Friday, December 17, 2010
perasan,
aku admit yang tak payah cakap aku la, tapi semua orang akan cuba lari dari masalah dengan harapan boleh lepas, boleh lari tapi kalau benda tu semudah macam tu, sah sah takde kes bunuh diri, bunuh orang semua tu. konon nak lari dari masalah la macam tu, lagi tambah masalah ada la. bila aku advice orang aku tak rasa aku rasional sangat. mungkin aku rasa aku korang. aku fikir solution dia dengan jadi korang. pretend aku dalam kasut korang, busuk ke wangi ke, baru ke buruk ke, aku tak peduli, aku usaha tolong. dan serius cakap, kalau benda tu jadi dekat aku sendiri, aku tak yakin aku boleh buat apa yang aku cakap dekat korang. dah kalau korang boleh buat apa yang aku cakap, korang sangat tabah dan sangat kuat. lebih dari aku. sangat lebih. dan aku bangga dengan korang.
dan, oke fine aku perasan aku pandai advice.
btw, korang mungkin blur apa maksud aku ni tapi aku tau someone aku kenal mesti faham maksud aku.
Saturday, November 6, 2010
049.
Thursday, November 4, 2010
048.
Friday, October 29, 2010
046. Bahasa 101
045.
Tuesday, October 26, 2010
044.
Monday, October 25, 2010
fake tak awesome
Sunday, October 24, 2010
042.
Saturday, October 23, 2010
041.
Thursday, October 14, 2010
040.
Saturday, October 9, 2010
038.
Thursday, October 7, 2010
037.
Tuesday, October 5, 2010
036.
Saturday, September 25, 2010
onoff.
Wednesday, September 22, 2010
antivirus gila
Tuesday, September 21, 2010
strangers
Saturday, September 18, 2010
chicks turn on ke?
Friday, September 17, 2010
kelebihan hari sabtu
Bain dan Sabtu
padang besar.
Monday, September 13, 2010
raya ke dua puluh
Tahun ni aku dah genap dua puluh tahun dah. Tahun ni aku sempat lagi raya dekat penang. Tahun ni aku tak grad lagi. Oke, part grad tu biar dulu. Aku nak cakap pasal raya dulu.
Dari umur tak cukup setahun sampai la dah dua puluh tahun lebih lebih sikit, banyak evolusi raya dah jadi. Semua lain lain. Evolusi lain lain. Aku ingat ingat lupa semua evolusi raya aku, tapi aku tetap ingat. Kenangan dan memori tu.
Masa aku umur tak cukup setahun lagi, sampai la enam tahun oke aku lupa terus. Sebab otak aku masa tu tak rasa benda tu penting nak ingat. Masa umur tujuh tahun aku ingat lagi raya masa tu aku first kenal bunga api. Oke, maybe kau kenal bunga api lambat sikit. Nak buat cemana dah aku sulung, mana ada abang kakak nak kenal kan bunga api. Nasib baik ada sepupu aku terlebih beli. Dia masa tu pun umur baru sembilan tahun. Muda jugak lagi haa. Umur lapan tahun sampai umur sebelas tahun, aku ingat lagi aku join group terkinja kinja kutip duit raya. Masa tu aku geng dengan adik aku. Ramai ramai jalan kaki.masa umur Sembilan tahun baru advance sikit raya naik basikal. Tu pun tak pro lagi. Naik kejap tolak kejap, kayuh kayuh brek pakai kaki. Rasa hebat pulak bila boleh brek pakai kaki, konon kaki aku kuat dan mantap ah. Tiga beradik anak asri dengki tengok aku kayuh basikal brek guna kaki, judin apatah lagi. Masa tu dia tak reti kayuh basikal lagi. Aku brek guna kaki pun, masa kayuh slow slow je. Ye la, baru nak up kan? Masa tu aku ingat lagi semangat sebanar raya tak diserap lagi. So, zaman tu zaman kutip duit raya. Asal raya je,duit, asal raya je duit. Zaman tu, tu je aku fikir. Ah tak payah nak gelak sangat la, korang pun sama je kan. Ntah ntah lebih lagi haa. Ada sekali tu, kami menangis nak duit seringgit tanak lima puluh sen. Tu bukti kami masa tu raya sebab duit. Aku ingat sekali tu kami raya rumah cina tapi kena halau sebab dia kata cina mana raya. Masa tu kepala fikir, pakcik cina tu kedekut. Masa nak blah semua pakat baling batu dekat anjing comel dia lepas tu lari. Balik je rumah aku kena rotan sebab buat kurang hajar macam tu. Eh, bukan rotan. Tapi libas dengan penyangkut baju. Zaman aku dulu, rotan tak up lagi. Sekarang baru zaman rotan. Time tu baju tak memilih. Main pakai je. Dah la mak bapak pilih.
Masa umur dua belas,masa budak budak lain sibuk kutip duit raya, aku konon dah matang sikit sebab masa umur dua belas aku dah form one. Soo, matang la konon. Dapat duit raya sengih, tak dapat duit raya kutuk belakang.masa ni aku ingat lagi, aku kaki pau duit raya adik aku. Sebab tak puas hati dorang duit raya banyak dari aku. Sebab masa mak aku kutip duit raya semua siap menunjuk sape paling banyak. Dan aku paling last. Sebab aku pemalu masa kecik kecik.
