Sunday, October 24, 2010

042.

.

its 3.45am in the morning on monday, which i happen to be sitting for my first final paper this semester. well, for some one who`s never been in fond with numbers, such subjects like maths and statistic always have been pretty much tough on me, despite the facts that QMT 205 is actually super easy.

haa, kemain lagi aku cakap omputih haa, tunggang terbalik aku peduli apa kan. mood studi memang dah tak in la masa masa ni kan. dari pukul 2am lagi aku duduk pulun layan x0x0 gossipgirl. kemain lagi addicted dekat dekat nak final ni. hah, perkataan omputih lagi tu. saja je tu, bahana baru lepas test muet minggu lepas, tak habis lagi eksaited cakap omputih ni haa. ewah,

gerenti korang rasa macam apahal la aku celaka sangat kan tak tidur lagi masa masa ni, mementang la exam petang kan. gua bukan apa la. tapi gua agak gugup sikit, nak nak sebab paper statistik kan. lagipun gua memang tak kamcing dengan numbers pun. musuh azali la orang cakap, gua stock baca hafal, bukan stock kira, hafal rumus. tu budak budak bajet einstein punya kerja, bukan gua. sekali sekala cakap lu, gua pun rasa urban jugak kan? rasa awesome pun ada. rasa mat rempit lagi la ada. sebab tu sekarang gua rasa mat mat rempit zaman sekarang dah urban. bukan setakat urban, dorang pun dah reti catch up dengan era baru. kalau dulu, gua ingat lagi zaman zaman gua sekolah menengah, budak budak rempit ni stock awesome la, stock hot stuff pakai seluar kaki kecik. dulu la kan. sekarang budak budak rempit mana nak layan sangat trend macam tu. semua rambut nak turun depan, potong kat salun. lagi best, baju nak topman, paul smith, skinny lagi haa. gua stok budak bundel je, agak segan la disitu.

gua tak kondem budak rempit, sebab kalau dulu gua admit yang gua kondem budak rempit sebab takde wawasan tapi sekarang, pada gua, dari kajian kajian gua budak rempit agak awesome la. gua ada la dua tiga kerat dari kawan kawan gua yang merempit sebagai hobi, actually ada wawasan. belajar nak universiti awesome, dah tu nak jadi budak dekan je, gua bukan rempit ni pun, tak pernah nampak pointer 3.50 dekat slip result gua. ajak dengki la jugak kan. tapi tak elok dengki dengki. lagi best, kawan rempit gua dressing kemain lagi nak kalah model. seluar nak awesome londeh kalah kan budak hiphop je. gua agak terasa di situ, kalau boleh gua pun nak londeh lagi kan, tapi tu la,gua tak cukup hot stuff nak londeh kan seluar banyak banyak. so gua pendem je la perasan dengki gua .ewah , kemain lagi backup budak rempit. tapi ada jugak budak rempit old style la konon, nak menumpang nama budak budak rempit berwawasan ni. pada gua, tak cool langsung nak tumpang nama budak rempit berwawasan macam tu. gua rasa gua oke je kalau nak merempit, janji lu tahu apa lu nak dalam hidup dah lu tau apa lu nak achieve dalam hidup. kalau setakat sebab rasa merempit cool dan belajar tinggi tinggi demi masa depan tak cool, then lu bukan mat rempit awesome. lu loser. bukan lu je loser, semua budak yang rasa macam tu loser.

so, kalau mat rempit yang satu malaysia kecoh, hamun , benci semua tu boleh evolve jadi ada wawasan, jadi ada masa depan, gua hairan apasal ada orang yang even dah mature tapi sekarang takde effort nak improve diri sendiri. gua bukan nak cakap orang, gua pun jalan bukan lurus sangat tapi, at least gua pun dah reti nak improve, each day gua cuba improve. gua cakap pasal mat rempit dengan improve ni jangan pulak lu ingat gua mat rempit. gua skater , gua willy atas papan, gua tak kaya sangat nak beli motor ni. kesian gua.

okey dah lewat, gua pun ada paper, so love much everibodi.


notakaki : kemain lagi love much konon tiru lisa surihani punya tag line la tu.

