Wednesday, February 23, 2011

Sejauh mana kau lari, fakta kehidupan yang terang terang tertulis hidup itu susah akan tetap tertampal di takdir. Aku faham. Dia faham. Semua orang faham. Semua orang alami. Kesusahan itu normal. Sangat normal. Aku juga normal. Sangat normal sehingga aku sedar aku bukan tong sampah murahan yang boleh kau jumpa di setiap ceruk dalam hidup kau semata mata untuk menadah telinga mendengar segala kesusahan kau.

Ya, aku normal. Cukup normal sampai aku sedar aku juga ada sedozen kesusahan yang tidak murah untuk aku sesuka hati kongsi dengan orang orang plastik yang bersinetron depan mata aku. Tipikal drama melayu kau dengar depan aku, kau sebar belakang aku. Tolong la. Aku tak suka drama melayu. So tolong hentikan drama drama murahan kau tu.

Ya, aku hipokrit. Hipokrit melakonkan watak kawan sejati untuk mendengar segala kesusahan kau. Hipokrit kerana menipu diri aku sendiri aku rela mati untuk kawan kawan yang tahu menabur kesusahan mereka dalam hidup aku. Okey aku tipu, aku rela menjadi tong sampah murahan untuk kau ludah, sepak,tendang sesuka hati. Aku rela menadah jiwa mendengar rintihan kesusahan kau tapi , tolong sedar aku cukup normal dan bijak untuk tahu aku tak mahu jadi semata kawan kesusahan. Bila mana kau kesenangan, sepatah huruf pun kedekut untuk dikongsi.

Aku tong sampah mahal, bersalut emas. Bukan semata untuk diisi kesusahan.

Sunday, February 20, 2011

Bad-hair.

Konon semangat bangun awal nak pergi kelas heat. Nak jadi senior contoh la konon. Semalam siap mimpi pergi kelas awal, lecturer puji habis habisan. Okey bangga sangat sangat. Sekali, bangun awal , siap siap nak pergi kelas baru perasan kasut takde. Kasut dengan azmi la pulak. Kami memang suka main tukar tukar kasut, pinjam pinjam kasut, seluar semua ni. boxer pun kalau boleh nak main pinjam-tukar-pinjam-tukar jugak tapi saiz lain. Nasib la kalau sekor bontot besar, sekor bontot kecik.

Okey pinjam kasut harith. Bab kasut dah setel dah. Seminit je setel kalau hebat macam aku. Next problem, shit kunci terkunci dalam loker la pulak. tendang tendang,cari kunci spare pun tak jumpa. okey blah macam tu je demi kelas. satu hal balik kelas tadi kena pinjam kunci azim. Demi kelas kan, demi kelas. Tak cool la senior kena marah depan junior. Jatuh saham la.

Laju je turun pergi kelas. Okey baru teringat tak pakai tie. Guard dah tersengih sengih kat depan tu. Bila dah selalu sangat kena saham, faham faham sendiri la kan, terpaksa la sukarela serah diri untuk kena saman. Okey jatuh saham lagi.

Sampai kelas, junior junior comel depan aku siap senyum senyum comel lagi. Okey, geram geram. Dah la pakai baju kurung. Alala, comel nya budak budak ni. Sekali pang, kena bahan. Now dah clear betul dah. Patut la semua nak senyum nampak gigi je. Lepas kena bahan baru perasan rambut teruk sangat dah macam sebulan tak mandi. Celaka guard tu tak tegur rambut gua.

Thursday, February 17, 2011

Kalau.

Kalau la tuhan ada facebook. mesti senang nak tahu dia dengar ke tak doa kita. mesti senang nak tau jawapan setiap pertanyaan kita kan?

haih,

Kalau la tuhan ada facebook. Hidup mesti senang

Tuesday, February 15, 2011

Sabar.

Bila check wireless list, kemain banyak akaun Wi-fi. banyak betul. banyak sangat. tapi semua tak boleh pakai. Aktiviti tekan connect lepas tu tunggu ada internet akses memang train aku punya level kesabaran. tapi kalau dah hari hari, dua puluh empat jah sehari, tujuh hari seminggu tekan connect tapi tak pernah nak dapat internet akses, aku punya sabar pun boleh dry out. heh, ni la kolej zamrud.

Okey, celaka.

Mentaliti

Harini dah 16hb, semalam 15hb. Semalam maulidur rasul tapi macam biasa la time maulidur rasul mesti cuti punya kan. Aku nak cakap pasal Maulidur rasul pun rasa macam takpe la terima kasih je la. Bukan apa, aku takut tersesat je. Aku ni kalau bab agama kureng sikit. So kalau dengar aku cakap pasal agama, tolong la jangan gatal nak percaya bulat bulat macam najis arnab karang tak pepasal dengan aku sekali kena tarik masuk neraka. Tolong jangan. Apa apa pun selamat hari Maulidur rasul.

Okey, apajadah formal kemain malam ni? mengada betul kan. Rasa rasa dan dekat seminggu telifon tangan aku rosak. So agak susah sikit nak kontek oke. Eh okey correction, tak agak , tapi memang susah gila nak kontek aku. Fesbuk tak online selamat. Yahoo mesengger pun haram nak online. Skype apatah lagi. bak kata jaher tak berapa nak urban sangat. Okey tips, kalau nak contact aku sila call je. Aku pantang orang call sekarang ni, laju je angkat.

Zaman zaman hp rosak ni, rasa macam save kemain kredit gua. iye la, nak mesej orang tak boleh, nak call lagi la haram. bila masuk mesej pun tak boleh check. rasa sunyi je. konon tenang la. tapi takdenye tenang kalau tidur pun nak bangun pukul tengah hari. habis rezeki aku. Kadang kadang bosan gila babi bila tak bermesej ni tapi nasib la kan. nak buat cemano. Awek pun dah lari dah sebab seminggu tak tanya khabar. haih apa punya mentaliti la perempuan ni, tak kontek sehari dua pun dah kecoooh. penampow sedas dua jugak karang. tapi betul aku cakap bila hp rosak ni rasa macam releks sikit sebab takde nak terkejar terkejar reply mesej gadis gadis. Okey ayat macam femes tapi releks ahh, gua saja bikin gempak. sekali sekali nak jugak rasa femes macam Justin Bieber tu. Cakap pasal budak kecik tu, ramai perempuan cakap tak minat tak minat tapi aku rasa kalau aku bagi number hp budak tu, berebut pulak nak mesej dia kan. okey serius aku ada number henpon budak kecik tu, kalau nak belanja aku makan dulu.pehh.

Okey,gua nak study.Bai.

Sunday, February 13, 2011

Adat

lama sangat tak updet belog ni kan. gaya dah macam boleh delete dah. tapi sayang pulak. biasa la adat jadi manusia, kalau boleh semua benda nak simpan. tipikal.

Lagi satu adat jadi manusia ni,macam biasa la, bila kau tak rasa nak fikir benda tu masa tu la kau terpikir, bila masa kau pikir benda tu, satu haram pun tak datang. adat ni diapplied all the time dalam life. masa tengah exam pun benda ni boleh jadi. soalan cakap 'Explain the Bernoulli Principle' tapi pikir punya pikir, jawapan merapu jugak keluar. tapi bila time tengah sedap melabur boleh pulak teringat pasal Prinsip Bernoulli tu.

Dan sekarang aku applied dekat time nak tulis belog, semalam otak aku penuh, harini otak aku kosong. sekian terima kasih.