Saturday, July 7, 2012

#100

Lama tak buka blogspot. Nyaris lupa password. Dalam kepala banyak nak cerita, tapi bila nak buka blog terus semua cerita hilang. Biasa la. Aku manusia biasa je, kejap ingat, kejap lupa. Nama pun biasa.

Thursday, February 23, 2012

Yakin

Kadang kadang, kau yakin suatu benda atau perkara yang kau buat tu betul dan benar walaupun kau tahu sebenarnya, jujurnya perkara itu salah. Salah dari segala aspek. Salah kerana kau tahu perkara itu tak patut kau lakukan. Salah kerana jauh dipelosok hati kau tu kau rasa pedih, kau rasa sakit. Salah kerana secara tiba tiba kau rasa menyesal, dan kau rasa kau tak mampu nak mendefinisikan erti hidup kau sendiri. Tak mampu nak kejar pelangi kau sendiri.

Dan kadang kadang itu adalah sekarang untuk aku.

Wednesday, February 1, 2012

Rasa nak terkencing

Kalau diperhatikan, sebenarnya aku ni pemalas betul nak updet belog bagai semua ni. Bila dah lama tak update mula la update entri macam mengada berjanji semua konon nak aktif updet belog balik. Heh konon peminat ramai, padahal follower pun tak sampai lima puluh. dasar riak sendiri la aku ni kan. tak elok betul perangai.

Sebenarnya aku tengah tunggu ofis hour habis. kebetulan boss pulak keluar. nak on twitter, tenet block pula twitter tu. Nasib baik la belog boleh bukak. Amin Ya Allah.

Masa tengah fikir nak update pasal apa sambil ice lemon tea yang season punya produce tadi, aku dapat mesej dari amal. Katanya,

" Cerpen aku akan dibuat filem pendek. Hehehehehe "

Lepas baca je terus aku rasa macam, eh ni bergurau ke apa? Dengan rasa semangat semacam aku reply la balik. tapi apa aku reply tak payah tahu. Tak rahsia tak sweet la macam tu. Heh. Walaupun Amal tak baca belog aku, rasanya tapi aku tetap nak wish Selamat Maju Jaya dekat amal. Bangga betul mak ada kawan macam kau jah. Amboi.

And of by the way, Amal yang aku maksudkan adalah Amal Hamsan. Pada siapa yang rajin baca belog atau suka karya karya cerpen atau novel independent urban rasanya mesti kenal Amal Hamsan kan. Buku Heroin karya Amal baru saja dilancarkan bulan disember haritu dekat Uya Bistro. Sebagai penulis baru naik, aku rasa amal cukup bagus. So check out belog dia, http://s0wk609.blogspot.com/ . Dah takde benda nak tulis. bai.

Dupdap

Masa cuti lepas diploma haritu aku enjoy kemain. Kesana kesini suka hati. sampai rumah terus kena grounded dengan umi. satu family pergi melaka, cameron dengan kolumpo. tapi aku? kena kurung, kena ban sebab kuat sangat merayap. No big deal.

Sekarang masih cuti, tapi aku kerja dengan Unit Korporat UiTM Pulau Pinang. UiTM tempat aku belajar bersem sem untuk segulung diploma yang entah bila nak dapat ntah. Gaji boleh tahan. Boss pun baik nak mampus. dah macam kawan dah. Habis kamcing. Kerja pun sedap. Kesana kemari jumpa orang luar. Call sana sini. Buat event sana sini. Memang benda aku suka buat. So, bagus la untuk aku. sesambil aku nak cuba tengok apa akan jadi dekat aku yang selekeh nak mampus ni bila dah kerja dekat unit korporat. Nama pun korporat maksudnya kena kemas pagi malam. tidur pun nak kena kemas. Totally 180 darjah dengan diri aku. Orang kata perubahan kearah yang baik tu benda bagus. orang kata lagi nak berubah tu susah. Dan orang kata lagi kalau berubah orang paksa tak kemana juga. Sekaang aku kata, aku tengah cuba untuk tengok perubahan aku sendiri. Aku cuba untuk berubah dengan kehendak sendiri. an aku cuba aku berubah sebetul betulnya. Sekarang tunggu tengok je.

