Wednesday, February 23, 2011

Sejauh mana kau lari, fakta kehidupan yang terang terang tertulis hidup itu susah akan tetap tertampal di takdir. Aku faham. Dia faham. Semua orang faham. Semua orang alami. Kesusahan itu normal. Sangat normal. Aku juga normal. Sangat normal sehingga aku sedar aku bukan tong sampah murahan yang boleh kau jumpa di setiap ceruk dalam hidup kau semata mata untuk menadah telinga mendengar segala kesusahan kau.

Ya, aku normal. Cukup normal sampai aku sedar aku juga ada sedozen kesusahan yang tidak murah untuk aku sesuka hati kongsi dengan orang orang plastik yang bersinetron depan mata aku. Tipikal drama melayu kau dengar depan aku, kau sebar belakang aku. Tolong la. Aku tak suka drama melayu. So tolong hentikan drama drama murahan kau tu.

Ya, aku hipokrit. Hipokrit melakonkan watak kawan sejati untuk mendengar segala kesusahan kau. Hipokrit kerana menipu diri aku sendiri aku rela mati untuk kawan kawan yang tahu menabur kesusahan mereka dalam hidup aku. Okey aku tipu, aku rela menjadi tong sampah murahan untuk kau ludah, sepak,tendang sesuka hati. Aku rela menadah jiwa mendengar rintihan kesusahan kau tapi , tolong sedar aku cukup normal dan bijak untuk tahu aku tak mahu jadi semata kawan kesusahan. Bila mana kau kesenangan, sepatah huruf pun kedekut untuk dikongsi.

Aku tong sampah mahal, bersalut emas. Bukan semata untuk diisi kesusahan.

5 comments:

  1. hmm dalam maksud ni... salam kenal.

    sebusuk2 tong sampah berguna juaaa he3

    ReplyDelete
  2. brutal : haha, thanks dohh

    republik : Ironi tong sampah, jangan main main derr

    ReplyDelete