Saturday, September 25, 2010

onoff.

ada sekali aku terfikir samada attitude jadi diri sendiri ni elok. kehulu kehilir tanya orang semua pakat jawap pakai ayat drama tv, jadi diri sendiri, jangan hipokrit, be yourself, peduli orang cakap. semua cakap macam tu. tapi hakikat, semua orang tak suka sebenarnya. bila aku tak hipokrit, bila orang tanya pasal benda yang dia rasa keliru, aku akur, aku jujur ,aku rasa aku agak kurang hajar.

semalam ada kawan aku tanya sama ada dia shot tak dengan kawan aku ni,dia kata dia suka. aku tahu jawapan yang dia nak dengar 'ya'. sepatah tu je dia nak dengar. tapi hormon aku halang aku dari menipu dan aku kata tidak dan tu crush je. it is a logic. then, puhh, aku tahu dia merajuk dengan aku lepas tu. aku tahu benda ni sukar tapi kebenaran tu memang pedih, aku tak tergamak nak bagi dia harapan, sebab in the end benda tu akan makan dia, dan aku akan dipersalah kan. biasa la, rantai hidupan, apa terjadi, semua yang terlibat akan kena.

half kawan aku cakap jadi diri sendiri, luah kan je apa aku rasa, tapi half ni jugak yang akhirnya tak puas hati dan komplen sebab aku terlalu jujur dan tak jaga hati mereka. aku tak tahu mana salah aku. tapi betul, aku patut jadi diri sendiri. ajaran datuk aku, tak guna jadi orang lain sebab dia orang sempurna dalam dunia ni.

tapi hakikat dia, aku ada cuba jadi orang lain. tapi aku rasa bodoh, rasa pathetic. rasa tiada life, sebab tu aku curi life orang lain. tapi aku dah letih, letih sangat, sebab berlakon semata nak jaga hati orang. letih sebab lakonan aku tak dapat penghargaan, tak dapat award. letih sebab aku rasa useless, letih sebab jadi orang lain buat aku rasa aku benci hidup aku. tapi tak, aku sayang hidup aku. aku ada kawan, aku ada family, walau bergaduh sini sana, life must goes one. aku dah sedar, aku kena jadi diri aku balik.

thanks kepada yang berkenaan.

Wednesday, September 22, 2010

antivirus gila

dulu aku pakai norton, trial 60hari. percuma. aku suka betul benda free. hari ni dah expired, laptop pun dah jadi stuck sana sini, error sana sini, aku tak suka semua tu. hati tak tenang betul bila fikir ada possibilities untuk hacker hacker biadap nak hack curi semua video aksi panas aku. tau la aku pornstar level lapan, femes . mementang harga video aku mahal, rela pulak hack kan? dasar peminat tiruan betul, peminat poser. so, untuk elak aktiviti kebiadapan tu jadi, aku download la yang baru, 30hari trial punya. elok elok english, lepas tiga minit terus jadi bahasa apantah? aku tak boleh detect lagi bahasa apa ni?


tapi tak kisah la. janji function oke, sistem tak stuck, virus tak berani datang, aku assume oke la tu. yes, selamat segala video aku. kalau nak tengok, pegi la beli. baru betul nama dia fan. tapi kalau ada orang tau cemana nak tukar language, tolong la bagitau oke. satu hal aku nak bukak kamus nanti.

Tuesday, September 21, 2010

strangers

nak tulis panjang pun aku malas, tapi rasa nak tulis jugak.

senang cakap dulu dengan sekarang memang beza gila. lain betul. bila semau budak batch aku dah blah rasa macam sunyi la pulak. oke, bukan semua, ada lagi sikit kat sini termasuk aku. super senior,kami saja je nak extend. niat asal nak bimbing junior junior kami dari 'zero' kepada 'hero' macam kami ni. semangat tu kena penting. lagipun kami memang suka usha junior junior baru. ada hipotesis senior senior atas kami kemukakan dulu, kami ni kira nak verifykan je la. dorang kata 'semakin baru batch, semakin ramai junior perempuan' . nak kata betul macam tak. sama je kami tengok. so, kesimpulan, kami kena tipu. we`ve been punk`d. yeah.