Leka dengan kerja lepak macam tu aku sampai lupa pasal result degree. Ya result degree keluar harini. Dua Februari 2012. Aku sampai dua tiga hari demam. Mungkin demam sebab aku degil main dalam hujan. Mungkin demam sebab rindu umi abah dan adik perempuan comel aku serta adik adik lain. Juga mungkin kerana aku fikir dan risau sangat pasal result degree. aku berdebar nak tahu kursus apa aku dapat. Aku berdebar nak tahu dekat mana aku akan sambung belajar. aku nak tahu semuanya. Sekarang aku tengah tunggu pukul lima petang dengan penuh debaran. Dan debaran ni nyata boleh buat aku mati.

Saturday, January 14, 2012

A thousand years

Dua tiga hari ni, aku rasa aku tak kenal diri sendiri. Aku cuba fikir segala kemungkinan yang ada dari segala sudut segala aspek. tapi sia sia sebab hakikatnya aku tetap cuba sedaya upaya untuk percaya yang aku sekarang ada aku yang sebenar. Aku cuba lari dari hakikat yang jelas aku tak dapat terima.

Tapi hakikat kehidupan, jangan pernah lari dari masalah, sebab masalah akan tetap kejar kau. Harini aku sedar yang aku sebenarnya tak kenal siapa aku sebenarnya. Aku terfikir dan aku rasa sejujurnya aku hidup selama ni dalam kepalsuan. Berlakon aku bahagia, berlakon aku kuat semata untuk selamatkan jiwa kawan kawan. Tapi bila aku cuba ingat saat yang sebenarnya aku sendiri rasa bahagia, satu pun tak terukir di kepala. Benar kata umi, kalau kau bahagia, benda tu takkan pernah luput dari ingatan. Tapi aku lupa, aku tak boleh relate sebarang kebahagian yang ada dengan aku. Mungkin ada saat kegembiraan itu asli, tak kebahagian itu tak wujud.

Kata Umi, hidup biar berjiwa, nak buat semua benda biar ada jiwa. Dan kata Umi lagi, jadi diri sendiri, sebab selagi aku berlakon cuba jadi orang yang bukan aku sebenarnya aku takkan pernah bahagia. Masa tu sikit pun aku tak peduli apa Umi cakap. Di bahan lagi ada la. Tapi betul, bila difikirkan, aku rasa aku tak tahu aku siapa. Kalau betul aku yang sekarang ni aku, kenapa aku tetap rasa tak bahagia. Aku tak kenal diri sendiri.

Hakikatnya, aku tak dapat terima yang aku sebenar produk korupsi dunia. Aku hasil dari propaganda kehidupan yang dipupuk dari media, dipupuk dari persekitaran. Aku kadang kadang terlampau hyperaktif, tapi rasanya tu hanya untuk membuat orang ketawa. membuat orang selesa. tapi sebenarnya aku paling selesa bila duduk atas kerusi baca buku, dengar lagu. Sunyi, Aman.

Aku terima aku bukan aku. Aku terima. dan Aku akan cari siapa aku sebenarnya. Sebab kata Umi, kalau aku sendiri jadi orang lain, kegembiraan yang ada kebahagiaan yang ada sebenarnya milik orang lain. Dan aku rasa betul. Aku rasa aku akan rasa sangat selesa dengan diri sendiri bila aku dapat jumpa siapa aku sebenarnya.

Susah tapi aku akan cuba. Letih sebenarnya berlakon walaupun masa tu aku rasa tu perasaan aku yang asli.




