Wednesday, February 1, 2012

Dupdap

Masa cuti lepas diploma haritu aku enjoy kemain. Kesana kesini suka hati. sampai rumah terus kena grounded dengan umi. satu family pergi melaka, cameron dengan kolumpo. tapi aku? kena kurung, kena ban sebab kuat sangat merayap. No big deal.

Sekarang masih cuti, tapi aku kerja dengan Unit Korporat UiTM Pulau Pinang. UiTM tempat aku belajar bersem sem untuk segulung diploma yang entah bila nak dapat ntah. Gaji boleh tahan. Boss pun baik nak mampus. dah macam kawan dah. Habis kamcing. Kerja pun sedap. Kesana kemari jumpa orang luar. Call sana sini. Buat event sana sini. Memang benda aku suka buat. So, bagus la untuk aku. sesambil aku nak cuba tengok apa akan jadi dekat aku yang selekeh nak mampus ni bila dah kerja dekat unit korporat. Nama pun korporat maksudnya kena kemas pagi malam. tidur pun nak kena kemas. Totally 180 darjah dengan diri aku. Orang kata perubahan kearah yang baik tu benda bagus. orang kata lagi nak berubah tu susah. Dan orang kata lagi kalau berubah orang paksa tak kemana juga. Sekaang aku kata, aku tengah cuba untuk tengok perubahan aku sendiri. Aku cuba untuk berubah dengan kehendak sendiri. an aku cuba aku berubah sebetul betulnya. Sekarang tunggu tengok je.

Leka dengan kerja lepak macam tu aku sampai lupa pasal result degree. Ya result degree keluar harini. Dua Februari 2012. Aku sampai dua tiga hari demam. Mungkin demam sebab aku degil main dalam hujan. Mungkin demam sebab rindu umi abah dan adik perempuan comel aku serta adik adik lain. Juga mungkin kerana aku fikir dan risau sangat pasal result degree. aku berdebar nak tahu kursus apa aku dapat. Aku berdebar nak tahu dekat mana aku akan sambung belajar. aku nak tahu semuanya. Sekarang aku tengah tunggu pukul lima petang dengan penuh debaran. Dan debaran ni nyata boleh buat aku mati.

No comments:

Post a Comment