Saturday, October 23, 2010

041.

.

sumpah lama gila tak updet belog. bukan malas.tapi tak terasa macam nak updet. nak kira hari hari aku on belog nak baca stori stori blogger lain. nak nak stori si amal .falsafah nak awesome je. gaya nak comel je. lempang jugak karang, geram betul aku baca belog comel dia tu haa.

oke oke, balik tajuk asal. 041 tu bukan spesel apa pun. saja aku nak tukar trend pakai number buat tittle konon rasa macam hebat la sikit. padahal orang tengok pun dah menyumpah wadefak wadefak habis dah. lagak macam malas nak bagi tajuk, baik tak payah updet kan? kata aku bermonolog. ewah.

lama lama tak updet ni rasa otak dah makin lama makin kosong.dah langsi sangat dah aku ni. celaka kan aku? haih, dah la time time nak final ni, makin malas.orang lain makin lama makin semangat la konon, tapi aku? haram laa. bukak buku seminit, tutup, bukak dua minit, tutup. malas tak payah cakap la. buat buat rajin pun sikit pun tak masuk. bazir masa betul.

aku malas nak updet panjang panjang la kan, tapi aku just nak cakap sekarang makin ramai poser. ye la, bukan nak cakap apa la kan, dalam fesbuk time nak add manja habis muka haa, lepas tu ayat nak kenal bukan main manja ;

"Hi, tengs add."

hah, tak manja lagi macam tu. aku baca pun boleh tersengoh sorang sorang korang tau tak. leas tu borak gebang kemain lagi haaa, tak kenal pun tapi kemain borak macam Paris hilton dengan BFF dia, rancak kemain. yang pemalu, pendiam tak pernah mencarut, haa dah reti mencarut dah. bukan mencarut cikai cikai macam budak darjah satu main cakap bodoh ,babi macam tu. tapi ni, ewahh mencarut level universiti haa.

"Pukimak kan lu, stok nak celaka lancau habis. dasar asshole betul la"

kan kan, celaka kan ayat dia. ewahh, oke oke, gua pun mencarut tapi point gua tak payah la nak fake. kat fesbuk kemain lagi mesra alam mulut busuk, tapi kat luar jumpa nak angkat kepala pun tak berani, cakap pun nak bisik je. tak payah, kalau nak kawan dengan dengan orang sampai sangguh nak fake macam tu baik tak payah, dapat dosa satu, bazir masa satu. kan kan

lagi best, jumpa dekat kedai boleh buat tak kenal pulak kan. tapi dekat fesbuk kemain lagi borak, kalah xoxo gossipgirl. aku tau la, aku pun layan gossipgirl jugak. tak leh blah belum si blair tu, bajet sangat. nak je aku hempuk hempuk dengan mouse ni. baru rm12 aku beli, boleh je nak baling dekat si blair tu.

.
..
...

oke, teremosional habis. senang cakap, aku tak faham sebab apa nak kena fake dengan laman facebook? takde kepentingan langsung kan.

Thursday, October 14, 2010

040.

semalam last hantar final draft final projek. semalaman aku tak tidur semata nak repair report. berapa kalai tersengguk tak payah la stori, aku pun malas nak kira. masa masa tu la teringat zaman zaman spm dulu. zaman zaman beli pil kuda kerat empat semata mata nak jaga malam study biar dapat 22A1, baru perdana menteri malaysia dengki. mata merah sebelah, pelik jugak bila sebelah lagi suci putih je. siap je report, cepat cepat mandi. tunggu housemate balik, tumpang pergi print. bila dah siap awal tak payah cakap la eksaited dia macamana. semua orang aku call nak riak riak. masa print pun boleh tersengguk. tu dah tahap kopi pun tak boleh nak tolong dah tu.
siap print,siap compile,siap semua. hantar. first student hantar, bangga la. tu kalau junior tanya hantar apa pagi pagi, gerenti aku buat muka kerek sebab bangga sangat. lepas cop je lec lalu , tanya dah hantar dah? muka bangga tambah sakai aku cakap dahh. kuat , simple dan padat.

