Tuesday, August 28, 2012

#104


Aku percaya bahawa aku, seorang manusia berakal ciptaan Allah swt hidup atas pilihan dan pendefinisian aku sendiri. Aku pegang pada kuasa akal aku dimana aku definisikan semua benda sebelum aku buat keputusan.

Dalam aspek kehidupan, aku definisikan kehidupan aku sebagai kejayaan dan kegembiraan. Simple. Mungkin simple tapi hakikatnya sampai sekarang aku tak dapat nak definisikan kejayaan dengan kegembiraan tu selaras dengan apa aku nak. Susah sebenarnya nak teka masa depan, dan susah sebenarnya nak faham apa yang diri kita sendiri nak sebenarnya. Biasalah, aku pun manusia juga. Manusia biasa biasa je pun yang mungkin lebih kacak dari sesetengah orang, dan mungkin lebih tak kacak dari sesetengah orang atau mungkin tak kacak langsung. Sama je, manusia. Sebab tu juga la aku tak faham lagi apa aku nak sebenarnya. Dulu masa darjah 3, aku nekad nak jadi Cikgu English, kononnya nak ikut jejak langkah umi aku, lepas tu masuk form 1, aku mengada pupuk cita cita nak jadi arkitek. Masa form 4 aku nak jadi lawyer. Last last, aku dapat course engineering, and stick dengan engineering. Berubah. Susah. Sebab tu sampai sekarang aku tak boleh nak definisikan kehidupan aku lagi sebab aku tak tahu apa aku paling nak sebenarnya.

Dalam aspek jiwang jiwang pula, aku definisikan cinta sebagai kawan baik. Ramai orang dia definisikan cinta secara tak langsungnya sebagai nafsu. Nafsu as in bercinta sebab nafsu. Sebab tu rupa paras, bentuk badan, saiz buah dada, harta semua were taken into consideration. Dan sebab tu jugak banyak kes kes yang tak sedap nak baca dekat newspaper, dekat TV, dekat tingkap dapur Mak Bedah semua kita boleh dengar. Tak sedap sebenarnya dengar cerita pasal bayi baru lahir kena buang atas jalan raya bagi kereta pijak sampai lenyek lepas tu anjing gonggong bagi makan dekat anak dia. Tak sedap tahu. Pendefinisian aku simple. Mungkin picky. Tapi rasanya aku nak isteri aku nanti kawan baik aku. Someone yang terima aku seadanya, yang dah tahu semua cerita aku, kisah hidup aku, dan someone yang aku rasa selesa nak mampus sampai semua benda aku rasa nak bagitahu dia. Semua benda, semua cerita sampaikan cerita aku tercirit tadi pun aku nak cerita dekat dia. Aku nak yang macam tu. Aku malas sebenarnya nak layan cinta cinta pesen fairytale semua bagai tu, pesen yang majoriti aweks aweks semua kejar bagai nak gila semua tu, sebab bukan wujud pun. Fairytale senang la cakap, kau puteri duduk serumah dengan tujuh jantan pendek pun kira kau inesen ayu ayu lagi, memang taste putera la kononnya. Jalan cerita fairytale selalunya pendek, kau kenal putera sehari, lima hari lepas tu dah kahwin dah. Real life pun ada gitu sebenarnya. Banyak. Cuma ending dia tu beza sikit. Kasanova manjakan kau bagai nak rak, kau hanyut, dua hari dating, lubang kena tebuk, poof putera kau hilang. Biasa la tu. Dan dalam pendefinisian aku, kisah cinta yang gagal gagal dulu atau erti kata lainnya ex ex aku definisikan sebagai kawan. Sebab tu aku kawan dengan semua ex ex aku lagi. Lantak la orang kata tak get over ke apa, yang penting pada aku, aku let go dengan penuh hormat. Bila gitu, baru sedap sebenarnya nanti bila aku nak start dating new girl, dia nak start dating new guy. Selesa sikit. Kalau tak karang sikit sikit awkward kalau kantoi tengah jalan. Tak pun asal terjumpa je, terus kena baling kasut. Ah kau ingat sedap ke kena baling dengan heels tiga inci. Kalau sedap try la. Buat la selalu. Tebuk tebuk lari la kalau rasa nak kena heels hari hari. Heh.

Seluruh hidup aku based on apa yang aku definisikan sebenarnya, dan pendefinisian aku kadang kadang tak masuk akal. Pernah banyak kali aku definisikan lecturer sebagai babi, sebab dia failkan satu paper aku masa diploma. Kesana kemari aku junjung nama dia sebagai babi, tapi long story short bila rasa dah matang sikit, aku rasa bodoh sangat pulak aku masa tu. Nasib baik masa keluar result diploma cakap aku grad haritu aku ada hantar bunga apologize dekat semua lecturer. Ya, termasuk la dekat En.Zahir, walaupun aku masih tak suka dia. Aku pun tak tahu kenapa sebenarnya aku anti sangat dengan dia. Mungkin sebab masa tu dia ada kuasa untuk kawal aku, so aku rasa terkongkong secara mental sebab dalam kepala asyik takut dia failkan aku, kick aku keluar diploma gitu la kot. Aura tu sampai sekarang rasanya.

Aku rasa, semua pilihan kau, baik atau buruk, kau yang kena tentukan sendiri, definisikan sendiri. Kalau kau definisikan yang baik itu buruk then buruk la benda tu. Sama la dengan kalau kau definisikan benda tu buruk as baik. Pilihan orang, fikiran orang semua lain lain ye dak. Susah sebenarnya nak cerita pasal buat pilihan ni, tapi aku ingat  ada satu cerita omputih ni, tapi aku lupa tajuk dia, aku quote “There is no bad choice”. Aku sokong statement tu sebab hakikatnya setiap pilihan kau akan lead kepada satu pilihan yang lain, yang bezakan pilihan kau hanyalah yang baik dengan yang terbaik je. Tu yang aku faham dari quote tu. Inspirational betul sebenarnya quote tu pada aku. Sobs.

Aku tak tahu apa aku nak cerita sebenarnya. Aku main tulis je. Lantak la kan, nama pun diari aku. Bai.

No comments:

Post a Comment