Friday, December 30, 2011

Jeng Jeng Jeng

Aku ada masalah. Masalah besar. Besar sangat. Masalah melibatkan otak. Entah kenapa aku ada problem sangat dengan ingatan. Entah bahagian mana otak yang control benda alah tu pun aku lupa. Okey, sebenarnya aku tak tahu bahagian mana,bukannya lupa. Aku selalu lupa semua benda. Memang la bab lupa tu normal habis la orang cakap. Bak kata orang, tak lupa tak hipster la. Konon bergaya habis la sebut hipster tu. Tapi memang cool pun kan? Eheh. Aku selalu lupa number. Aku lupa segala number. Nombor talifon sendiri pun kadang kadang aku lupa. Tarikh apatah lagi. Lagi pedih dan bahaya lupa nombor talifon abah umi. Tu masalah besar. Sebab siapa tahu kot tiba tiba hp rosak atau hilang, aku bukan dekat rumah. So ntah macam mana nak kontek umi abah suruh bank-in duit nanti. Mati la aku ye dak? Sebab tu aku kata bahaya. So, pandai pandai la korang ingat number parent sendiri. Jeng jeng jeng. Dan disebabkan aku susah ingat nombor, aku tak suka matematik. Eh pembetulan. Bukan tak suka, tapi benci, menyampah, menyirap semua la dengan matematik. Apa best matematik ntah? Bosan tahu tak? Belajar matematik bukan boleh tahu macam mana sistem pembiakan manusia berjalan pun. Nak tahu kena la cuba sendiri. Eh tak. Maksud aku, nak tahu kena la rajin rajin baca buku biologi. Semua ada dalam tu haa. Kalau dulu masa sekolah, boleh kata aku top student matematik ah. Mana taknya semua test tibia kawkaw taknak kurang 90 markah. Tapi tu dulu. Dulu matematik kacang. Sekarang, matematik kurang hajar sikit. Tambah tambah aku otak jenis Nampak nombor je cepat je lupa.Hah elok sangat la aku ambil Engineering kan? Elok sangat.

Lupa nombor tu biasa lagi. Dekat rumah ni, Umi selalu bebel pasal aku selalu lupa nama orang. Kadang kadang nama datuk sendiri pun aku lupa. Nama adik adik memang aku tak sangkal la aku selalu lupa. Mana tak nya dekat rumah bukan panggil nama penuh pun. Takdenya air liur aku ni banyak sangat nak panggil Siraj Munir bin Mohd Hassan, Ahmad Sharkawi bin Mohd Hassan semua kalau nak ajak makan. No way. Kita panggil short short je. Panggil Ali, panggil Awi. Kalau problem dalam family boleh terima lagi. Tapi selalunya problem ni melarat sampai keluar. Sampai nama member semua pun lupa. Tapi muka ingat la.Kadang kadang kalau lupa nama orang terus bagi dia nickname osem semua la. Kira bagi nickname cecomel sikit orang cakap. Tapi sebenarnya nak cover lupa nama. Dan itu la datang nya nama nama seperti Lisa, Lala, Posner, Apit, Ista semua semua tu. Comel kemain nama tu. Tapi kalau la semua tu tahu nama tu aku bagi sebab aku lupa nama bagai mau tak terasa hati tu. Aku tak tahu la part dorang, tapi aku tahu kalau aku yang kena mau menangis belakang pokok gigit tisu tu. Aku ni sebenarnya manja. Cuma jarang tunjuk. Ehem. Comel kan aku. Eheheh.

Apa pun masalah ingatan aku yang pasti aku takkan lupa member. Okey aku clarifikasikan disini bahawa lupa member tak sama dengan lupa nama member. Serius lain. Sangat. Sangat. Lain. So lupa member is mustahil melainkan kalau aku ditikam belakang oleh memember. Tak terkejut sebenarnya sebenarnya tu boleh dikatakan acara tahunan yang pasti ada. Tiap tiap tahun mesti aku kena tikam dua tiga kali. Tapi nak buat macam mana kan, salah aku jugak sebab senang sangat percaya dekat orang. Orang disini aku maksud kan member ya adik adik. Okey stop cakap pasal back stabbing, sebak pula jantung. Ewah sebak bagai. Sumpah mengada woi paiz. Ptuih. Heh, selalu orang kata aku lupa kawan. Tapi siapa yang cakap macam tu memang aku lempang. Kalau tak kena lempang pun, aku bahan bahan kan secukup rasa sampai rasa awkward nak mampus. Selalu aku tak layan orang kalau orang tak layan aku. Cukup cukup la zaman sekolah dulu aku perhambakan diri buat kerja memember. Zaman bodoh dulu cerita lain, zaman sekarang buat ayat macam tu gua jentik pusat tu puas puas sampai mandul. Baru kenal jari gua n i siapa. Keramat tahu tak.

Dan sebenarnya aku dah lupa pasal wujudnya belog ni.Sampai la zikri sebut. Dan password pun dah lupa. Nasib baik ada sistem password recovery. Kalau tak mampus nak kena tukar belog baru lagi. Dah berapa kali dah aku tukar sebenarnya ntah. Boo paiz. heh

Membebel pasal masalah lupa tak lupa dekat sini pun bukan ada orang peduli pun.durr.

Polemik Parti

Kalau aku nak, aku rasa aku boleh jadi ahli politik yang paling berjaya dekat Malaysia ni. Tapi kejayaan aku tu depend pada situasi la. Nak cakap pasal politik malas sebenarnya tapi agak annoying sebenarnya bila tengok orang bergaduh pasal parti. Cakap pasal politik bagai. Kondem satu, sokong satu. Aku rasa dari nak berbahas apa jadah semua baik cakap je aku sokong Parti A. Kan senang. Sebab dah obvious kalau si polan A sokong parti A, si polan B sokong parti B bergaduh apa pun tak jadi.dua dua nak support parti memasing. Bodoh sangat. Aku rasa la kalau nak cakap pasal parti ni sebenarnya tak penting pun. Sebab kalau di perhatikan time kita kecoh berhempas pulas bergaduh siapa baik siapa jahat ni, negara lain dan boleh sampai abad ke 2020 lama dah. Dah sedap naik kereta terbang semua bagai dah. Kita dekat Malaysia, punya sibuk bergaduh tunding tunding jari. Apa kerja ntah. Nak sokong gomen, tak nak sokong gomen tu lantak la tapi aku rasa kalau dah Parti W yang control kerajaan dan semata mata sebab kau sokong parti L kau nak tolak semua pembangunan yang parti W buat. Lepas tu kecoh cakap takde pembangunan. Macam mana nak ada pembangunan kalau masa bukan pilihanraya pun semua orang sibuk nak sokong parti, nak kondem semua effort yang parti dia tak sokong tu buat untuk pembangunan. Aku jadi confius, yang sebenarnya semua semua tu nak sokong pembangunan ke sekadar nak sokong parti je. Kalau setakat nak sokong parti, tak guna la jugak kan. Sebab kalau si Parti W turun, si Parti L naik, si polan penyokong parti W pulak kondem pembangunan yang parti L buat. Semua nak cari salah. Woi, gua nak pembangunan. Bukan nak tengok pertandingan siapa paling banyak pengikut. Kalau nak buat pertandingan macam tu pergi la buat dekat facebook tengok siapa paling banyak kawan. Tak pun buat dekat twitter, tengok siapa paling banyak follower. Cukup la tu. Jangan mengatal nak drag pembangunan Negara sekali dalam pertandingan budak budak darjah dua tu apahal.

Hah tengok, dari taknak cakap pasal politik, gua dah terbabas mengumpat macam tu. Nanti kena saman gua jugak yang kena. Gua jugak yang masuk penjara. Pada aku, aku rasa kalau 10 juta rakyat stop bergaduh, stop mengagung agungkan mana mana parti yang dia sokong, dan mula bangkit buat effort sendiri nak setel kan semua masalah komuniti yang korang ada tu, pembangunan negara laju je tahu tak. Dari sibuk tuntut wakil rakyat repair jalan apa semua bagai, baik ambil effort sendiri cari sponsor ke share duit ke apa ke untuk repair sendiri semua benda tu. Kot nak salahkan politik dekat semua cacat cela Malaysia sekarang ni, tak kemananya kita. Memang tak kemana, dah boleh stop cakap pasal masa depan la macam tu. Malaysia kalau nak maju, rakyat sendiri kena bergerak, bukannya setakat main main mengumpat macam Kak Limah jual kain tu.