Masa umur tiga belas sampai enam belas. Aku main tadah je duit raya. Nak mintak segan. Ehem ehem, pemalu betul aku. Padahal dekat belakang kutuk bukan main. Memang la masa tu semangat raya yang original dah dipupuk. Semangat bermaaf maafan memang dah ada. Tapi standed ah, zaman tipikal punya pemikiran ada lagi. Sape suruh orang tua tua semat semangat kutip duit raya time raya. Menjadi betul la trick dia. Masa ni aku baju raya main pakai je. Masa form five je aku main beli sendiri. Masa tu pergi shopping raya dengan fahmi dengan palie. Palie bab dressing number satu, dia la image consultant masa tu. Lepas tu main tukar tukar baju.
Masa umur tujuh belas, aku dah masuk uitm. So, kenal dunia ah. Err agak ahh. Jumpa kawan baru sana sini, masa tu aku stock pakai seluar,baju ketat. Cace pulak stock pakai seluar ,baju labuhhh je. Tak kamceng lagi masa tu. Masa tu aku cari baju raya dekat megamall. Lepas tu masa umur lapan belas sampai sekarang, aku dah kenal kawan. Ececeh, ada geng cari baju raya. Baju raya semua nak pilih sendiri. Nak kena gaya. Tapi konon beli baju raya ah. Beli beli harini, esok dah pakai. Tak payah tunggu raya. Makin besar semangat nak raya makin kurang. Aku tak tahu la orang lain, tapi aku lain. Aku rasa time raya time maaf maaf, lupa benda lama bukan masa nak jadi model pakai baju baru kehulu kehilir posing sana sini.ye la memang aku beli baju raya pun, tapi sebab time nak raya la sale belambak. Sampai 70%, 80% tu. Tak ke celaka tuan kedai tu nak goda aku. Aku dah la mudah kena goda. Cakap la part apa pun. Aku serius paling mudah kena goda. Nak nak bulan puasa ni, time time jaga. Lagi la mudah kena goda. Pedih nak jaga nafsu ni. Sekarang aku dah dekat rumah tunggu nak raya, sejak balik ni aku tak merayap jauh pun haa. Paling malas lepas sahur ,tidur bangun petang, mandi, pergi bazaar. Lepas tu malam keluar lepak lepak kejap. Tidur balik. Kan happening camtu. Si fahmi pulak dah la lambat lagi balik. Tak tahu aku tengah bosan ke dia tu. Celaka ah. Si palie pulak ntah balik, ntah tak. Konon plan nak buka posa dengan atif. Nak ajak emi, cace, daus dengan poji sekali. Tapi kalau dah sorang kat sana, sorang kat sini, sorang kat sinun lambat la nak plan camni. Mesej sekor pun tak reply. Semua nak kena main call dah sekarang ni. Dah la sekarang ni kad raya memang dah tak de sape nak hantar. Main mesej mintak maaf je. Paling koman pun
‘hi paiz,kira 0-0 oke’
Ntah sape la hantar mesej ni dekat aku. Simple, but nice kan kan. Aku tahun ni sekeping mesej mintak maaf pun tak hantar lagi. Sehari nak raya karang aku hantar ah. Kebetulan cakap pasal raya,aku nak ucap
“SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN”
Kepada yang terasa hati, rasa aku celupar, aku terover kacau , menangis kena kacau, yang terluka hati dan perasan kena kacau, yang aku ada terkasar bahasa, yang aku tertak peduli, yang aku terkurang hajar dan yang aku ada buat salah semua tu aku mintak maaf. Sempena raya, aku harap kita delete yang lama bukak memori baru. Delete pulak , jangan la delete masuk recycle bin je. Delete terus pakai CC Cleaner. Biar takde kesan. Akhir kata, aku kata raya aku berevolusi, apa kata korang.
Monday, August 30, 2010
terimakasih la.
Wednesday, August 25, 2010
kalaudahtakdir
Saturday, August 21, 2010
bila nak raya.
Thursday, August 19, 2010
perubahan versi dua.
perubahan versi satu
Thursday, August 12, 2010
tak cool
Wednesday, August 11, 2010
de-com-po-ser
Most of the human resided just one place and make it domicile, marking their own journey of being successful. But what about the opposite, the human that having a nomad life transferring from one to another place, searching....seeking a proof of being a BEING on this planet that we called it "earth". It is devastating, hampering with load of burden, failure and depleted source of being successful.
word and action can lie...but feeling are totally sucking the life out it. Drained up all the joy and happiness. Making your life empty from being whole. Regrets...not a conclusion, wanted to stand up and try to soar again...in fairy tales maybe. In real life, most of us avoiding the truth, purging the fact that we are actually being a decomposer... returning to constituents of any type of substances.
i feel decompose, day by day the skins faded and gone, rotting little by little...until the process complete. And by that time, no one ever noticed that you are actually once existed among them.....and the time are actually segregate the bond and the existence of us being once walking together.