"so, macam mana projek? best tak.", dia tanya lagi dengan muka cerah tambah lighting pagi tu elok pulak kan.

selamber je aku jawab "best sangat. tak puas hati ah dengan data, rasa macam nak re-do tapi masa tak sempat kan". gaya jawab soalan tu dah nampak semangat dengan tahap iq. lagak macam pandai ala ala researcher original.

tapi, dalam hati.

" peh, setel satu beban "

039.

gua blur,tak tahu nak tulis apa sekarang ni. haih,

Saturday, October 9, 2010

038.

Hoh, sumpah tak larat.

report analisis tak submit lagi. report projek nak hantar 14hb. aku baru siap brape chapter ntah, nak kira pun dah malas. asaimen QMT tak jamah lagi. tapi releks releks, aku tak support capitalism. benda pressure jadah semua tu aku tak sokong. dah siap satu chapter harini, releks luhhh, esok sambung. bai.



notakaki:rasa bodoh pulak update benda ni.

Thursday, October 7, 2010

037.

semester ni sumpah lain. aku toleh kiri kanan, aku rasa lain. aku tengok belakang, rasa pelik. aku tengok depan, aku rasa hairan. kalau dulu tak kira belah mana aku toleh, mesti aku akan sengih, mesti aku akan ringan mulut menyapa sesimple

HI,

pada tak kira siapa pun. tak semester ni sumpah lain. benda tu dah tak boleh apply. semester lepas semua yang dua jadi satu, semua yang banyak jadi satu. semester ni lain. semua yang satu jadi banyak. aku bukan nak ajar teori reproduction ke apa kat sini bila aku cakap satu jadi banyak. dan terang terang aku cakap aku tak maksud kan ameba , virus yang cool tu. tapi aku maksud kan benda lain. terkilan betul bila yang dekat jadi jauh, terkilan betul bila yang aku ingat ikhlas sebenarnya fake, sedih betul bila yang aku kata kawan sebenarnya pelakon tiga bintang. ya betul, pelakon tiga bintang yang cuba nak fit in semata mata nak kan perhatian. aku tak salahkan dia, tapi hidup kena la beragak agak. fit in satu hal, aku boleh terima, sebab aku pun masih cuba fit in dalam hidup sebagai budak extend, tapi kenapa nak berlakon ikhlas.

aku dah letih dengar ungkapan tipu, aku dah malas dengar ungkapan ikhlas semata mata nak nampak baik. tapi tolong la, tolong aku tamat kan semua ni sekarang kalau kau masih nekad jadi pelakon. buat aku letih nak mengatur dialog.

semester ni banyak betul isu kawan kawan, buruk ada, baik pun ada. tapi aku masih bersyukur pada yang betul kawan kawan aku. thanks, dan pada yang paham apa maksud aku, sabar ah, biasa la hidup memang sangat tough, tapi jangan risau, aku ada di belakang, mereka ada dibelakang, cuma tolong jadi diri sendiri.

aku dah malas nak fikir benda sedih, ni mungkin kali terakhir aku ambil kisah pada benda macam ni. aku tahu aku kuat, aku tahu aku lebih dari yang aku fikir, aku tahu aku tuan pada emosi,aku tahu aku boleh tahan, sebab aku bukan sorang sorang.aku harap ni kali terakhir.

Tuesday, October 5, 2010

036.

ada kawan ramai sangat la best, tapi ada kawan ramai pun susah jugak. sebagai kawan, memang dah tugas aku nak back up kawan, nak tolong kawan, nak support kawan, nak concern pasal kawan, dan macam macam lagi lah. hidup sangat fun kalau kita dapat apa yang kita bagi kawan kawan kita. orang putih kata "you get what you give" kalau tak silap aku. tapi aku sumpah tak ingat kalau aku ada tikam belakang kawan, dalam dua puluh tahun seingat aku macam takde, tapi nasib la dah takdir orang tertikam aku kan.

kena tikam dari belakang dek kawan yang aku tak rapat semata mata sebab dia nak larikan diri dari denda, dan sebab tak minta maaf rasanya macam sakit jugak. tapi ni lah kehidupan, tak boleh nak lari lagi.haih