Pening pening.

Wednesday, August 3, 2011

Cerita Bukan Nama Sebenar.

Selalunya sehari sebelum puasa semua orang kecoh buat prepare barang barang sahur. tu kerja dedi mami la selalu nya. anak anak remaja kacak lawa macam aku selalunya sibuk kena rotan dengan dedi halau pergi masjid. Biasa la. benda sekali sebulan, rasa nak pergi sendiri tu memang la ada kan, tapi berat la. kena ada motivator fizikal kata orang. Macam kerbau jugak, tak paksa tak bergerak la jawabnya, nak nak malam first nak puasa tu la keluar segala macam iklan raya, nak lari dari tv tu berat la punggung ye dak? Tapi hari ahad sehari nak puasa haritu Elmo (bukan nama sebenar) baru tamat buat program. sangat sukses. So sebagai cara nak habiskan masa bergembira tanda kejayaan Elmo hasut kawan kawan persatuan kutu rayau nya tu merayap. Belum apa apa, habis je program terus lesap dua kereta pergi karoke dekat perda. Elmo naik satu kereta dengan Fatina dengan Wani (dua dua bukan nama sebenar), lagi satu kereta sarat dengan Sung, Zawani, Teacar dan Zizie (Ya semua pun bukan nama sebenar). Disebabkan Elmo kanak kanak tipikal comel umur 21 tahun yang tak reti bawa kereta manual dan takde lesen, maka selamber la Elmo pass kereta dekat Wani. Dia ni dulu pelumba kereta zaman zaman muda dulu. sejak tua ni baru stop. sakit punggung katanya duduk dalam kereta lama lama. tapi skill memandu tak ubah macam pelesit. dasar drift racer sejati memang tak boleh lari dari berlumba. Agak jatuh saham disitu tapi tak kisah la kerana dalam kepala Elmo Ahad hari berjimba bukan hari jual saham. Lagipun dengan persatuan kutu rayau tu saham mana naik sangat.

Dari Kampus uitm tempat remaja remaja tu belajar mereka memecut ke bandar perda mencari tempat karoke. Pada mulanya si Wani nekad nak masuk pub. Dia memang suka masuk pub sebelah kedai karoke tu. katanya bergelek head banging dekat pub lagi stim dari karoke. Tipikal betul. Nampak sangat ayat budak tak pernah pergi gig. Siap nak pancing si sung masuk pub sekali lagi tu. tak sweet pulak. Zizie yang ada dekat situ tengok saja dengan mata kecil. Jelas nampak perasaan terguris kerana wani takde nak mengajak dia sekali. Kesian betul budak terbiar macam tu. So di pendekkan cerita lepas dua kereta mahal mercedes dengan lancer tu sampai, maka mereka pun mula la memekak. Dua jam mereka book dengan abang kaunter. Si Fatina dengan Zawani jenis pantang nampak lelaki kurus terus nak mengayat. sempat lagi kenyit kenyit mata comel. Elmo dari jauh tengok je, terasa dengan Zawani. Elmo sedar dia tough macam Hugh Jackman sebab tu Zawani takde selera tengok Elmo. Elmo nekad nak kuruskan badan demi Zawani tapi bila difikir balik, ahh tak dapat Zawani , Fatina kan ada. Jantan perasan macam Elmo ni mesti susah dapat jodoh. Kesian kesian.Di sambung cerita, remaja remaja ni masuk la bilik 1. bilik VIP lagi haa. Berebut rebut cari lagu. Segala lagu mereka nyanyi. dari lagu dangdut Mas Idayu sampai la lagu nasyid. Konon nak tunjuk insaf la. tapi bila nyanyi lagu nasyid tu suara Sung paling sedap. Stok sekolah agama selalu mengaji bila nyanyi nasyid memang la sedap. Elmo monopoli lagu Uptown Girl. Suara sebijik macam budak budak Westlife. Kalau westlife lima orang, Elmo seorang pun dan boleh gegarkan California tu. Si Zizie kecoh nak menyanyi banyak lagu tapi suara tak sedap. semua lagu nyanyi separuh terus kena next. kesian betul dia. Fatina ,Zawani, Wani semua nyanyi lagu sedih sedih. Biasa la perempuan, takkan boleh lari dari nyanyi lagu lagu cam tu. Semua feel semacam. Nak detect yang mana putus cinta pun tak boleh, suara, gaya muka semua sepesen bila nyanyi lagu. Tapi penyanyi terbaik persatuan kutu rayau tu si Teacer. Gadis ni kalau menyanyi semua lagu boleh. Kemahiran utama dia nyanyi lagu dangdut. Siapa gelek gelek lagi. Patut la Aizat (Nama sebenar) semangat kata "Ya" bila Elmo puji Teacher hot, beautiful dan seksi. Tapi kesian cinta teacer pada Aizat tak terbalas. Katanya Aizat dia tak suka gadis suara sedap dari dia. Dia nak gadis gadis yang suara tak sedap. Apa punya citarasa pun aku tak tahu dia tu. Malas nak panjangkan cerita, lepas dua jam nyanyi mereka blah dari sana.

Keluar dari pusat karoke tu tak bermaksud hari dah tamat. Remaja remaja 1 Malaysia tu terus memecut kereta ke Jeti. mahu ke pulau katanya. Mereka berpakat menaiki feri baru boleh rasa angin. Disebabkan Wani otai drift, kereta dipandu Wani sampai dulu. Kereta Zizie singgah Setesen Bas. Beli tiket raya katanya. Mengada betul, puasa pun belum. Masa membayar harga tiket Feri, Fatina seperti biasa sempat minta number telefon dari abang gatal dekat kaunter. Respon baik punya tapi lepas abang tu buka mulut, Wani terus memecut laju masuk platform. Mana tahan, bau abang tu macam petai. Baru lepas makan la tu. Tak tahan tak tahan. Feri sampai awal, Zizie lambat lagi. Memang tak la tiga remaja otai ni nak tunggu. terus pecut masuk feri dengan laju. Siap bergambar dalam feri lagi. Ewah ewah. lima belas minit perjalan feri mereka sampai. Perjalanan feri kali ni bosan. Kalau dulu ada jugak nampak ikan ikan dolfin melompat sana sini macam takde kerja nak buat. Kalau dulu ada jugak Ikan ikan duyung separuh bogel kenyit kenyit mata buat flying kiss dekat Elmo. Kalau dulu ada jugak pokemon pokemon comel berenang sebelah feri. tapi kini satu pun tak ada. dunia dunia, semua benda nak pupus. Manusia tunggu masa je nak pupus. Tapi insyallah lambat lagi. Amin. Sampai jeti mereka merayap pergi Masjid India. Jantan berdarah India macam Elmo ni pantang nampak Laddu. Kegemaran seisi keluarga katanya. Maka bersesat sesat la dua gadis, satu teruna ni cari kedai Laddu. Bila jumpa, terus shot pergi Bukit Bendera. tapi di jadikan cerita Sesat lagi sampai dua kali pusing Queensbay. Salah siapa? Ni semua salah Wani sebab laju sangat pecut. Kemahiran tunjuk jalan Elmo memang tak boleh nafi sempurna.Biasa la dulu masa sekolah Pengerusi kelab Pandu Puteri. Ilmu tunjuk jalan baca kompas ni semua lekat dalam kepala la senang cakap. Tapi Elmo ni bagus, tak riak. So dia tunjuk jalan pun bisik bisik je. Bila di kombinasikan dengan drift racer terulung Shah Alam memang jadi sakai la. Susah kalau Wani ni tak reti bawak perlahan. bahana betul. Fatina macam biasa dari awal sampai akhir kerja nak melambai dekat uncle uncle, abang abang kereta sebelah je. Kadang kadang dia kentut dalam kereta lepas tu tuduh orang. Lawa betul perangai. Lepas sesat Lepas Zizie mencarut mengamuk sampai jugak budak budak ni ke Bukit Bendera. Nasib baik sempat naik tren. Sampai puncak first thing first, remaja remaja berbudi pekerti ni terus pergi solat. Amin. Dijadikan cerita si Fatina boleh pulak buang Telifon bimbit dia dalam jamban. Katanya kreadit habis, so dah tak boleh pakai. Biasa la anak Tan Sri Yaacob. Susah betul kalau kaya ni. Lepas solat mereka merayap atas bukit. Cubaan membunuh Zizie beberapa kali dengan cara membuang Zizie dari puncak bukit tu gagal berpuluh kali. Berat sangat. Enam orang tak larat lagi nak angkat. Ntah apa dia makan ntah. Ayam makan dedak pun takde nak berat macam tu rasanya. Tren last pukul 9 malam tapi sebelum pukul 9 malam mereka dah turun. Letih angkat Zizie rasanya.

