sebab tu aku kawan dengan
semua ex ex aku lagi. Lantak la orang kata tak get over ke apa, yang penting
pada aku, aku let go dengan penuh hormat. Bila gitu, baru sedap sebenarnya
nanti bila aku nak start dating new girl, dia nak start dating new guy. Selesa
sikit. Kalau tak karang sikit sikit awkward kalau kantoi tengah jalan. Tak pun
asal terjumpa je, terus kena baling kasut. Ah kau ingat sedap ke kena baling
dengan heels tiga inci. Kalau sedap try la. Buat la selalu. Tebuk tebuk lari la
kalau rasa nak kena heels hari hari. Heh.
Seluruh hidup aku based on apa yang
aku definisikan sebenarnya, dan pendefinisian aku kadang kadang tak masuk akal.
Pernah banyak kali aku definisikan lecturer sebagai babi, sebab dia failkan
satu paper aku masa diploma. Kesana kemari aku junjung nama dia sebagai babi,
tapi long story short bila rasa dah matang sikit, aku rasa bodoh sangat pulak
aku masa tu. Nasib baik masa keluar result diploma cakap aku grad haritu aku
ada hantar bunga apologize dekat semua lecturer. Ya, termasuk la dekat
En.Zahir, walaupun aku masih tak suka dia. Aku pun tak tahu kenapa sebenarnya
aku anti sangat dengan dia. Mungkin sebab masa tu dia ada kuasa untuk kawal
aku, so aku rasa terkongkong secara mental sebab dalam kepala asyik takut dia
failkan aku, kick aku keluar diploma gitu la kot. Aura tu sampai sekarang
rasanya.
Aku rasa, semua pilihan kau, baik
atau buruk, kau yang kena tentukan sendiri, definisikan sendiri. Kalau kau
definisikan yang baik itu buruk then buruk la benda tu. Sama la dengan kalau
kau definisikan benda tu buruk as baik. Pilihan orang, fikiran orang semua lain
lain ye dak. Susah sebenarnya nak cerita pasal buat pilihan ni, tapi aku
ingat ada satu cerita omputih ni, tapi
aku lupa tajuk dia, aku quote “There is no bad choice”. Aku sokong statement tu
sebab hakikatnya setiap pilihan kau akan lead kepada satu pilihan yang lain,
yang bezakan pilihan kau hanyalah yang baik dengan yang terbaik je. Tu yang aku
faham dari quote tu. Inspirational betul sebenarnya quote tu pada aku. Sobs.
Aku tak tahu apa aku nak cerita
sebenarnya. Aku main tulis je. Lantak la kan, nama pun diari aku. Bai.
#103
It is funny how life can be so cheap these days, and I
wonder how it can be so. Sana sini, dalam berita, surat khabar, radio, semua
media massa kecoh bercerita pasal kes kes pembunuhan, peperangan, bunuh diri
semua and I was like, wow murahnya nyawa. Aku tak faham apa murderers tu semua
fikir masa ambil nyawa orang. Apa agaknya yang dia fikir, dia rasa masa pisau
belati tajam dekat tangan dia tu kemain laju tusuk jantung mangsa. Apa perasan
dia bila tengok mangsa jatuh tersungkur mengelempar dengan darah semua memancut
keluar laju, muka pucat, tak cukup nafas, tak cukup darah. Bayangkan situasi
macam tu pun dah boleh buat aku sendiri tak cukup nafas tapi agaknya macamana
si pelaku boleh tergamak nak ambil nyawa macam tu je. Sadis. Ya mungkin ada
sebab munasabah tapi tetap tak melayakkan dia nak tarik nyawa orang macam tu je
kan? Jahat macam mana pun seseorang tu masih ada ruang untuk berubah. Aku
percaya pada “Second Chance”. Aku rasa semua orang patut, dan layak untuk
diberi peluang kedua untuk setiap kesalahan. Nama pun manusia, tak ada yang
kita tak buat salah kan. Peperangan lagi satu, mungkin aku pacifist. Atau
mungkin aku perasan aku pacifist tapi apa pun aku percaya yang peperangan
brings more harms than good. Aku percaya bahawa pemimpin yang taksub dengan
kuasa pemusnah yang dia ada tak akan pernah puas dengan apa yang dia ada. Contohnya
Russia, tak pernah gagal dalam usaha men-variety-kan dan mencipta senjata baru
untuk dunia. Amerika, german, China dan Malaysia sendiri semua tak nak kalah,
sokong usaha beli senjata baru semua macam tu. Kadang kadang aku tak faham apa
bestnya jajah negara orang ni. Imagine la, contohnya kau Negara A, Negara
kemain maju semua, orang pun maju maju, tanpa sebab saja rasa nak jajah Negara
B yang tak berapa nak maju sangat ni. Kenapa? Rasa bosan mungkin. Padahal kalau
diikutkan nak jaga Negara A pun separuh mati kau nak jaga, ni kau nak libatkan
diri nak jaga Negara B pula. Dua Negara besar, bukan senang nak jaga. Lain la
kalau dua Negara tu sekadar besar Singapore dengan Brunei je pun. Boleh tahan
lagi nak jaga. Lepas tu lepas kau berperang rosakkan Negara B yang dah separuh
hancur tu, kau nak buat apa? Biarkan je ke? Macam bodoh pulak gitu kan. So, kau
bangun kan. Nak bangunkan mestilah kena repair semua kerosakan dulu, burn duit
Negara A nak repair Negara B. Lepas tu nak bina macam macam semata nak selaraskan
pembangunan antara dua Negara. Komplikated nak mampus kalau tanya aku. Cara aku
cakap, cara aku imagine mungkin simple sangat tapi secara ringkasnya memang tu
benda paling bodoh yang aku nampak as effect of war. Malas nak bercerita pasal
nyawa yang terbang, takut karang aku yang menangis kejap lagi karang.
