Thursday, February 23, 2012

Yakin

Kadang kadang, kau yakin suatu benda atau perkara yang kau buat tu betul dan benar walaupun kau tahu sebenarnya, jujurnya perkara itu salah. Salah dari segala aspek. Salah kerana kau tahu perkara itu tak patut kau lakukan. Salah kerana jauh dipelosok hati kau tu kau rasa pedih, kau rasa sakit. Salah kerana secara tiba tiba kau rasa menyesal, dan kau rasa kau tak mampu nak mendefinisikan erti hidup kau sendiri. Tak mampu nak kejar pelangi kau sendiri.

Dan kadang kadang itu adalah sekarang untuk aku.

Wednesday, February 1, 2012

Rasa nak terkencing

Kalau diperhatikan, sebenarnya aku ni pemalas betul nak updet belog bagai semua ni. Bila dah lama tak update mula la update entri macam mengada berjanji semua konon nak aktif updet belog balik. Heh konon peminat ramai, padahal follower pun tak sampai lima puluh. dasar riak sendiri la aku ni kan. tak elok betul perangai.

Sebenarnya aku tengah tunggu ofis hour habis. kebetulan boss pulak keluar. nak on twitter, tenet block pula twitter tu. Nasib baik la belog boleh bukak. Amin Ya Allah.

Masa tengah fikir nak update pasal apa sambil ice lemon tea yang season punya produce tadi, aku dapat mesej dari amal. Katanya,

" Cerpen aku akan dibuat filem pendek. Hehehehehe "

Lepas baca je terus aku rasa macam, eh ni bergurau ke apa? Dengan rasa semangat semacam aku reply la balik. tapi apa aku reply tak payah tahu. Tak rahsia tak sweet la macam tu. Heh. Walaupun Amal tak baca belog aku, rasanya tapi aku tetap nak wish Selamat Maju Jaya dekat amal. Bangga betul mak ada kawan macam kau jah. Amboi.

And of by the way, Amal yang aku maksudkan adalah Amal Hamsan. Pada siapa yang rajin baca belog atau suka karya karya cerpen atau novel independent urban rasanya mesti kenal Amal Hamsan kan. Buku Heroin karya Amal baru saja dilancarkan bulan disember haritu dekat Uya Bistro. Sebagai penulis baru naik, aku rasa amal cukup bagus. So check out belog dia, http://s0wk609.blogspot.com/ . Dah takde benda nak tulis. bai.

Dupdap

Masa cuti lepas diploma haritu aku enjoy kemain. Kesana kesini suka hati. sampai rumah terus kena grounded dengan umi. satu family pergi melaka, cameron dengan kolumpo. tapi aku? kena kurung, kena ban sebab kuat sangat merayap. No big deal.

Sekarang masih cuti, tapi aku kerja dengan Unit Korporat UiTM Pulau Pinang. UiTM tempat aku belajar bersem sem untuk segulung diploma yang entah bila nak dapat ntah. Gaji boleh tahan. Boss pun baik nak mampus. dah macam kawan dah. Habis kamcing. Kerja pun sedap. Kesana kemari jumpa orang luar. Call sana sini. Buat event sana sini. Memang benda aku suka buat. So, bagus la untuk aku. sesambil aku nak cuba tengok apa akan jadi dekat aku yang selekeh nak mampus ni bila dah kerja dekat unit korporat. Nama pun korporat maksudnya kena kemas pagi malam. tidur pun nak kena kemas. Totally 180 darjah dengan diri aku. Orang kata perubahan kearah yang baik tu benda bagus. orang kata lagi nak berubah tu susah. Dan orang kata lagi kalau berubah orang paksa tak kemana juga. Sekaang aku kata, aku tengah cuba untuk tengok perubahan aku sendiri. Aku cuba untuk berubah dengan kehendak sendiri. an aku cuba aku berubah sebetul betulnya. Sekarang tunggu tengok je.

Leka dengan kerja lepak macam tu aku sampai lupa pasal result degree. Ya result degree keluar harini. Dua Februari 2012. Aku sampai dua tiga hari demam. Mungkin demam sebab aku degil main dalam hujan. Mungkin demam sebab rindu umi abah dan adik perempuan comel aku serta adik adik lain. Juga mungkin kerana aku fikir dan risau sangat pasal result degree. aku berdebar nak tahu kursus apa aku dapat. Aku berdebar nak tahu dekat mana aku akan sambung belajar. aku nak tahu semuanya. Sekarang aku tengah tunggu pukul lima petang dengan penuh debaran. Dan debaran ni nyata boleh buat aku mati.