Lepas lepak atas bukit macam budak budak urban pergi New Zealand, mereka pergi makan dekat Hummerbay. Untung dapat abang senior kuat makan macam Zizie , seekor ikan dia sponsor. Untung lagi dapat senior baik hati macam Elmo, tiga pinggan Kerang dia sumbat mulut adik adik junior tu nak bagi diam. Tapi nak diam memang tak la. Zawani dengan Teacer bila bab makan dia laju sikit. Mulut diam tapi tangan gerak. Memang gadis gadis ayu betul la. Si Wani pulak kerja makan jee. Si Fatina tu lagi la. Tak sempat baca doa dah habis dua pinggan dia sebat. Lapar sangat dah gaya tu. Si Sung masa makan dia diam je. Stok takut kena bahan dengan senior. Sepatah dia bukak mulut, terus enam senior bahan. Apa punya perangai senior ni. Haram jadah betul. Elmo masa makan dia duduk ayu je. bersimpoh macam gadis gadis. Gosok gosok hidung sorok sorok sikit baru makan. Tapi walau sorok sorok pun si Wani dengan Fatina nampak je bila si Elmo ni gosok hidung. Obses betul dua gadis ni dekat Elmo punya hidung. Turn on lettew. kehkehkeh. Bila siap makan, masa membayar la pedihnya.Juniors semua laju lari tunggu dekat kereta. sekali toleh ada, dua kali toleh semua lesap. Senior pulak bila tengok bil main kau bayar la, kau la bayar, takpe kau la bayar. tak kena masa betul nak main game "Whos paying" tu. Bila kakak bibir merah belakang Elmo kenyit mata apa lagi Elmo laju la, "Er,kak boleh pakai kredit kad tak" .Pergh bergayanya. Lepas bayar, Kakak bibir merah dah keluar kan Hp dah tanda bagi hint suruh bagi number Hp tapi belum apa apa suami dia datang, tenung tenung jeling jeling, apa lagi tak cukup tanah Elmo lari.

Lepas perut semua dah kedepan. Team Wani pecut ke Bukit Jambul nak jemput Sepet katanya. Team Zizie terus blah sebab nak beli tiket lagi. Pusing pusing sekali lagi Elmo tunjuk kemahiran tunjuk jalan pandu puteri dia dulu, sikit pun tak sesat. Pusing punya pusing sampai la rumah Sepet. Ngam ngam depan rumah Sepet, kereta berasap. tapi tiga remaja ni buat lekkk je. Konon otai la. Sekali air habis. Panas lagi tu. Semua dah cuak. Tapi sebab dah malas tulis gua pendek kan lagi cerita, Abang Sepet tolong repair kereta sementara Elmo sibuk berflirting dengan Kakak si Sepet. Amboi mulai harini kena la baik baik dengan Sepet gayanya. Wani dari tadi asyik usha hidung Abang si Sepet. Ntah apa kena dengan Wani dan Hidung. Fetish la tu. So kereta pun dah elok. lalu mereka pun balik.

Tak habis lagi. Sikit je lagi, Sampai seberang hantar kereta. lepas tu Zizie hantar masuk UiTM. Dah masuk UiTM terbuat dosa tipu pengawal lagi. Ayat kemain twist lagi. Fatina kenyit kenyit mata sikit terus pengawal semua cari. tapi lepas tu semua laju lari takut pengawal mintak number. Katanya Fatina tak selera la lepak dengan pengawal. Tak upp la macam tu. Biasa la budak Johor, nak lepak dengan artis je. Memang layak kena sebat si Fatina ni.

Tamat la cerita dia.

Monday, June 27, 2011

Cerita aku.

Hi, lama tak update entri entri merosakkan kepala dekat sini. Lama sangat dah rasa nya. So sorry la. Bukan apa, aku kan manusia yang secara tipikal nya lemah, so macam biasa la kena la melarikan diri dari masalah dulu. bila dah kena tangkap oleh masalah masalah baru setel kan masalah tu. So sibuk sangat bergaduh dengan masalah, emosi tak emosi, fizikal tak fizikal. semua semua masalah la. Now semua dah okey la. Even ada sesat satu dua yang jenis degil tu, selamber ah gua layan. So jumpa nanti. babai

Wednesday, May 4, 2011

Terima Kasih Tuhan

“The lower cost of a single tube sheet is offset by the additional cost incurred for the tube bending and larger shell diameter which is due to the minimum U-bend radius. So this make the cost of U-tube is actually comparable to the fixed tube sheet. Okey class, take home quiz, I expect to see a page of report on what we learn about U-tube heat exchanger today on my desk tomorrow. Class dismisses.”, Haris menamatkan kelas hari itu dengan satu senyuman manis kepada pelajar pelajarnya.

Haris, 36 tahun, kini seorang pensyarah fakulti Kejuruteraan kimia, di UiTM cawangan Pulau Pinang.Duda tanpa anak.Masih kacak bergaya.Dan komited dengan kerja. Haris pada asalnya seorang engineer dengan syarikat besar Schlumberger tetapi dia hanya kekal disitu selama 5 tahun sahaja kerana dia berasa kosong jauh di dalam hatinya. Kemudian baru lah dia beralih kepada kerja sebagai seorang pensyarah di UiTM.Pada asalnya dia hanya ingat mencuba bekerja sebagai pendidik namun dia kemudiannya jatuh cinta dengan kerjaya ini.Kerjaya sebagai pendidik adalah segalanya padanya sekarang.Kerjaya ini mengingatkannya pada zaman remajanya dulu. Pahit manis zaman remajanya dulu dirasa kembali. Disebabkan dia tiada anak kerana isterinya meninggal dalam kemalangan lapan tahun dahulu, dia berasa bahagia apabila dapat membantu dan melihat senyuman pada pelajar pelajarnya.Padanya kehadiran mereka memberi makna dalam hidupnya. Haris hidup sebatang kara. Isteri meninggal, anak tiada, ibubapa juga sudah meninggal dan disebabkan dia anak tunggal, Haris tiada siapa siapa lagi di dunia.Tapi haris kuatkan semangat untuk hidup kerana padanya hidup memang bermakna.Haris ada berfikiran untuk berkahwin lagi tapi bukan sekarang.Entah kenapa dia rasa masih belum bersedia walau isterinya sudah lama meninggal dunia.Entah macamana dia melayan kesangapan dirinya.Eh lucah sangat ayat.

Hari ini, pelajar baru semester satu akan mula mendaftarkan diri di UiTM. Haris ditugaskan sebagai penasihat pelajar semester satu pada semester ini.Dia juga akan mengajar pelajar semester satu subjek Physic for Enginering.subjek susah sangat tu. Haris siap mencetak notis perjumpaan pelajar pelajar baru dengan penasihat akademik mereka.Notis itu ditampal pada papan kenyataan berhadapan dengan fakulti.Jujurnya dia agak teruja untuk mewarisi ilmunya kepada pelajar pelajar baru.Mengada betul keterujaan dia tu, haih.