Tapi apa pun benda paling bodoh ialah bunuh diri. Aku faham
setiap orang ada masalah. Dan aku faham tahap masalah setiap orang lain lain
sebab keadaan kita, situasi kita lain lain. Mungkin fail dua paper masa final
dekat UiTM tu benda biasa untuk aku, tapi untuk kau mungkin benda tu macam
serius sangat. Semua bergantung pada diri sendiri. Aku taknak pegang watak
tipikal yang kutuk orang bunuh diri, atau pun support orang bunuh diri. Tapi
apa aku nak buat is just to say that whatever happen there is always a
solution. Aku percaya yang setiap orang ada satu point atau tahap yang boleh
buat dia hilang tahap kewarasan berfikir yang pada masa tu kau punya fikiran
just focus pada satu benda saja, iaitu kematian. Itu sebenarnya turning point
hidup kau. Aku percaya kalau kau boleh atasi benda tu, kalau aku boleh atasi
benda tu memang tak ada apa yang boleh overcome kita punya desire untuk hidup.
Lagipun bunuh diri tak pernah solvekan masalah pun, lagi tambah ada la
sebenarnya.
Kita bukannya kucing, ada sembilan nyawa boleh suka suka
lepak tepi jalan sebab nak rasa feeling kena langgar tu macam mana. Kita
manusia, kita pakai prinsip YOLO. So lets us make good use of this life that we
have. Bai : )
#102.
Aku antara manusia paling ego atas muka bumi ni. Aku all
ears dengar masalah orang, tapi aku tak pernah rasa nak share masalah aku
dengan orang lain. Aku pesen simpan semua masalah besar, masalah berat to
myself. Bukan sebab tak percaya atau apa, tapi sebab aku rasa aku malas nak
melibatkan orang lain. Well orang lain pun ada masalah sendiri kan. Aku share
masalah dengan orang pun kalau masalah tu sekadar masalah bodoh pada aku je.
Masalah bodoh, masalah remeh macam masalah relationship, masalah study, masalah
tak tahu nak pakai baju apa. Semua masalah bodoh yang aku assume boleh jadi
conversation starter. Aku ada tendency untuk pendam semua masalah berat sorang
sorang, setelkan sorang sorang. Ya kadang kadang aku lari, tapi masalah mana
pernah tak kejar kan? Ceruk mana sekali pun, mustahil la boleh lari. Satu
satunya cara aku keluarkan segala bebanan fikiran masalah aku is through blogging.
Well bukan blog sangat sebenarnya tapi aku akan buka word on laptop and taip
segala masalah dekat situ. Pada saat aku kena let out semua beban masalah,
instead of share masalah dengan orang, aku pilih untuk taip. Entah kenapa. Aku
rasa selesa. Mungkin sebab aku malas nak layan orang punya judgement. Well face
it, dunia sekarang ramai sangat orang nak jadi tuhan. Kesana kesini, tuduh
orang, hukum orang, judge orang suka hati je. Aku tak rasa yang rajin judge
judge tu ada qualification untuk judge orang. Kau bukan Tuhan samdol oi, Nabi
pun tak boleh judge, hukum umat, so let’s stop playing god okey guys. The world
doesn’t need it.
Saturday, July 7, 2012
#101
Kalau nak cerita pasal kisah hidup baru sebagai pelajar di shah alam rasanya macam cliche sangat. Iyalah, aku bukan satu satunya rakyat malaysia yang dapat masuk UiTM Shah Alam dan pastinya juga bukan satu satunya blogger yang belajar di UiTM Shah Alam. So stop disitu, dan sila biarkan imaginasi kau melakar sendiri cerita pasal shah alam.
Cerita aku dengan shah alam mudah saja. Tiga bulan belajar, kepala aku masih kosong. Musim final, tiga hari belajar, kepala aku penuh satu per empat. Risau tak risau, semoga aku sukses final exam ijazah aku yang pertama kalinya ni. Amin.
Cerita aku dengan shah alam mudah saja. Tiga bulan belajar, kepala aku masih kosong. Musim final, tiga hari belajar, kepala aku penuh satu per empat. Risau tak risau, semoga aku sukses final exam ijazah aku yang pertama kalinya ni. Amin.
#100
Lama tak buka blogspot. Nyaris lupa password. Dalam kepala banyak nak cerita, tapi bila nak buka blog terus semua cerita hilang. Biasa la. Aku manusia biasa je, kejap ingat, kejap lupa. Nama pun biasa.
Subscribe to:
Posts (Atom)