Thursday, July 15, 2010

sejam lagi.

sejam lagi haaa nak pegi pangkor. aku baru je bangun. bai. i nak mandi mandi bogel kejap.

kan i dah cakap.

macam aku cakap pagi tadi, bila dah ada tenet sah sah kau makin kencang mengarut dekat belog. mencarut pun belambak. kira tempat buat dosa la ni. dekat luar aku kaki buat pahala je. tak elok buat dosa. nanti masuk neraka. cewahh.

esok dah sah sah dan pasti aku kena pergi pangkor. nak tak nak,mahu tak mahu kena jugak. even aku menangis tergolekgolek sampai basah dalam seluar sekali pun, aku gerenti madam aida nak jugak tarik aku pergi pangkor. aku punya projek, dia semangat lebih. wah wah. serap serap sikit semangat dia karang. bagi awet muda. haih, lapan kali fikir pasal pangkor. rasa eksaited ada, menyampah pun ada. eksaited sebab apa pun aku tak tahu, menyampah punya sebab lagi la aku tak tahu. senang cakap, menyampah mengada la ni kan? bajet comel la kononnya. booo. packing pun belum lagi ni haa. masa ni baru nak cari beg. memang pakai sambar je la apa yang ada karang. basuh tak basuh,wangi tak wangi tu belakang citer la kan.

aiseh, nak kena ambik beg pulak. bai.

Wednesday, July 14, 2010

entri tanpa tajuk.

aku nak tulis macam macam. nak stori macam macam. kotak idea, kotak aktiviti penuh melimpah ruah. yang tahun lepas pun tak basi basi lagi. tapi bab pening nya, bila nak tulis entri nak kena fikir tajuk. haa, tu yang buat aku malas tu.baru nak insaf jadi rajin sikit tapi hasutan malas tu tak hairbis habis kena inject masuk dalam darah holy aku ni. dasar setan berbulu, tak reti reti nak insaf. aku rasa kalau setan reti insaf, dunia sah sah makin aman. so berdoa la untuk keinsafan setan. kalau doa untuk kawan kawan insaf pun oke jugak tapi berisiko tinggi la dia nak sesat balik. nak buat macam mana, asal insaf je setan kacau. asal insaf je setan kacau. sampai bila nak setel. ulang alik benda sama jugak. naik menyirap jugak darah aku ingatkan setan yang tak reti reti nak berkompromi ni. kalau setan level rendah kacau tak pe jugak. takde la kuat sangat power dia. paling tidak pun setan la seminit dua. tapi yang malas nya general, kapten setan level tinggi yang rajin nak turun. bajet nak tunjuk semangat dekat anak buah la tu kan. setan level tinggi ni kalau kacau boleh bikin celaru otak. dah la power hasut dia tu level tinggi. memang sesat tahap sesat dalam maze macam cerita harry potter la. gelap, sejuk,penuh dengan reksasa. sekali bila mati terus jumpa lord voldamort. alah voldamort tu ala ala bos setan la tu. cuma lagak je lebih sikit.

mengarut kan main lagi aku. bukan apa, saja nak test stremik baru pasang. wah, kencang betul la bila aku rasmi first stremik kat rumah ni. laju melampau lampau. kalau setakat nak tengok video ariel peterpan dengan luna maya dekat youtube tu, peh selamber je dia buffer. 10 saat dah siap buffer dah. kencang betul. sayang betul aku dekat stremik harini. wah. tapi sayang betul laah. aku tinggal leptop dekat rumah. jauh betul la nak balik ambik. nak online pun pakai turn. pinjam pinjam. dah la harini baru pasang stremik, esok dah nak pergi pangkor. tak sempat nak merasa lama lama. alahai pangkor. yang gerenti, weekend ni memang budak rumah aku tak keluar rumah la. gerenti la aku cakap. tak tipu, tak kelentong. aku yakin semua mesti duduk terperap baring atas lantai mozek yang aku mop minggu lepas.bersih betul. bersinar sinar. memang naik kan semangat nak online lah.

dah ada tenet ni.memang tak boleh malas malas updet blog dah. oke bai. aku nak pergi kelas

Monday, July 12, 2010

.