Tepat pukul 5 petang, dia ke BKM3.4 untuk perjumpaan pertama pelajar baru dengan penasihat akademik.Dia membuka pintu dan dihadapannya 30 pelajar baru yang ditanggungjawabkan padanya. Dia akan menjadi penasihat akademik 30 orang pelajar itu selama enam semester, sehingga mereka tamat belajar.

“Assalamualaikum semua, saya Faizal Haris Bin Azaman.Awak boleh panggil saya En.Haris dan saya adalah penasihat akademik awak semua okey. And since we are going to be together for the next three years,Im expecting us to be friends, is that okey guys.”, Haris memulakan bicara. Heh,bodek student la tu.

“Yessss” semua menjawab. Ada yang gatal menjawab “ Yeahh” gaya teruja lebih tapi minority la.

“Great. Saya tak makan orang so if ada sebarang masalah, or pertanyaan tolong jangan segan segan datang jumpa saya. Jangan risau , saya pun dulu pelajar so saya faham semua masalah pelajar.” Tudiaa.Gempak kemain ayat haa.

Selepas selesai ice breaking, dia menerangkan segalanya pada pelajar pelajarnya. Pelan pengajian di terangkan satu persatu.Peraturan makmal kimia semester satu juga diterangkan.Borang borang yang perlu di isi diagihkan kepada semua pelajar.Hampir satu jam, segala nya tamat.

“Okey semua, isi borang borang tu semua dan nanti submit to me before next week okey. And untuk subjek CHE175, Physic for engineering, saya yang akan ajar kamu. Kelas kita akan bermula pada hari rabu dan buku text boleh dibeli dari saya pada harga Rm70. Saya jumpa kamu semua hari rabu okey. Terima kasih”.,jelas Haris sebelum keluar dari bilik perjumpaan itu. Hari bergerak ke fakulti untuk menyimpan barang barangnya.Dari belakang, haris ditegur seorang gadis cilik.

“En.Haris, saya Hani. Err, saya nak beli buku text boleh?”

“Eh boleh boleh.Jom ikut saya ke fakulti.”

Dari belakang, hani mengikut Haris ke biliknya.Haris mengambil buku dibawah mejanya dan menghulurkannya kepada Hani.Hani membayar jumlah yang sepatutnya pada Haris.Hani senyum dan berlalu.Ekspresi pertama Hani padanya ialah hani seorang yang rajin. Tapi jauh disudut Haninya, dia dapat merasakan sesuatu yang lain. Aura hani memberi impact padanya. Tapi kenapa , dia tidak tahu.

Kelas berlangsung seperti biasa.Seingat haris sudah hampir tujuh minggu dia mengajar subjek fizik kepada pelajar pelajarnya. Jujurnya subjek itu memang susah dan dia mengalu alu kan kehadiran pelajar yang memerlukan bantuan konsultansi untuk subjeknya. Ramai yang datang berjumpanya untuk bertanyakan soalan.Dan salah seorang daripadanya adalah Hani.Hani seorang pelajar yang baik tapi agak perlahan dalam subjek kira kira. Tapi untuk subjek lain dia agak cemerlang.Dia agak rapat dengan Hani kerana Hani selalu dapat padanya tiap kali dia perlukan nasihat.Dan jelas Haris senang dengan kepercayaan Hani padanya.Dia perasan Hani selalu memerhatikannya dia dalam kelas.Padanya itu normal, tapi kadang kadang pandangan Hani buat dia merasa sebak.Entah kenapa, dia dapat merasakan harapan dalam pandangan remaja kecil itu.

Sejak bermulanya semester baru, Haris berhadapan dengan satu masalah lagi.Dia sering merasakan dirinya diperhatikan.Setiap masa, dia rasa seperti diperhatikan.Tapi bila menoleh, tiada siapa pun yang seperti memerhatikannya.Fikirannya buntu pada asalnya tapi kemudian dia berpendapat semua itu hanya lah sekadar permainan perasaannya saja.

Hubungannya dengan pelajar pelajar baru ibarat adik beradik.dia senang melayan mereka dalam semua isu. Namun lain ceritanya dengan Hani. Padanya Hani ibarat anaknya.Perasaan kebapaannya pada hadi sangat dominan dan entah kenapa dia berasa begitu.dia buntu.Tapi segala persoalannya terjawab pada 9 September.Pada harijadinya. Seperti hari jadinya yang lain, haris akan menghabiskan masanya untuk dirinya. Dia membeli belah, menonton wayang dan memanja kan dirinya dengan makanan makanan sedap. Ketika dia senang makan di secret recipe Jusco, dia menerima satu sms dari Hani.

“Err En Haris kat mana. Sorry sir, tapi saya sangat sangat perlu jumpa En sekarang”

Haris hairan, dia cuba menalifon tapi baru dia teringat yang dia tidak tambah nilai talifonnya lagi. Disebabkan itu, dia membalas mesej Hani.

“Saya dekat Secret Recipe Jusco.Kenapa ni?” mesej Haris berbau kerisauan.

“Okey, nanti saya sampai”.

Haris hairan dan risau tentang apa yang terjadi. Dalam kepalanya jujur memikirkan apa mungkin Hani jatuh cinta padanya. Haris professional.Hubungan antara pelajar dengan pensyarah adalah suatu perkara yang serius padanya. Dia nekad, jikalau Hani meluahkan perasaan, dia akan menolaknya dengan cara baik.

“Assalamualaikum” Hani tiba.

“Waalaikumusalam. Hah kenapa ni Hani”

“Saya tak tahu macam mana nak cakap tapi mula mula, ni hadiah harijadi dari saya”

“Thanks Hani. Please have a seat.”

“Thank you sir.Actually saya nak bagitau sir something tapi saya tak tahu macam mana.”

“just say it Hani. Tapi untuk memudahkan awak, saya terang terang katakan yang if awak nak bercakap pasal cinta, saya mintak maaf hani. Saya memang tak boleh terima.”

Hani tergamam.boleh tahan perasan juga En.Haris ni kata hatinya.

“Eh no sir.No.Actually, im sorry sir.But im your daughter.”

Haris tergelak.

“ You gotta be kidding me. I have no memory of having a daughter at your age. Jangan main main Hani.”

“Yes sir. Mak saya Anis Shahirah, kawan sekolah sir dulu.Ni ada surat dari dia.”Hani mengalirkan air mata.

Haris membaca surat tersebut. Dia terkejut.Haris sebak.Air matanya mengalir laju.Ya, walaupun kisahnya dengan Anis bertahun tahun dahulu.tapi cintanya pada anis tidak pernah kurang.Tulisan anis masih dia ingat.Segalanya kembali pada ingatan Haris.Haris dan Anis adalah pasangan kekasih zaman sekolah.Mereka berhasrat untuk berkahwin.Dan entah macam mana nafsu mengaburi diri, mereka terlanjur.Kebetulan , sebulan selepas itu Haris ditawarkan untuk belajar di luar Negara, pembiayaan penuh oleh Mara selama enam tahun. Walaupun berat hati namun untuk masa depan Haris terima tawaran tersebut, selepas Anis berjanji untuk menunggunya. Namum begitu selepas dia terbang ke luar Negara, baru la Anis sedar yang dia mengandungkan anak Haris.Dia tahu cita cita haris adalah untuk menjadi jurutera dan dia jujurnya tidak mahu merosakkan masa depan haris. Oleh itu, dia berkahwin dengan sepupunya sendiri untuk menutup aib keluarga. Sepupunya tahu tentang hal itu dan dia rela menjadi kambing hitam dalam drama ini hanya kerana nama keluarga. Haris ada cuba menghubungi Anis melalui surat namun satu pun tiada berbalas. Hati Haris hancur. Selepas enam tahun, Haris pulang ke tanah air dan cuba mencari Anis. Malangnya , dia mendapat perkhabaran dari teman teman lamanya bahawa Anis sudah berkahwin dengan sepupunya sendiri dan sudah mempunyai anak. Hati Haris hancur luluh.Haris lari berkerja di Kuala Lumpur, dan memulakan hidup baru.Sesungguhnya Haris tidak mengetahui yang Anis mengandungkan anaknya.

