Tuesday, August 28, 2012

#105


Aku jenis yang tak berapa nak fikir panjang. Dan tak berapa suka nak fikir sangat suatu benda. Entah kenapa satu malam ni aku rajin sangat berfikir. Tiba tiba sangat.

Aku fikirkan masa depan nanti. Apa akan jadi dekat aku 10 tahun lagi, 20 tahun lagi, 30 tahun lagi, 40 tahun lagi. Hidup bahagia ke, merempat ke siapa tahu kan?

Aku terfikir, sekarang ni aku tengah pursue degree. Tiga tahun. Lama tu. Sekarang umur aku 22 tahun. Tiga tahun lagi 25 tahun. So, kalau aku grad tiga tahu lagi apa pula agaknya plan aku. Kalau aku grad la, kalau terkandas tengah jalan entah apa pula jadinya nanti. Andai kata, aku belajar rajin rajin, tak tidur malam, push betul betul otak lembab ni untuk tiga tahun, dan akhirnya grad dengan let say 3.00 ke atas atau lebih baik lagi, kot nasib baik sikit mungkin 3.50 ke atas. Kalau ya, then quite impressive la sebenarnya. Lepas grad dengan degree in Chemical Engineering majoring in pure chemistry, mungkin aku pursue buat master. Buat master dua tahun. Grad umur 27 tahun. Lepas tu aku dapat kerja jadi engineering dekat Petronas contohnya. Dua tahun kerja, financial dah stabil, aku beli rumah, aku beli kereta, umor 30 tahun, mak aku cari kan bini dan aku kahwin. Okey umur 30 tahun aku kahwin. Umur normal bagi laki la tu. Since aku keturunan baka subur subur kononnya, dan lupa pakai kondom masa malam pertama, so dijadikan cerita dapat anak cepat. Dijadikan cerita, mungkin aku ada dua anak nanti, sorang laki, sorang perempuan.  Mungkin. So lepas tu apa? Kerja sampai umur aku 40 tahun? Mungkin 50 tahun? Mungkin sampai umur bersara. Atau mungkin sampai kena buang. Lepas tu apa? Duduk rumah buncitkan perut? Mati? Apa?

Secara luarannya, memang la bunyi macam dah cukup boleh puas hati dah dengan semua tu, dah boleh bahagia dah dengan semua tu. Tapi dalamannya boleh ke aku bahagia sebenarnya. Aku capai ke semua yang aku nak, semua yang aku cita citakan? Kalau ditengokkan sekarang pun aku dah tak boleh capai cita cita nak jadi interior designer sebab ya la, berapa kali apply pun lekat dengan chemical engineering jugak. Bukan tak bersyukur sebab dah mungkin takdirkan. Tapi satu cita cita tak dah tak mungkin tercapai dah dekat situ kan sebab perbezaan qualification dan sijil. Kalau kemahiran, mana mana pun boleh cari. Lepas tu kerja engineering, happy ke aku kerja nanti. Ke setakat pergi kerja, buat kerja, balik kerja lepas tu mengeluh post status kutuk kerja tak best dekat facebook. Tu pun kalau facebook urban lagi masa tu.

Kalau diikutkan secara tipikalnya, future aku boleh jadi macam tu. Kalau tak jadi macam tu, mungkin lebih teruk, mungkin lebih baik. Tapi apa pun kalau masa depan aku sekadar macam tu je, tanpa achieve semua benda yang aku nak, buat semua benda yang aku nak,  tanpa ada rasa passion tu, hidup mengeluh menyesal bagai nanti, aku rasa aku lagi rela mati dan tak ada masa depan dari hidup dengan masa depan macam tu.

Pilihan aku.

No comments:

Post a Comment