Wednesday, February 1, 2012

Rasa nak terkencing

Kalau diperhatikan, sebenarnya aku ni pemalas betul nak updet belog bagai semua ni. Bila dah lama tak update mula la update entri macam mengada berjanji semua konon nak aktif updet belog balik. Heh konon peminat ramai, padahal follower pun tak sampai lima puluh. dasar riak sendiri la aku ni kan. tak elok betul perangai.

Sebenarnya aku tengah tunggu ofis hour habis. kebetulan boss pulak keluar. nak on twitter, tenet block pula twitter tu. Nasib baik la belog boleh bukak. Amin Ya Allah.

Masa tengah fikir nak update pasal apa sambil ice lemon tea yang season punya produce tadi, aku dapat mesej dari amal. Katanya,

" Cerpen aku akan dibuat filem pendek. Hehehehehe "

Lepas baca je terus aku rasa macam, eh ni bergurau ke apa? Dengan rasa semangat semacam aku reply la balik. tapi apa aku reply tak payah tahu. Tak rahsia tak sweet la macam tu. Heh. Walaupun Amal tak baca belog aku, rasanya tapi aku tetap nak wish Selamat Maju Jaya dekat amal. Bangga betul mak ada kawan macam kau jah. Amboi.

And of by the way, Amal yang aku maksudkan adalah Amal Hamsan. Pada siapa yang rajin baca belog atau suka karya karya cerpen atau novel independent urban rasanya mesti kenal Amal Hamsan kan. Buku Heroin karya Amal baru saja dilancarkan bulan disember haritu dekat Uya Bistro. Sebagai penulis baru naik, aku rasa amal cukup bagus. So check out belog dia, http://s0wk609.blogspot.com/ . Dah takde benda nak tulis. bai.

No comments:

Post a Comment