“Bila? Bagaimana Hani tahu”

“ Semasa tingkatan empat, mama sakit. Kanser.Dan sebelum meninggal mama ceritakan segalanya pada Hani.Hani anak luar nikah.Sumpah Hani sebak.Hani tak percaya.Tapi hakikat itu pedih.Hani kena terima. Mama bagitau nama papa. Dan Hani cuba cari di facebook. Dari gambar yang Mama bagi, Hani jumpa papa. Tapi Hani masih sekolah. Hani tahu masalah akan timbul. So, Hani belajar rajin rajin, apply chemical engineering di penang semata mata nak approach papa. Hani tak kisah kalau papa tak terima Hani. Tapi Hani just nak tahu, kalau papa tahu Mama mengandung, Papa akan tinggalkan Mama ke.?”

“Tak Hani. Maafkan Papa Hani.Maafkan Papa”.

Perjumpaan anak-ayah yang sedih.Haris tidak pernah menjangkakan takdirnya begini.Namun begitu, Hani tetap anak nya.Dan cintanya pada Anis masih kekal.Dia menerima Hani sebagai anaknya. Biarpun Hani anak luar nikahnya, padanya Hani tetap darah dagingnya, satu satunya insan yang dia ada di muka bumi kini selepas bertahun tahun hidup sebatang kara.Kuasa tuhan, kini baru dia tahu kenapa tuhan beri dia kekuatan untuk meneruskan hidup selepas kematian semua orang yang dia sayangi. Rupanya, dia ditakdirkan berjumpa anaknya dan menebus segala kesilapannya yang dulu.

Dalam sebak, Haris memeluk Hani dan membisik kan rasa syukurnya.


"terima Kasih tuhan, terima kasih".


Selamt Tinggal Mama

“Kalau Lela jadi bunga, abang jadi apa?” soal Lela pada Adi.

“Kalau Lela jadi bunga, abang jadi matahari la sebab bunga mana boleh hidup tanpa matahari kan?” balas Adi.Lela getap bibir sebab padanya jawapan adi suwit sangat.Tapi dia tak puas hati lagi.

“Kalau Lela jadi pokok?”

“Abang jadi la tanah.Mana ada pokok hidup takde tanah.”

“okey okey, kalau lela jadi kaktus?”

“Dah sah sah abang jadi duri.Kaktus takde duri takdenya nama dia kaktus”.

Tipikal punya pasangan bercinta, ayat semua nak suwit suwit je dekat mulut tapi dalam hati terbalik kaw kaw.Biasa la tu.

Lela pulang ke rumah tepat masa azan maghrib berkumandang. Kalau ikutkan gadis gadis lain yang seumur dengan nya, kalau balik masa maghrib dah sah sah kena libas dengan tali pinggang, tapi Lela chill je. Siap boleh naik tangga nyanyi lagu doraemon lagi. Gembira betul la tu. Mementang baru lepas dating.Seperti biasa, kedua ibu bapa Lela tiada dirumah.Kerjaya ayahnya sebagai seorang peguam nyata membuatnya tidak lekat dirumah.Kalau tak di ofis, mesti dia lepak di kelab malam.Lela kenal sangat ayahnya.Pernah suatu ketika dulu, Lela bertembung dengan ayahnya tengah dating dengan perempuan simpanannya di pusat membeli belah semasa dia keluar untuk menonton wayang.Tapi Lela diamkan saja.Ibu Lela seorang usahawan.Dia mempunyai sebuah spa mewah di Bandar berdekatan.Lahir dalam keluarga mewah dan selaku satu satunya anak tunggal keluarganya, dia dapat segala yang dia minta.Tapi tidak kasih sayang.Jujurnya walaupun mempunyai kawan yang ramai, jauh didalam hatinya, Lela berasa kosong.Lela kesunyian.Dan hanya kerana itu, Lela agak liar sedikit.

Disekolah Lela merupakan pelajar pintar.Tahun ini Lela dalam tingkatan empat.Keputusan PMR nya tahun lepas sangat memuaskan.Lela mendapat 8A dan ditawarkan ke sekolah berasrama penuh di luar bandar tapi tawaran itu ditolak atas dasar malas nak kemas barang.Okey sumpah alasan tak logic. Memang mintak penampar si Lela ni. Merangkap pelajar kelas sains biologi, Lela juga seorang yang aktif dalam kelab buli.Dia antara ahli berjawatan tinggi dalam kelab buli. Bukan senang nak masuk kelab tu. Syarat dia kena hot, dan ganas.Lela memang cukup semua syarat tu tapi tu la, disebabkan Lisa cantik sikit je dari Lela, Lisa ditabal jadi ketua.Lela pula penolong. Antara aktiviti aktiviti kelab buli ialah men’sound’ junior junior yang kerek dengan mereka, membelasah gadis gadis lain yang gatal bermanja dengan kekasih mereka dan sebagainya. Namun aktiviti mingguan yang wajib mereka ada ialah, acara masuk bilik kaunseling beramai ramai, kena bebel dekat pengetua beramai ramai dan acara kena rotan secara berseorangan dan berkumpulan. Sangat aktif.

Di sekolah juga, Lela berkenalan dengan Adi.Adi pelajar tingkatan 5 Sains biologi jugak.Ketua pelajar siap.Pergi sekolah baju nak biru je, siap iron harihari lagi. Hobi pulak tulis nama budak datang lambat lepas tu report dekat Cikgu Meon. Kamcing betul dia dengan Cikgu Meon tu. Asalnya Lela dengan Adi musuh ketat la jugak.Iya la, mana mungkin Ketua pelajar in love dengan penolong ketua samseng perempuan.Tapi ada suatu ketika dulu, Lela nyaris lemas. Adi yang selamatkan dia. Lagi pun Adi nama je ketua pelajar, tapi bad boy jugak. Mat rempit sejati tu. Bawak motor nak satu tayar je. Mana Lela tak terpikat. Hidup Lela.Keluarga Lela. Kawan kawan Lela.Semua buat Lela tertekan.Adi la satu satunya tempat Lela berpegang. Walaupun Adi mat rempit tapi setakat ini Adi la lelaki terbaik Lela pernah ada. Segala Lela buat, Adi sokong seratus peratus.Sakit demam Lela, Adi tolong risaukan.Makan minum Lela Adi tolong kecohkan.Lela percaya pada Adi seratus peratus.Dia sayang sangat pada Adi dan pada nya Adi juga berperasaan begitu padanya.Cinta mereka kononnya suci la. Pada Lela, Adi la segalanya.

Segala masalah Lela, dicurahkan pada Adi. Nasihat dan pendapat Adi, padanya lebih bermakna dari nasihat pakar terapi dan guru kaunselornya. Ntah apa apa punya perangai ntah Lela ni. Sia sia bayar upah pakar terapi tapi tak dengar sepatah pun. Tau la kaya sangat sangat,heh.

Suatu hari, Lela keluar ke parti speedzone dekat MOIS penang yang sederet dengan kelab kelab malam lain. Betul umur Lela tak melayakkan nya masuk ke parti tu, tapi standed la Malaysia, hulur duit , hulur number talifon, flash flash sikit, terus boleh masuk. Normal sangat semua tu. Dijadikan cerita, Lela pulang lambat.Dan sangkaan Lela yang kedua ibubapanya sudah tidur meleset.Sebaik saja Lela buka pintu, kedua ibu bapanya berdiri dengan muka lapar merenung nya.Agak bengis sedikit.Darah Lela berderau.Lela mula cuak.Tanpa sebarang mukaddimah, bapanya mula membebel. Dah nama parent, beberapa perkara yang tak sepatutnya diungkit. Lela bengang.Dia mula mempertahankan dirinya.