selain tu, beza dulu dengan sekarang lagi is dulu aku ada la merayap sorang sorang suka hati, tegur orang tak kenal. buat kawan baru pun best. dari kosong ,jadi kawan. syok betul. dulu la, tapi sekarang rasa malas pulak. sekarang jugak, rasa macam rajin balik nak tegur strangers. tapi ada malas sikit. bukan kata tak sayang kawan sekarang,, bukan kata kawan kawan bosan,

"guys, you rocks."

tapi, rasa nak tegur orang tak kenal. rasa extreme, rasa dapat kenal jenis jenis lain. orang pun ada jenis jugak.macam pokemon jugak. jenis orang tengok tempat jugak. pun macam pokemon. ye la, mana nak jumpa pokemon ikan macam goldeen dalam semak takde air.mati la dia. macam tu la jugak, mana nak kenal jenis orang yang ada kat luar dari kepala kita, kalau kita sendiri terperap dalam kepala. ni logik.

oke strangers, get ready to get 'hi'.

Saturday, September 18, 2010

chicks turn on ke?

nak kata pelik tu tak tau la. tapi bagi gua pelik la jugak,hairan ada sikit.gua punya pelik pun, dulu dulu masa gua comel , gua guna juga style tu. gua heran, budak budak sekarang ni cakap kan main macho,pung pang pung pang. kalau cakap dengan member elok je cakap. merdu je. pronounciation pun perfek la gua cakap. kalau stakat nak bagi 8/10 tu tadahal la. tapi yang heran nya la, bial time nak mengayat semua lidah panjang dah jadi lidah pendek. yang brutal,macho pun dah jadi macam takde lidah dia punya gaya. semua nak memanjew jew. semua nawk kenew adew "w" jew. alaw alaw mawt rempiwt gituw. lepaws tuw nak kasi comewl lagiw , semua bendew nawk tukar jadiw "c" ke "t" ke. gua tak cukew taw camni.nak kata comel tu memang la macam comel gitu ah, bila dah comel sah sah chicks pun turn on kan?tapi,

tapi lagi, bila gua pun duk dengar chicks duk kondem benda jadah ni, terpikir pulak gua, ada ke orang nak turn on? yang pasti kalau MAYA KARIN cakap macam tu dengan gua, takde nye gua nak turn on. lagi gua muntah sana sikit, sini sikit ada lah. euwwh.

oke la, malas nak kondem betul. betul la semua orang lain lain, ada yang macam gua, ada yang brutal tapi ada taman, ada yang jiwang. secara literal, gua tak kisah semua tu. gua tak nak peduli pun sebenarnya. tapi gua just agak tertanya tanya jawapan bagi soalan gua tu. gua serius terpikir : CHICKS BOLEH TURN ON KE?

Friday, September 17, 2010

kelebihan hari sabtu

sabtu is hari cuti. lagi best, sabtu ni hari cuti satu melesia. ada negeri cuti sabtu,ahad. ada cuti jumaat ,sabtu. tapi sabtu tu tetap cuti. sabtu boleh hubungkan dua negeri jauh jadi satu, dengan spend sabtu pegi melepak jauh jauh. aku tak sure apa aku merepek, tapi yang pasti sabtu bagi aku hari tidur time subuh, bangun time senja.

tapi sabtu harini lain. sabtu harini,hari rasmi buat report final projek. ahad buat asaimen. bukan nak riak cakap aku ni rajin ke tak.tapi aku tengah tertekan ni buat report, benda celaka susah. so, aku mengarut la menulis sikit. nak tulis mengarut atas report tu memang kena deduct markah. aku tak rela kena potong markah lepas semua yang aku buat ni dah ala ala komando masuk hutan. ye la, kena stalk jurnal tu sikit, jurnal ni sikit. kerja nak stalk jurnal je.nak baca sampai habis memang tak la. beratus jurnal kena refer. budak budak yang dah buat final projek tau la seksa dia cemana. haih, report report.

semangat,semangat :)

Bain dan Sabtu

hari sabtu,tipikal nya semua orang yang cuti keluar la berjalan or spend time dengan family. bagus tu.aktiviti family. tapi bagi remaja dua puluh tahun yang tak kawin lagi dan yang memang sah sah cuti raya pun tak habis lagi, online fesbuk tu memang sah la. tapi setakat online tak guna, kacau orang la syok.