A thousand years by Christina Perri

Friday, December 30, 2011

Jeng Jeng Jeng

Aku ada masalah. Masalah besar. Besar sangat. Masalah melibatkan otak. Entah kenapa aku ada problem sangat dengan ingatan. Entah bahagian mana otak yang control benda alah tu pun aku lupa. Okey, sebenarnya aku tak tahu bahagian mana,bukannya lupa. Aku selalu lupa semua benda. Memang la bab lupa tu normal habis la orang cakap. Bak kata orang, tak lupa tak hipster la. Konon bergaya habis la sebut hipster tu. Tapi memang cool pun kan? Eheh. Aku selalu lupa number. Aku lupa segala number. Nombor talifon sendiri pun kadang kadang aku lupa. Tarikh apatah lagi. Lagi pedih dan bahaya lupa nombor talifon abah umi. Tu masalah besar. Sebab siapa tahu kot tiba tiba hp rosak atau hilang, aku bukan dekat rumah. So ntah macam mana nak kontek umi abah suruh bank-in duit nanti. Mati la aku ye dak? Sebab tu aku kata bahaya. So, pandai pandai la korang ingat number parent sendiri. Jeng jeng jeng. Dan disebabkan aku susah ingat nombor, aku tak suka matematik. Eh pembetulan. Bukan tak suka, tapi benci, menyampah, menyirap semua la dengan matematik. Apa best matematik ntah? Bosan tahu tak? Belajar matematik bukan boleh tahu macam mana sistem pembiakan manusia berjalan pun. Nak tahu kena la cuba sendiri. Eh tak. Maksud aku, nak tahu kena la rajin rajin baca buku biologi. Semua ada dalam tu haa. Kalau dulu masa sekolah, boleh kata aku top student matematik ah. Mana taknya semua test tibia kawkaw taknak kurang 90 markah. Tapi tu dulu. Dulu matematik kacang. Sekarang, matematik kurang hajar sikit. Tambah tambah aku otak jenis Nampak nombor je cepat je lupa.Hah elok sangat la aku ambil Engineering kan? Elok sangat.

Lupa nombor tu biasa lagi. Dekat rumah ni, Umi selalu bebel pasal aku selalu lupa nama orang. Kadang kadang nama datuk sendiri pun aku lupa. Nama adik adik memang aku tak sangkal la aku selalu lupa. Mana tak nya dekat rumah bukan panggil nama penuh pun. Takdenya air liur aku ni banyak sangat nak panggil Siraj Munir bin Mohd Hassan, Ahmad Sharkawi bin Mohd Hassan semua kalau nak ajak makan. No way. Kita panggil short short je. Panggil Ali, panggil Awi. Kalau problem dalam family boleh terima lagi. Tapi selalunya problem ni melarat sampai keluar. Sampai nama member semua pun lupa. Tapi muka ingat la.Kadang kadang kalau lupa nama orang terus bagi dia nickname osem semua la. Kira bagi nickname cecomel sikit orang cakap. Tapi sebenarnya nak cover lupa nama. Dan itu la datang nya nama nama seperti Lisa, Lala, Posner, Apit, Ista semua semua tu. Comel kemain nama tu. Tapi kalau la semua tu tahu nama tu aku bagi sebab aku lupa nama bagai mau tak terasa hati tu. Aku tak tahu la part dorang, tapi aku tahu kalau aku yang kena mau menangis belakang pokok gigit tisu tu. Aku ni sebenarnya manja. Cuma jarang tunjuk. Ehem. Comel kan aku. Eheheh.

Apa pun masalah ingatan aku yang pasti aku takkan lupa member. Okey aku clarifikasikan disini bahawa lupa member tak sama dengan lupa nama member. Serius lain. Sangat. Sangat. Lain. So lupa member is mustahil melainkan kalau aku ditikam belakang oleh memember. Tak terkejut sebenarnya sebenarnya tu boleh dikatakan acara tahunan yang pasti ada. Tiap tiap tahun mesti aku kena tikam dua tiga kali. Tapi nak buat macam mana kan, salah aku jugak sebab senang sangat percaya dekat orang. Orang disini aku maksud kan member ya adik adik. Okey stop cakap pasal back stabbing, sebak pula jantung. Ewah sebak bagai. Sumpah mengada woi paiz. Ptuih. Heh, selalu orang kata aku lupa kawan. Tapi siapa yang cakap macam tu memang aku lempang. Kalau tak kena lempang pun, aku bahan bahan kan secukup rasa sampai rasa awkward nak mampus. Selalu aku tak layan orang kalau orang tak layan aku. Cukup cukup la zaman sekolah dulu aku perhambakan diri buat kerja memember. Zaman bodoh dulu cerita lain, zaman sekarang buat ayat macam tu gua jentik pusat tu puas puas sampai mandul. Baru kenal jari gua n i siapa. Keramat tahu tak.