“Ah apa hak Papa nak cakap macam tu dekat Lela. Selama ni ada tak Papa bersama dengan Lela. Bila Lela sedih, bila Lela kesunyian, mana Papa?Mana Mama. Sekali pun Papa dengan Mama tak cuba faham Lela. Mak Limah je yang bersama Lela dari Lela kecik sampai sekarang. Lela rasa macam takde parent.but now, papa mama nak pakai kuasa mutlak papa mama kacau hidup Lela yang Lela bina sendiri selama ni. Papa rasa papa layak ke?” bentak Lela kuat.

“Lela tolong jangan kurang hajar sangat dengan papa. Apa Lela ingat Papa kehulu kehilir, fly sana, fly sini cari duit untuk sapa?untuk apa? Untuk Lela. Untuk kesenangan Lela jugak.Untuk Keluarga kita jugak.Apa Lela nak semua kami bagi.Apa lagi tak cukup Lela? Apa lagi?”

“Hahaha, Papa ingat Lela kisah sangat ke kemewahan papa bagi tu. Lela nak kasih sayang Pa, Lela perlukan kasih sayang.Betina sundal yang papa selalu angkut kesana kemari, kokek suka hati tu boleh pula papa bagi kasih sayang.Tapi Lela tak boleh pula.”

“Lela!”. Satu jeritan kuat dari papa lela berserta satu penampar laju hinggap di pipi Lela. Lela terjatuh. Mama lajumembela Lela. Jujurnya Mama tidak pernah tahu mengenai hubungan papa diluar. Mama turut terkejut. Dan selepas Lela di tampar, episode baru pertengkaran keluarga Lela bermula.Lela lari masuk bilik.Pintunya di kunci. Dari atas Lela dengar papa mama bertengkar pasal betina sundal tu. Lela bengang.Dia menyambar kunci kereta, telifon bimbit dan dompetnya dan laju keluar dari rumah. Mama cuba menahan tapi Lela degil. Lela memandu kereta laju ke bandar.Dia pusing pusing bandar.Nombor Adi didail.Tiada jawapan. Lela bengang . Dia ke kedai dua puluh empat jam 7-11 dan beberapa botol tiger dibeli. Kemudian Lela check in di satu hotel untuk bermalam. Lela menangis semalam, sendiri.Lela mula mabuk. Telifon Lela berdering, Papa.Mustahil la selepas apa yang terjadi sebentar tadi panggilan Papa atau Mama akan Lela angkat.Mustahil. Sekali lagi talifonnya berbunyi, Adi. Kali ni Lela angkat.

“Kenapa yang”

“I need you. Help me” tangis Lela.

“Eh kenapa ni. You kat mana” soal Adi.

Masih dalam tangisan, Lela menjawab “Pearl View”.

“Okey,nanti I sampai” balas Adi.

Sejam kemudian, Adi sampai. Walaupun Adi mat rempit dan perjalan dari rumahnya ke Hotel Pearl view sebenarnya bukan jauh sangat pun, namun seperti remaja lain yang masih bersekolah, standed la nak keluar tengah tengah malam kena la menyelinap. Kalau tak, tak pepasal dia pulak disebat.Bapak Adi memang panas baran orang nya.

Pintu bilik di bukak.Adi jujurnya tak pernah menjangka untuk melihat Lela mabuk begini. Lela menangis ni pangkuannya dalam keadaan mabuk. Kisah pertengkaran keluarganya di ceritakan pada Adi.Adi berpura pura mendengarnya. Tapi sebenarnya apa yang Adi kisahkan adalah keadaan Lela yang mabuk. Hukum lelaki hidung belang, kalau makanan mengoffer diri jangan ditolak.Sejurus selepas Lela tertidur di pangkuannya, Adi pantas mengambil kesempatan. Kenyang Adi malam tu. Lela tidak kisah kerana jujurnya itu bukan pertama kalinya melakukan perbuatan sebegitu , tetapi ya, ianya kali pertama dengan Adi kerana padanya Adi bukan seorang yang sebegitu. Namun, jangan disangka air yang tenang tiada buaya kata orang tua tua.

Keesokan paginya, Adi memujuk Lela pulang.Lela degil.Adi menelefon ibubapa Lela.Ibu bapa Lela datang dan memujuknya pulang. Mereka meminta maaf dan berjanji akan lebih peka dengan kehendak sebenar Lela. Kini mereka lebih banyak menghabiskan masa dengan Lela.Hidup Lela semakin bermakna kini.Namun begitu untuk Lela dan Adi, perkara sebaliknya berlaku.Selepas malam pertama kononnya, Adi ketagih dambakan Lela.Atas dasar sayang dan cinta, Lela relakan saja.Pada Lela, perkara begini bukannya perkara besar.Padanya ianya perkara biasa biasa saja.Lebih lebih lagi bila ianya bersama insan tersayang.

Beberapa bulan kemudian, haid Lela datang lambat dan Lela kerap mual serta muntah muntah.Selaku pelajar kelas sains major biologi, semestinya Lela belajar mengenai pembiakan. Simptom simptom menandakan seseorang itu mengandung susah lekat di kepala Lela. Lela cuak. Selepas kelas, Lela ke 7-11 dan satu set ‘pregnency Test kit’ dibeli. Dan ya, Lela mengandung.Lela semakin cuak, tetapi jujurnya dalam cuak Lela, ada sinar kegembiraan.Kerana padanya, ini bermakna dia dan Adi dapat disatukan lebih awal.Segala yang dia impi impikan.Dengan penuh gembira, dia menelefon Adi dan ajak berjumpa di tempat biasa.Dengan senyuman, dia memberitahu satu persatu berita gembiranya pada Adi. Padanya Adi pasti sama gembira sepertinya. Tapi langit tidak selalu cerah, lain yang diharap, lain yang jadi. Adi terkejut.

“Ah kau, pandai pandai nak kata anak aku.Ntah jantan mana ntah kau tunggang.Lepas tu nak cakap aku” bentak Adi.

“Sumpah sayang. Anak kita yang.I mana ada curang dengan u. Tolong sayang tolong jangan macam ni.” Rayu Lela.

“Ah diam la betina garik.Kau jangan pandai pandai nak kata anak aku. Aku bunuh kau nanti.” Marah Adi. Sejujurnya Adi tahu itu anaknya tapi mustahil dia akan mengaku. Dia ketua pelajar.Dia pelajar pintar, pelajar harapan sekolah.Menjadi impiannya untuk menyambung pelajaran di institusi pengajian tinggi. Mustahil dia akan musnahkan citacitanya, demi seorang perempuan yang padanya sekadar teman untuk menghabiskan masa. Padanya hubungannya dengan Lela hanyalah sekadar suatu fasa.

Dia merenung Lela dan berkata “Mulai sekarang kita putus. Aku tak nak ada apa apa hubungan lagi dengan betina macam kau dan even if that baby really is mine sekali pun, aku tak nak. Baik kau gugurkan saja budak tu”.Lela meraung kuat.Adi menghidupkan motornya dan berlalu pergi.

Mulai haritu Lela menjadi pemuram.Aktiviti kelab bulinya langsung diabaikan.Sekolah pun jarang sekali pergi.Ibu bapanya bertanya tapi sepatah pun tidak dijawab.Lela buntu.Kandungan nya kini sudah tujuh bulan.Selama tujuh bulan itu juga dia berusaha menyorok saiz perutnya itu. Disekolah dia makan dengan banyak dengan alasan bila dia tiba tiba besar orang akan berkata dia semakin gemuk kerana kecewa selepas berpisah dengan Adi. Selama tujuh bulan itu juga dia cuba untuk menggugurkan kandungan nya tapi dia tidak berani ke klinik kerana yang pasti satu kawasan kenal orang tuanya dan jikalau dengan tiba tiba dia ke klinik untuk mengugurkan kandungan, dia pasti akan ada orang yang sangat suka hati untuk memberitahu ibubapanya. Cubaan memakan nenas juga tidak Berjaya.Entah kenapa pun dia tidak pasti.