semua orang perasan yang aku dah lama updet blog. bukan setakat updet blog, on pun tidak. aku rasa, semua orang perasan yang aku macam dah malas nak tulis blog. aku admit. aku admit semua tu secara emosionalnya mainan perasaan korang. aku admit tu semua anggapan korang yang secara kasarnya telah buat korang berdosa atas sebab fikir aku malas. secara am dan mudah, semua tu adalah fitnah. anggapan salah korang yang diaplikasikan secara betulnya akan jadi fitnah. macam mana? ntah la, aku main tulis tak fikir apa pun. persetan yang dulu, pentingkan yang kini. dulu memang la internet asyik takde je. kalau ada pun cukup cukup slow. nak buka blog pun lambat. buat aku sedih . sedih sampai air liur basi meleleh keluar masa menunggu page loading. tapi kini tidak lagi, dengan streamik hidup makin mudah. murah dah laju. sedap tak terkata. oke fine rumah aku tak masuk lagi pun streamik. ada desas desus TM kata khamis ni dia nak datang pasang. gempak hati tak payah nak cakap la. basically sekarang ni aku hidup online berteras kan asas ke-FREE-an dan jasa McD Perda. free betul. share sorang 50sen dah dapat beli air berbaldi baldi. buat letih refill je. tapi bagus jugak oh, senang nanti nak buat air teh dekat rumah. McD banyak gula. ambil je. nak sepuluh ambik sepuluh, nak lapan ambik sepuluh. nak tiga ambik sepuluh. nak semua siap siap la lari,pakai kasut nike air sekali untuk lari laju sikitt dari standard speed korang.

baru nak updet blog yang lama tak updet, biasa la kan semua menda nak cakap. semua benda nak mengarut. lepas tulis, tak faham faham apa aku tulis. macam celaka pun ada juga bila baca balik. minggu ni kelas secara real nya dah start. bagi aku la. bagi orang lain minggu lepas lagi dah start. jadual lintang pukang lagi. confront En.zahir lagi kena suruh drop paper ada lah. nak buat cemana kalau dah repeater tu repeater jugak la. sangkut sana sini. haih. semalam shopping dekat Tesco untuk barang rumah. sangat puas hati setakat ni dengan perkembangan budak rumah. boleh kamcing. fikir budak rumah teringat naim. macam celaka gaya dia. memang dasar nak kena sula dengan kemuncup. tahu nak lari je, bukan nak mesej sepatah pun. kalau orang nak cerai boleh pakai sms, dia tak reti pulak nak sms sebab nak kensel rumah. ntah takut apa ntah.dasar pondan betul. luar lelaki, dalaman pondan. plastik betul.

harini, farid merangkap budak rumah baru aku beli laptop baru. gempak betul bila dah ada laptop. gaya pun dah berubah. nampak intektual betul. makin bijak gayanya. memang ada can nak dapat dekan semester ni kalau rajin sikit. aku pun rajin sem ni. rajin segala gala.cuma malas nak jaga tepi kain orang je sem ni.malas nak buat masalah. minggu ni jugak aku dah kena start lab. dengan kena fix aku punya chapter two untuk final projek writing. celaka betul bila fikir pendrive merah yang hilang tu. semua benda dah la dalam tu. dua puluh lapan mukasurat bertulis hasil karya lapan hari menaip tu. dan berpuluh jurnal hasil sebulan google. semua hilang. mana la aku letak. nak ingat tapi lupa. arghh merana hidup nak taip lagi. banyak tu. bajet nak siapkan minggu ni la konon. gaya nak bagi madam Aida impress. tapi ntah impress entah tak.time management dengan level of professional masa nak execute projek super penting untuk dia. tapi aku pegang kata Hafizah Sukamat, projek biar cincau janji jadi. semangat semangat.

aku tengah pening fikir alasan nak lari dari seminar di pangkor jumaat ni. haih, pening. pangkor macam best. tapi aku pening betul nak fikir alasan nak lari. padahal sebab aku nak lari pun aku tak fikir lagi.sebab apa ntah. just rasa tanak pergi. dasar tak sedar diri betul kan aku. mengaku rajin tapi nak ponteng seminar lagi. mak aku tahu ni sah aku kena rotan nanti. haih, dah lama tak kena rotan. ah malas la tulis. bai.