mangsa: BAIN KHAIRUDIN, 20tahun,
situasi: aku merajuk gila , marah sampai nak delete kawan.





haha. sori bain,next time kita test lagi.

padang besar.

aku tak tahu kalau travel pergi kedah dengan perlis bawak beg besar,naik bas,naik motor tu orang panggil bagpacking ke tak, tapi merayap oke la fun. puas hati la dari duduk penang main kejar kejar dengan hantu sorang sorang.

berjalan berjalan jugak tapi niat ada jugak.tapi niat nak tengok bulu dada farid tak kesampaian. dasar rumah terselit tepi lorong,nak cari pun tak jumpa. niat nak cari farid, tapi jumpa seluar jean skinny dekat padang besar. first time jejak padang besar lepas tiga tahun setengah dengar nama. cubaan cubaan nak try jejak kaki dekat padang besar tu tak payah cakap la banyak mana. banyak sangat tapi satu pun tak terjejak. semalam baru terjejak, tu pun kedai tutup. tapi oke la, dapat jugak jean skinny selai. imi pun imi la, janji tak gatal punggung. thanks aide dan keluarga.

oke,padang besar serius buat aku TERUJA. yeah.

Monday, September 13, 2010

raya ke dua puluh

Tahun ni aku dah genap dua puluh tahun dah. Tahun ni aku sempat lagi raya dekat penang. Tahun ni aku tak grad lagi. Oke, part grad tu biar dulu. Aku nak cakap pasal raya dulu.

Dari umur tak cukup setahun sampai la dah dua puluh tahun lebih lebih sikit, banyak evolusi raya dah jadi. Semua lain lain. Evolusi lain lain. Aku ingat ingat lupa semua evolusi raya aku, tapi aku tetap ingat. Kenangan dan memori tu.

Masa aku umur tak cukup setahun lagi, sampai la enam tahun oke aku lupa terus. Sebab otak aku masa tu tak rasa benda tu penting nak ingat. Masa umur tujuh tahun aku ingat lagi raya masa tu aku first kenal bunga api. Oke, maybe kau kenal bunga api lambat sikit. Nak buat cemana dah aku sulung, mana ada abang kakak nak kenal kan bunga api. Nasib baik ada sepupu aku terlebih beli. Dia masa tu pun umur baru sembilan tahun. Muda jugak lagi haa. Umur lapan tahun sampai umur sebelas tahun, aku ingat lagi aku join group terkinja kinja kutip duit raya. Masa tu aku geng dengan adik aku. Ramai ramai jalan kaki.masa umur Sembilan tahun baru advance sikit raya naik basikal. Tu pun tak pro lagi. Naik kejap tolak kejap, kayuh kayuh brek pakai kaki. Rasa hebat pulak bila boleh brek pakai kaki, konon kaki aku kuat dan mantap ah. Tiga beradik anak asri dengki tengok aku kayuh basikal brek guna kaki, judin apatah lagi. Masa tu dia tak reti kayuh basikal lagi. Aku brek guna kaki pun, masa kayuh slow slow je. Ye la, baru nak up kan? Masa tu aku ingat lagi semangat sebanar raya tak diserap lagi. So, zaman tu zaman kutip duit raya. Asal raya je,duit, asal raya je duit. Zaman tu, tu je aku fikir. Ah tak payah nak gelak sangat la, korang pun sama je kan. Ntah ntah lebih lagi haa. Ada sekali tu, kami menangis nak duit seringgit tanak lima puluh sen. Tu bukti kami masa tu raya sebab duit. Aku ingat sekali tu kami raya rumah cina tapi kena halau sebab dia kata cina mana raya. Masa tu kepala fikir, pakcik cina tu kedekut. Masa nak blah semua pakat baling batu dekat anjing comel dia lepas tu lari. Balik je rumah aku kena rotan sebab buat kurang hajar macam tu. Eh, bukan rotan. Tapi libas dengan penyangkut baju. Zaman aku dulu, rotan tak up lagi. Sekarang baru zaman rotan. Time tu baju tak memilih. Main pakai je. Dah la mak bapak pilih.