Sembilan bulan, hari yang ditunggu telah sampai.Berdekatan rumah Lela ada satu bangsal lama yang tidak diduduki orang.Lela pergi dan melahirkan bayinya disitu.bersendirian.keperitan dan kepedihan di tanggung seorang diri. Selepas sejam lebih berhempas pulas dengan maut, Lela selamat melahirkan bayinya.Lela menatap bayinya dan menangis.

“Maafkan Mama sayang. Mama terpaksa. Mama tak nak kehilangan kasih sayang yang Mama baru peroleh dari datuk, dari nenek.Walau sikit, tapi mama tak rela kehilangannya. Papa jahat.Papa paksa Mama.Maafkan Mama sayang. Maafkan mama” bisik Lela ditelinga bayinya.Bayinya dibalut di dalam kain dan di letakkan di dalam plastic hitam.Perlahan lahan Lela bergerak ke sungai di belakang bangsal tersebut dan dengan mata tertutup, dengan tangisan dia matanya, dia membuang bayi pertamanya.Ya, dia nekad membunuh darah dagingnya sendiri.Darah dagingnya yang pertama.

Lela terduduk dan menangis.Dengan keperitan yang ditangggung, Lela menguatkan diri dan beransur pulang.Lela nekad untuk berubah.Lela nekad.Demi roh bayinya yang pertama.Yang baru dibunuhnya tadi.

Baru saja dilahirkan, belum sempat mata dibuka luas, belum sempat bermanja dengan ibunya, belum sempat berkenalan dengan datuk neneknya, belum sempat merasa kasih sayang, belum sempat berjalan, belum sempat berkatakata, segalanya ditamatkan begitu saja. Hidupku sebagai anak pertama Shafiqah Roslaila binti Mohd Dahlan berlangsung selama hanya dua puluh minit.Tapi aku akur.Aku sedar kelahiranku sebagai anak luar nikahnya adalah hina, tapi aku bersyukur kerana akhirnya ibuku terbuka hatinya, nekad untuk berubah. Jikalau kematian ku membawa sinar keinsafan di dalam kehidupan penuh dosa seorang insan yang aku cintai,aku rela. Semoga tuhan memberkatinya, semoga tuhan berikannya kekuatan untuk hidup, semoga dia berubah kejalan yang lurus, dan semoga roh ku dicucuri rahmat.Selamat tinggal dunia, selamat tingga mama.

Saturday, April 30, 2011

Merepek Level Satu

“ Tiap tiap semester muka sama, masalah sama. Meluat betul saya “.

Lantang kedengaran suara En. Rosli, pengawai Hal Ehwal Pelajar UiTM Pulau Pinang pada hari pendaftaran pelajar lama hari ini. Kamal diam tersengih sengih buat muka comel. Sebagai pelajar semester akhir Fakulti Kejuruteraan Kimia, Kamal memang lali sangat dengan saman saman rambut panjang. Dasar pemalas, nak potong rambut pun malas. Dua minit buat muka comel depan pegawai pegawai HEP, Kamal Berjaya lolos dengan borang registration dalam tangan. Senyuman puas terukir di bibir Kamal. Bukan calang calang orang dapat lolos ambil boring dengan rambut panjang macam tu.

“Entah kenapa budak budak lama nak kena daftar hari sabtu dengan ahad. Macam takde kerja lain nak kena bangun pagi pagi pakai lawa lawa semata mata nak pergi universiti untuk isi borang. Lagi pelik, kampus lain main terus daftar online je, rajin betul UiTMPP ni buat kerja extra.”detik hati Kamal. Mata Kamal melilau kiri kanan. Tajam.

“Pap”

Seseorang menampar bahu Kamal. Kuat. Kamal menoleh laju. Iskandar, Azmi dan Shah tersengih manja.

“Hoi” pekik Kamal kuat. Sumpah dia teruja dapat tengok muka kawan satu fakultinya tu. Konon rindu la tu tapi cuti dua bulan takde pun dia text or call budak budak bertiga tu. Mengada betul.

“Hah, pe cer result haritu” soal Azmi.

“Alah biasa je doh” jawab Kamal.

“Soalan bodoh tau tak. Bodoh. Dah nama Kamal, tipu la tak dekan lagi semester ni” sampuk Iskandar.

“celaka”. Kamal pantang sekali kalau ada mulut gatal puji gaya ejek ejek manja macam tu pasal resultnya. Kamal memang pelajar pintar, walau malas nak jejak kaki masuk kelas tapi tiap tiap semester result dia betul betul gempak jugak. Namun dia segan bila orang tanya pasal keputusan peperiksaan dia semester lepas. Dia segan nak mengaku dia dekan.Nanti kena bahan riak pulak karang. Kawan BFF bertiganya tu mulut memang longkang sikit. Kerja nak membahan orang je.Walau asyik melayan kawan kawan nya, tangan Kamal masih tak berhenti mengisi borang yang dia loloskan tadi. Sesudah isi boring, Kamal ke laman siswa mencari gam untuk tampal gambar kacaknya tu di boring pendaftaran. Sesudah ditampal, Kamal menghantar borang pada meja pendaftaran dan terus ke kolej Kristal untuk pendaftaran kolej, sendirian.

Kamal memang suka menyendiri kebanyakan masa, tapi hakikatnya bila kena gaya, dia seorang yang periang dan banyak cakap sampai kadang kadang boleh bikin hati terbakar. Sampai di Kristal Kamal meneliti satu persatu nama pada dinding kolej. Matanya terhenti pada nama Kamal Azim Bin Ramli. Namanya. Di perhati detail pada namanya. Bilik 8.07 , kolej zamrud. Kamal tersengih. 8.07 , bilik lamanya masa semester satu dulu, masa pertama kali mula belajar di UiTMPP. Bilik yang penuh dengan kenangan zaman juniornya. Tapi kini Kamal terpaksa terima hakikat dia senior. Selepas mendaftar kolej, Kamal terus ke bilik 8.07. Empat katil kosong. Satu sudah siap bercadar. Gayanya teman sebiliknya sudah check in dulu. Kamal laju meletakkan barangnya diatas katil bawah tepi pintu. Kasut di buka.dan Kamal meluru ke tingkap. Kenangan lama bermain di mindanya. Dulu masa semester satu dia tinggal di bilik nya sama, dan setiap kali dia rasa terbeban,atau ada masalah dia akan lepak di tingkap dan menatap langit. Biru langit nyata buat Kamal tenang. Nikmat tuhan.

Sedang asyik Kamal menelaah langit, pintu bilik dibuka. Roomate barunya yang mula mula check in masuk bilik.

“Wassup”, tegur Kamal tersenyum. Kamal hampiri roommate barunya dan hulurkan salam.

“Kamal” katanya.

“Azril” jawab roomatenya.

“Part berapa” soal Kamal. Heh, soalan tipikal senior betul. Jeles terbukti ketipikalan Kamal yang mementingkan standard senioritinya. Haih.

“Part two” jawab Azril. Kamal tersengih puas tanda kemenangan. Psiko betul.

Sekali lagi pintu dibuka, seorang lagi rakan baru berdiri di pintu dengan beg besarnya. Kamal meluru laju menolong mengangkat barang barang masuk ke bilik. Sekali lagi ice breaking bermula. Rakan barunya, Hairi jugak pelajar semester dua, Fakulti kejuruteraan Mekanikal. Selepas berkenalan, masing masing menyimpan barang barang di dalam loker.

Seperti biasa, Kamal biarkan begnya di tepi dan baring di katilnya. Biasa la pemalas. Kamal mengedail number Haziq namun panggilannya tidak diangkat. Kamal tertidur.