Dan sebenarnya aku dah lupa pasal wujudnya belog ni.Sampai la zikri sebut. Dan password pun dah lupa. Nasib baik ada sistem password recovery. Kalau tak mampus nak kena tukar belog baru lagi. Dah berapa kali dah aku tukar sebenarnya ntah. Boo paiz. heh

Membebel pasal masalah lupa tak lupa dekat sini pun bukan ada orang peduli pun.durr.

Polemik Parti

Kalau aku nak, aku rasa aku boleh jadi ahli politik yang paling berjaya dekat Malaysia ni. Tapi kejayaan aku tu depend pada situasi la. Nak cakap pasal politik malas sebenarnya tapi agak annoying sebenarnya bila tengok orang bergaduh pasal parti. Cakap pasal politik bagai. Kondem satu, sokong satu. Aku rasa dari nak berbahas apa jadah semua baik cakap je aku sokong Parti A. Kan senang. Sebab dah obvious kalau si polan A sokong parti A, si polan B sokong parti B bergaduh apa pun tak jadi.dua dua nak support parti memasing. Bodoh sangat. Aku rasa la kalau nak cakap pasal parti ni sebenarnya tak penting pun. Sebab kalau di perhatikan time kita kecoh berhempas pulas bergaduh siapa baik siapa jahat ni, negara lain dan boleh sampai abad ke 2020 lama dah. Dah sedap naik kereta terbang semua bagai dah. Kita dekat Malaysia, punya sibuk bergaduh tunding tunding jari. Apa kerja ntah. Nak sokong gomen, tak nak sokong gomen tu lantak la tapi aku rasa kalau dah Parti W yang control kerajaan dan semata mata sebab kau sokong parti L kau nak tolak semua pembangunan yang parti W buat. Lepas tu kecoh cakap takde pembangunan. Macam mana nak ada pembangunan kalau masa bukan pilihanraya pun semua orang sibuk nak sokong parti, nak kondem semua effort yang parti dia tak sokong tu buat untuk pembangunan. Aku jadi confius, yang sebenarnya semua semua tu nak sokong pembangunan ke sekadar nak sokong parti je. Kalau setakat nak sokong parti, tak guna la jugak kan. Sebab kalau si Parti W turun, si Parti L naik, si polan penyokong parti W pulak kondem pembangunan yang parti L buat. Semua nak cari salah. Woi, gua nak pembangunan. Bukan nak tengok pertandingan siapa paling banyak pengikut. Kalau nak buat pertandingan macam tu pergi la buat dekat facebook tengok siapa paling banyak kawan. Tak pun buat dekat twitter, tengok siapa paling banyak follower. Cukup la tu. Jangan mengatal nak drag pembangunan Negara sekali dalam pertandingan budak budak darjah dua tu apahal.

Hah tengok, dari taknak cakap pasal politik, gua dah terbabas mengumpat macam tu. Nanti kena saman gua jugak yang kena. Gua jugak yang masuk penjara. Pada aku, aku rasa kalau 10 juta rakyat stop bergaduh, stop mengagung agungkan mana mana parti yang dia sokong, dan mula bangkit buat effort sendiri nak setel kan semua masalah komuniti yang korang ada tu, pembangunan negara laju je tahu tak. Dari sibuk tuntut wakil rakyat repair jalan apa semua bagai, baik ambil effort sendiri cari sponsor ke share duit ke apa ke untuk repair sendiri semua benda tu. Kot nak salahkan politik dekat semua cacat cela Malaysia sekarang ni, tak kemananya kita. Memang tak kemana, dah boleh stop cakap pasal masa depan la macam tu. Malaysia kalau nak maju, rakyat sendiri kena bergerak, bukannya setakat main main mengumpat macam Kak Limah jual kain tu.

Pening pening.