Masa umur dua belas,masa budak budak lain sibuk kutip duit raya, aku konon dah matang sikit sebab masa umur dua belas aku dah form one. Soo, matang la konon. Dapat duit raya sengih, tak dapat duit raya kutuk belakang.masa ni aku ingat lagi, aku kaki pau duit raya adik aku. Sebab tak puas hati dorang duit raya banyak dari aku. Sebab masa mak aku kutip duit raya semua siap menunjuk sape paling banyak. Dan aku paling last. Sebab aku pemalu masa kecik kecik.

Masa umur tiga belas sampai enam belas. Aku main tadah je duit raya. Nak mintak segan. Ehem ehem, pemalu betul aku. Padahal dekat belakang kutuk bukan main. Memang la masa tu semangat raya yang original dah dipupuk. Semangat bermaaf maafan memang dah ada. Tapi standed ah, zaman tipikal punya pemikiran ada lagi. Sape suruh orang tua tua semat semangat kutip duit raya time raya. Menjadi betul la trick dia. Masa ni aku baju raya main pakai je. Masa form five je aku main beli sendiri. Masa tu pergi shopping raya dengan fahmi dengan palie. Palie bab dressing number satu, dia la image consultant masa tu. Lepas tu main tukar tukar baju.

Masa umur tujuh belas, aku dah masuk uitm. So, kenal dunia ah. Err agak ahh. Jumpa kawan baru sana sini, masa tu aku stock pakai seluar,baju ketat. Cace pulak stock pakai seluar ,baju labuhhh je. Tak kamceng lagi masa tu. Masa tu aku cari baju raya dekat megamall. Lepas tu masa umur lapan belas sampai sekarang, aku dah kenal kawan. Ececeh, ada geng cari baju raya. Baju raya semua nak pilih sendiri. Nak kena gaya. Tapi konon beli baju raya ah. Beli beli harini, esok dah pakai. Tak payah tunggu raya. Makin besar semangat nak raya makin kurang. Aku tak tahu la orang lain, tapi aku lain. Aku rasa time raya time maaf maaf, lupa benda lama bukan masa nak jadi model pakai baju baru kehulu kehilir posing sana sini.ye la memang aku beli baju raya pun, tapi sebab time nak raya la sale belambak. Sampai 70%, 80% tu. Tak ke celaka tuan kedai tu nak goda aku. Aku dah la mudah kena goda. Cakap la part apa pun. Aku serius paling mudah kena goda. Nak nak bulan puasa ni, time time jaga. Lagi la mudah kena goda. Pedih nak jaga nafsu ni. Sekarang aku dah dekat rumah tunggu nak raya, sejak balik ni aku tak merayap jauh pun haa. Paling malas lepas sahur ,tidur bangun petang, mandi, pergi bazaar. Lepas tu malam keluar lepak lepak kejap. Tidur balik. Kan happening camtu. Si fahmi pulak dah la lambat lagi balik. Tak tahu aku tengah bosan ke dia tu. Celaka ah. Si palie pulak ntah balik, ntah tak. Konon plan nak buka posa dengan atif. Nak ajak emi, cace, daus dengan poji sekali. Tapi kalau dah sorang kat sana, sorang kat sini, sorang kat sinun lambat la nak plan camni. Mesej sekor pun tak reply. Semua nak kena main call dah sekarang ni. Dah la sekarang ni kad raya memang dah tak de sape nak hantar. Main mesej mintak maaf je. Paling koman pun

‘hi paiz,kira 0-0 oke’

Ntah sape la hantar mesej ni dekat aku. Simple, but nice kan kan. Aku tahun ni sekeping mesej mintak maaf pun tak hantar lagi. Sehari nak raya karang aku hantar ah. Kebetulan cakap pasal raya,aku nak ucap

“SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN”

Kepada yang terasa hati, rasa aku celupar, aku terover kacau , menangis kena kacau, yang terluka hati dan perasan kena kacau, yang aku ada terkasar bahasa, yang aku tertak peduli, yang aku terkurang hajar dan yang aku ada buat salah semua tu aku mintak maaf. Sempena raya, aku harap kita delete yang lama bukak memori baru. Delete pulak , jangan la delete masuk recycle bin je. Delete terus pakai CC Cleaner. Biar takde kesan. Akhir kata, aku kata raya aku berevolusi, apa kata korang.

p/s: ni aku tulis before raya lagi.