Minggu pertama Kamal naik turun fakulti menyusun jadualnya. Satu aktiviti yang paling Kamal menyampah. Terpaksa menunggu line untuk jumpa lecturer dan lagi Kamal malas ialah terpaksa jumpa lecturer. Walaupun Kamal pelajar dekan dan disayangi lecturer namun Kamal agak tidak selesa dengan perhatian yang diberikan padanya. Dia rasa rimas dengan expectations yang di letak diatas kepalanya. Ia membebankan dan dia rasa tidak adil untuk pelajar lain dibezakan layanan. Seperti hipokrit, Kamal tetap terpaksa berlakon seperti dia pelajar paling bahagia dalam dunia semata maa untuk hidup. Biasa la university, pointer atau keputusan terletak ditangan lecturer. Silap langkah, terpaksa extend pulak dia nanti.

Sementara menunggu giliran, Kamal lepak dengan kawankawannya di luar fakulti dan sekilas pandang Kamal seperti nampak gadis pujaannya. Kamal mengecilbesarkan anak matanya. Mata Kamal hebat sangat, macam teleskop. Dan Ya, memang gadis pujaannya. Kamal penyegan. Dia memang segan bila bercakap dengan perempuan. Dan sebab itu dia sampai sekarang belum pernah menegur gadis pujaannya itu. Lisa namanya. Lagi lawa dari Lisa Surihani rupanya. Mereka sekelas dari semester satu sampai semester enam, namun sekali pun belum pernah dia tegur. Kamal ada mengintai facebook Lisa, seperti seorang stalker berjaya.namun tiap kali Kamal berhasrat untuk meng-add Lisa, jarinya kaku. Penyegan betul hah. Kamal memerhati dari jauh. Lisa lalu sebelahnya dan senyum padanya. Kamal hampir pengsan. Hari paling bahagia untuk Kamal.

Hari hari kuliah berlalu seperti biasa. Kelas agak pack. Untuk Kamal jadualnya semakin sibuk berbanding semester sebelumnya kerana dia mengambil subjek project. Projek akhir tahunnya agak susah sikit. Namun Kamal akur kerana supervisornya seperti sangat bersemangat untuk mengajarnya. Seperti biasa hidup Kamal berlalu seperti suatu cycle. Pusingan tanpa henti.

Kamal bangkit awal harini. Petang nanti ada test Basic Analysis. Subjek yang cukup Kamal minat. Agak senang tapi banyak perlu dibaca. Kamal buka laptop acernya dan button On ditekan. Sementara menunggu loading, Kamal sempat mengacau Hairi yang tengah sedap tidur.

“Boleh tahan jugak celaka ni tidur”, kata Kamal pada Azril yang sedang asyik menonton Maharaja Lawak. Azril merenung Hairi lama dan mengenyit mata pada Kamal. Kamal tersengih faham. Diambil Pen marker hitam dan dilukis Misai pada muka Hairi. Menggunakan kamera handphone, Kamal mengambil gambar Hairi dan terus di upload dalam facebook. Mereka tertawa tak sabar menantikan respon Hairi. Celaka betul perangai buat dajal kawan.

Kamal terpandang friend request pada facebooknya. Lisa. Kamal tergamam. Rajin betul minah ni add aku, kata kamal dalam hati. Jujurnya kamal masih teragak agak untuk mengapprove. Namun Kamal gagahkan jari menekan approve.

Mula nya persahabatan mereka di facebook. Hanya facebook, dikelas mereka masih diam tersengih sengih macam ayam berak kapor. Dari facebook mereka beralih ke medium telefon mudah alih. Memudahkan bila kedua mereka mengunakan blackberry. So siang malam asyik bbm. Jimat kreadit. Lama kelamaan mereka mula bertegur sapa, bergurau senda didalam kelas. Sebulan berkenalan, Kamal nekad untuk mengilfriendkan Lisa. Kamal mengajukan soalan tersebut pada Lisa dan jawapan Ya diterima. Hari bahagia. Jujurnya Kamal tak pernah menyangka yang dia dapat bersama dengan Lisa. Seminggu berhubungan, Lisa mula menunjukkan taring. Lisa mula jadi quen control. Segala pergerakan Kamal, perbelanjaan Kamal semua dia nak tahu. Heh, tipikal cerita cinta remaja unversiti betul. Drama habis.

Lisa seorang gadis yang manis, cantik dan agak gedik. Dia sangat high maintainance. Mungkin kerana lahir dari keluarga kaya, dia biasa dimanja. Lisa tahu Kamal juga dari keluarga berada. Dah la berada, duit biasiswa JPA pun dapat. Kaya sangat kamal ni. Lisa mula meminta yang bukan bukan, setiap kali dating mesti nak shopping. Baju nak mahal je. Duit kamal jugak terbang. Namum Kamal relakan saja. Dah nama saying. Kamal ikut setiap kata Lisa. Beberapa minggu kemudian Lisa mula menjauhkan diri dari Kamal. Ada ura ura dari kawan kawan Kamal yang Lisa curang dengan Junior part five fakulti civil. Saif namanya. Kamal kenal budak tu. Satu batch masa dekat sekolah St.John dulu. Anak Tan Sri bawak Mercedes lagi tu. Muka pun ada iras iras nick Jonas sikit. Kamal mula syak.namun prasangka nya di sorok dalam dalam. Rasa saying yang membukit buat Kamal jadi bodoh. Gossip pasal Saif dengan Lisa semakin bebas di mulut mulut pemakan daging umat sendiri. Kamal diamkan saja kerana bila ditanya, Lisa kata Kawan baik. Kamal akur. Sehingga la suatu hari Kamal keluar wayang dengan Haziq. Berdua. Mereka menonton cerita Red Riding Hood. Cerita genre seram dan cinta. Disebabkan seat penuh.mereka setuju untuk ambik seat couple. Memang gaya homoseksual betul. Namun Kamal peduli apa. Sedang wayang ditayangkan, satu pasangan dihadapan Kamal mula gatal nak mesra mesra bagai. Tak pernah dengar nama “bilik tidur” atau “hotel” mungkin. Haziq suka dapat tengok dua show dalam sehari. Kamal cuba mempedulikan aksi panas pasangan tersebut dan focus dengan wayang.

Habis wayang, lampu dibuka. Kamal laju meluru keluar. Dari tadi dia tahan kencing. Dan dia dilanggar pasangan burung merpati tadi. Kamal tersentak. Lisa. Kamal terdiam. Haziq laju menarik Kamal keluar bagi mengelakkan aksi aksi tangkap leleh depan orang ramai. Haziq tahu kawan baiknya tu memang sensitive sikit orangnya. Lepass ketandas mereka terus pulang. Dalam perjalanan Kamal diam seribu bahasa. Lagu “The world is Black” nyanyinya kumpulan Good Charlotte berkumandang dari telefonnya. Ya, Lisa.Kamal berkeras untuk tidak menjawab panggilannya. Kamal letih untuk mendengar alasan Lisa. Suatu penipuan baru. Haziq diam .Kamal memandu laju kereta. Pemanduan bahaya yang menyebabkan darah haziq naik ke kepala. Haziq mula cuak. Beberapa kali dipanggil nama Kamal tapi kamal seperti hilang. Kamal memandu ke selekoh dengan laju, tanpa sedar kehadiran sebuat lori minyak petronas di selekoh tersebut. Haziq mula cuak. Kamal masih hilang dalam minda. Kereta kamal mula mendekati lori itu dengan laju. Haziq mula terpekik pekik nama nya kuat.

Kamal tersedar dari lamunan.Kamal didepan laptop.masih memikirkan samada harus di approve atau tidak request Lisa. Betul Kamal memendam perasaan pada Lisa. Dan betul Lisa seorang pisau cukur. Cerita cerita, gossip gossip sepanjang tiga tahun di UiTM pasal Lisa penuh dikepalanya. Kamal sendiri menjadi saksi salah seorang kawan baiknya di buang UiTM kerana asyik mengikut kehendak Lisa. Lupa pelajaran kerana sibuk mencari duit untuk membahagiakan Lisa, kononnya. Akhirnya, dibuang UiTM dan dibuang Lisa.

Kamal nekad dengan keputusan hatinya untuk melupakan Lisa. Dia tidak terlalu bodoh nak mengikut nafsu. Request Lisa di reject dan Kamal tersenyum puas. Bangga dengan dirinya ,mampu mengawal nafsu.